TRAVEL JOURNAL NEPAL - ANNAPURNA BASE CAMP Day 6 Chuile (2309m) - Chomrong - Sinuwa (2340m)
3 March 2014 -Chuile - Chomrong -
Sinuwa
Seperti biasa lepas sarapan, bersiap untuk
meneruskan perjalanan ke Chomrong pada pagi ini. Cuaca Alhamdullilah agak
terang, dan sinaran matahari memang diperlukan saat ini selepas hampir 3 hari
kami diselimuti dengan kesejukkan yang amat sangat sampai aku dan Mahfis
hampir-hampir demam. Alhamdullilah masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk
kami meneruskan perjalanan ini.
Perjalanan ke Chomrong mengambil masa
lebih kurang 4 ke 5 jam dari Chuile, untuk 2 jam pertama kami perlu menuruni
lereng bukit dan melalui ladang-ladang penduduk kampung yang menanam kobis,
kobis bunga dan mustard, mustard ni memang banyak di tanam kat Nepal ni. memang
cantik sebab bunganya yang berwarna kuning. Untuk perjalanan pagi ini
gambar-gambar banyak yang dirakam oleh Mahfis dengan GoPro Hero3 yang disponsor
oleh Tokki. Memang terbaik la GoPro ni. Memang mudah di bawa. Aku yang bawa DSLR ni macam nak tercabut leher gantung camera. huhuhu.. Kami cuba untuk jimatkan battery yang ada sebab perjalanan
kami masih jauh dan tiada bekalan elektrik yang membolehkan kami charge segala
battery. So Power bank perlu dijimatkan ...
Mike sedang memerhati anak kecil berusia 9
tahun ini bersama abangnya memikul hampir 20kg gandum untuk dibawa ke
Chomrong... perghhh 20kg tu. memang power budak ni. Memang boleh jadi porter bila besar nanti budak ni. Memang dari kecil lagi mereka sudah diajar untuk mengangkat beban ni. Mahfis cuba mengangkat guni gandum yang dibawa oleh budak ni. Memang berat laa...bayangkan budak 9 tahun tu.. Tiada apa yang dapat kami bagi budak ni kecuali coklat. Aku memang
dah bawak coklat siap-siap untuk diberi kepada budak yang kami jumpa di Nepal
ni. Jika korang yang datang travel di Nepal ni sedekahkan lah apa-apa sahaja
untuk budak-budak ni contohnya buku ke , pensel ke, pen ke, colour ke.. kesian
bila lihat budak-budak ni.. Sinaran panas matahari amat membantu saat ini. Tanpa glove dan jacket tebal kami berjalan dengan penuh semangat pada pagi ini.
Perjalanan hari memang ini tidak terlalu stress berbanding hari-hari lepas... memang santai habis, sebab banyak menurun untuk 2 jam pertama. so boleh layan view dan bergurau senda sambil berjalan..hahaha. SubhannAllah... view semasa dalam perjalanan ke Chomrong memang cantik sekali . Belakang sana tu nampak dah dekat je nak sampai. Tapi ini baru separuh perjalanan sahaja yang kami telah tempuh. Harap tiada masalah yang menyekat perjalanan kami nanti. Selepas Chomrong kami akan hanya mendaki untuk sampai ke Sinuwa. Terdapat 2 hentian di Sinuwa, iaitu Sinuwa bawah dan Sinuwa atas. Target point kami hari ini untuk bermalam di Sinuwa atas. Insyaallah...
Hampir 400 ekor biri-biri yang lalu di sini. Memang banyak, tak tau lah macam mana tuan kambing ni boleh handle sebanyak ni kambing-kambingnya.
Lebih kurang pukul 1.30pm, kami selamat tiba di Chomrong. arrrggghhhh memang penat.berpeluh habis baju aku. memang sempoi. Sampai je di Chomrong aku terus order makan. Tapi tak tau nak makan apa. so aku hanya order maggie sup vege dan lemon tea sahaja. nak makan nasi memang dah tak lalu dah. Magge sup je yang aku hanya mampu makan. Tapi yang bestnya sambil hirup lemon tea dengan view yang menarik... hilang terus rasa penat beb...
Lepas lunch masing-masing tersandar dan malas dah nak trek. Tapi apa kan daya kami perlu bergerak juga untuk checkpoint seterusnya iaitu Sinuwa atas. untuk ke Sinuwa seperti yang aku tulis tadi kami kena mandaki hampir 2 ke 3 jam... Aduh habisla aku.. memang confirm aku la yang paling lewat sampai... hahahaha. So langkah diteruskan....
