Dari Kuala Lumpur ke Kashmir-New Delhi-Agra-Kolkata India - Part 5

PERMATA DI  KOTA KASHMIR " JEWEL SRINAGAR"


29 Sept 2015, Dalam entry yang lepas PART 4aku ada cerita sedikit berkenaan kami menaiki shikara pada lewat petang di Dal Lake ini. Sebab tidak puas bershikara semalam, kami menyuruh driver kami ke Dal Lake semula sebelum meneruskan perjalanan ke Sonamarg untuk melihat sendiri kesibukkan di Tasik Dal ini pada sebelah pagi pula. Sebab selepas ini kami tidak lagi berpeluang untuk kesini lagi kerana jadual dan plan yang kami buat cukup sarat dengan aktiviti lain. Tasik Dal ini merupakan asas bagi bandar Srinagar khasnya dan merupakan simbol keunikan bagi Kashmir amnya. Tasik Dal merangkumi kawasan seluas 18km persegi dan merupakan sebahagian tanah lembap yang merangkumi 21.1 km persegi dan ketika musim sejuk Tasik ini boleh mencapai suhu -11c dan seluruh kawasan ini akan diliputi salji. 

Pelbagai altiviti harian yang dapat kami saksikan disekitar Tasik ini. Aktiviti perniagaan merupakan sumber ekonomi yang utama buat penduduk tempatan.  Apa yang uniknya perniagaan yang dijalankan adalah diatas Shikara "floating market". Kami sekali lagi menaiki shikara bagi mengelilingi kawasan sekitar perniagaan yang dijalankan. Di sini juga kita dapat melihat keunikkan "Rumah Bot" ataupun "HouseBoat" yang amat terkenal jika anda datang ke Kashmir. Anda boleh memilih untuk bermalam di HouseBoat ini untuk melihat sendiri keunikan ukiran dan hiasan dalaman HouseBoat ini. Pada aku apa yang aku baca dari blog dan internet, kebanyakkan HouseBoat ini tidak dijaga dengan baik, maksudnya tiada maintenance yang dibuat oleh pengusaha HouseBoat ini dari segi hospitaliti tempat ini dan kemudahan yang disediakan. Karpet lantai yang berbau, dan bilik tidur yang tidak menyenangkan. Itu apa yang aku baca dari pengalaman orang lah. Tak tau la jika sebaliknya. Tak Rasa sendiri mana kita nak tahu kan...Tapi Kami memang tidak plan pun untuk bermalam di HouseBoat ini. 



"Shikara" merupakan nama bagi perahu kecil yang diperbuat daripada kayu dan dihiasi dengan pelbagai variasi warna dan hiasan yang menarik didalamnya. Ianya begitu terkenal di sekitar Dal Lake sebagai asas pengangkutan utama bagi mereka yang berniaga di sekitar tasik ini. Shikara juga digunakan untuk aktiviti pengangkutan barangan harian dan juga masyarakat disini untuk bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain. Jika anda sudah sampai disini pastikan anda meluangkan masa untuk mencuba aktiviti Shikara ini kerana ianya memang menarik sambil melihat keunikan masyarakat di sini. 




Ketika anda menaiki Shikara ini ada sahaja perniaga yang akan mendekati anda untuk menjual barangan mereka. Oh ya lupa nak bagitau , kami hanya membayar sebanyak INR400 sahaja untuk menaiki Shikara pada pagi ini. Memang murah sebenarnya berbanding semalam kerana kami ditipu. "ure Muslim, I'm Muslim too..im not cheating You my friend"... huh itu ayat yang selalu kita akan dengar jika anda membuat tawar menawar di sekitar Dal Lake ini. 

Dari satu peniaga ke satu peniaga mendekati kami yang akan menjual barangan mereka. Dari barangan kulit, Shawl, barangan kraftangan, sayuran, bunga, Saffron, pakaian, makanan dan bermacam-macam lagi. Jika anda pandai tawar menawar anda pasti akan dapat harga yang berbaloi untuk dijadikan kenangan bila balik nanti. Kami juga sempat membeli beberapa barangan untuk dijadikan cenderahati dan kenangan disini termasuk shawl, benih bunga yang tak pasti boleh hidup ke tak di Malaysia, dan macam-macam lagi. Terdapat peniaga yang menjual Saffron di sini. Buat pengeahuan anda saffron merupakan sejenis tumbuhan herba yang paling mahal dalam dunia. Ianya dijadikan herba untuk minuman dan dan penyediaan di dalam makanan. Bab Saffron ni aku telah tertipu oleh seorang peniaga, dimana aku telah membeli saffron yang tidak asli kerana ianya telah dicampur dengan sintetik. Huh.. aku tahu pun sebab ada peniaga lain yang menjual saffron dengan harga yang terlalu mahal bagi setiap gram. aku membeli saffron tersebut dengan harga INR200 untuk 2gram, sedangkan peniaga yang lain menjual dengan harga INR400 untuk 1 gram. huh. Dia juga menunjukkan demo untuk mengetahui cara mengenali saffron yang original . Walaupun dia cuba untuk tunjuk pada aku demo tersebut, aku hanya buat layan tak layan jer....huh. 






Hampir sejam lebih kami meneroka setiap ceruk kawasan tumpuan perniagaan di sekitar Dal Lake ini sehingga lupa Mr.Ghulam Hassan tengah tunggu kami untuk destinasi seterusnya iaitu Sonamarg. Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam dari Srinagar. Buat pengetahuan anda jika anda datang ke Kashmir, tidak sah jika anda tidak pergi melawat 4 tempat atau daerah terkenal di Jammu dan Kashmir ini iaitu SRINAGAR, SONAMARG, GULMARG dan PAHALGAM. kami hanya ada 5 hari sahaja untuk cover 4 tempat ini. Memang padat. Penjaga masa kami En. Z, akan memastikan setiap masa yang kami ada tidak disia-siakan.. " Demo jange risau, kawe uruh belako timing disini..." kahkahkah... "Hangpa Jangan Risau"...











Kami terus bergerak menaiki kereta yang tersedia menunggu kami untuk perjalanan ke Sonamarg. Tapi pada petang nanti kami akan kembali semula ke Srinagar sebab kami tidak tidur di Sonamarg cuma akan bermalam di Gulmarg pada esok hari. "Mr Ghulam Hassan we are ready now" lets go.. to be continue....



Comments