Nampak bukit yang depan tu?.. kami kena daki bukit tu untuk ke Sinuwa bawah dan mendaki lagi untuk ke Sinuwa atas. perghhh berapa banyak daa kena daki... maka bermulalah perjalanan stress hari ini. huhu.. Memang penat tahap dewa time ni aku rasa. Dalam kepala terbayang-bayang air 100plus dan Coke.. fuh memang sedap la kalau dapat yang sejuk. Kat sini memang ada jual iar Coke tapi agak mahal dalam 250rupee lebih kurang RM7 setin... fuh.. kalau korang nak tahu harga makanan dan minuman di sini semakin tinggi sesuatu tempat tu, semakin mahal la jawabnya... so aku cuba tepis jauh-jauh bayangan air Coke sejuk tu dalam kepala.. hahaha. Dalam perjalanan memang banyak view menarik yang kami dapat lihat dan ramai trekker lain yang kami selisih. Ada yang turun , dan ada yang naik...
Nampak bukit yang depan tu?.. kami kena daki bukit tu untuk ke Sinuwa bawah dan mendaki lagi untuk ke Sinuwa atas. perghhh berapa banyak daa kena daki... maka bermulalah perjalanan stress hari ini. huhu.. Memang penat tahap dewa time ni aku rasa. Dalam kepala terbayang-bayang air 100plus dan Coke.. fuh memang sedap la kalau dapat yang sejuk. Kat sini memang ada jual iar Coke tapi agak mahal dalam 250rupee lebih kurang RM7 setin... fuh.. kalau korang nak tahu harga makanan dan minuman di sini semakin tinggi sesuatu tempat tu, semakin mahal la jawabnya... so aku cuba tepis jauh-jauh bayangan air Coke sejuk tu dalam kepala.. hahaha. Dalam perjalanan memang banyak view menarik yang kami dapat lihat dan ramai trekker lain yang kami selisih. Ada yang turun , dan ada yang naik...
Hampir 3 jam berjalan dan mendaki akhirnya kami selamat tiba di Sinuwa atas. Alhamdullilah... memang penat tak terkata dah time ni.... Porter kami terus uruskan beg bawa masuk dalam bilik kami dan kami hanya tersandar di dinding. time ni kalau ada sapa-sapa buat lawak bodoh depan aku memang kaki lah hinggap atas badan korang.hahahah... Gila beb badan aku rasa macam kena stroke pulak rasa. Mike ibarat doktor pada kami semua. macam-macam peralatan medical dia bawa, cuma steteskop je dia tak bawa. Mengukur tahap oksigen level dan degupan jantung kami semua memang menjadi tanggung jawab Mike setiap kali kami berhenti di guess house. Di Sinuwa ni memang agak sejuk juga sebab kami sudah sampai ke 2340m dari aras laut, tapi taklah sesejuk masa di Ghorepani hari tu. di sini memang dah tiada heater free untuk panaskan badan so, korang boleh bayar untuk perkhidmatan heater kalau korang nak. Dan disini juga tiada wifi serta air panas.
Malam di Sinuwa agak sejuk. Lepas dinner kami semua berkumpul didalam bilik makan beramai-ramai sambil duduk rapat-rapat untuk memanaskan badan. Ganesh cakap malam ni dia dan kawan-kawan dia nak buat unggun api so kami semua boleh lepak panaskan badan dan berbual-bual... Good idea Ganesh!!! kalau ikut kata Ganesh disini memang tidak dibenarkan untuk membuat pembakaran terbuka. Memang diorang jaga alam sekitar disini. Malam ni kira excuse la ekkk... hahaha
Masa lepak depan unggun api ni kami sama-sama berbual dan berkenalan dengan lebih rapat lagi tentang latar belakang masing-masing. Masa ni lah kami tahu pengalaman masing-masing dalam bidang trekking ni. paling aku fokus bila Ganesh cerita tentang diri dia.. Dia pernah bekerja di Dubai selama 3 tahun di Burger King sebagai Assistant Manager. Wow... memang bukan calang-calang orang mamat ni. Tapi sebab dia lebih suka kehidupan disini dan telah berumah tangga dan mempunyai seorang anak perempuan, dia tekad balik semula ke Nepal dan membuka syarikat Trekking di Nepal...buat masa sekarang dia tiada office lagi. mungkin dalam tahun ni dia akan set up office. Good luck Ganesh!!! kalau korang perlukan khidmat beliau untuk urusan trekking di Nepal ni, korang boleh add dia di
Facebook : https://www.facebook.com/ganesh.ist
Dan pada malam ni juga kami menyanyikan lagu Happy Birthday untuk KF sempena hari lahir dia 2 hari yang lepas. hahahaha Ganesh cakap kalau ada orang ingatkan dia masa di Ghorepani hari tu, mereka akan sediakan kek dan simple party untuk KF.. Tapi masing-masing penat dan letih so takda sapa yang ingatkan.... hahahaha.... lepas hampir 2 jam kami lepak depan unggun api ni, mata pun dah mengantuk, so balik bilik dan tidur la..... huh... ok good nite semua... to be continue Day 7 - Sinuwa - Himalaya - Bamboo - Dovan - Dueralli ( esok lagi tough )!!! -
Klik :
Comments
Post a Comment