TEAM BUILDING RAPID KL Sdn Bhd - Dusun Eco Resort Bentong Pahang ( Part 1 )
Team building ZPD E- relode RAPID KL
Team building ZPD E- relode RAPID KL telah berlansung pada 5, 6 dan 7 Nov 2014 bagi sessi yang ntah berapa kali aku tak pasti, tapi apa-apa pun kali ni aku dah tak boleh nak menolak sebab dah 2 kali aku menolak untuk program ni, so kali ni aku kena join jugak... huh Motivasi la sangat .... tapi kali ni kami dari Wayside Electronic Department dihantar berlima, aku , Fazli, Mok, Jas , Anis dan adik ipar aku dari Ampang line pun ada jugak... Lebih kurang 50 orang peserta dari Kelana Jaya Line, Ampang Line dan Monorail Line terlibat dalam sesi kali ini.

Team Building ni dijalankan di Dusun Eco Resort Bentong Pahang di mana perjalanan ke sini hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja dari Tol Gombak melalui Lebuh raya Karak. kami telah berkumpul di Stesyen Lrt Gombak pukul 9am dimana kami menaiki bas tambang Rapid KL dan sebuah lagi bas mewah Prasarana ke sana. kami memilih untuk naik bas yang tidak mewah , sekali kena bahan oleh budak-budak Dept kami hahaha... sempat lagi korang edit gambar group kita orang ekk.. Bukan calang-calang orang yang terlibat dalam sesi kali ni tau tak!!! Siapa-siapa nak ke Dusun Eco Resort ni boleh lah ke Link dibawah untuk buat sedikit review :
Klik Link : Dusun Eco Resort
Selama ini aku hanya melalui sahaja tempat ni kalau nak ke Kuantan, so kali ini berpeluang untuk ke sini dan boleh la release- release tension orang bilang, dan rasa sendiri best ke tak best tempat ni ye tak.
Lebih kurang pukul 10.30 kami pun sampai ke Dusun Eco Resort ni, dan Bas yang membawa kami hanya dapat masuk separuh jalan sahaja ke resort ini dan kami semua akan di pickup oleh lori pickup pihak resort untuk urusan check in seterusnya. Tapi Lori pickup yang datang nak menjemput tetamu kehormat ke sini punyalah lambat nak mampus. Ntah apa masalahnya ntah. Dey Thamby kena punctual la sikit !!! Failed!!
Hampir 30 minit menunggu baru la sampai 2 biji lori pickup kami. bayangkan 50 orang naik 2 biji lori ,macam sardin la kahkahkah....so kami semua pun naik lah... tak sampai 5 minit sekali lori yang kami naik rosak overheat!!! kahkahkah!!! berasap-asap habak hang... hahaha..mungkin berat dosa agaknya korang semua ni.. hahaha, so apalagi turun dan jalan kaki la der.... Awal-awal lagi dah memotivasikan diri kan!!
Sampai sahaja di pejabat urusetia resort kami semua dikumpulkan di kantin untuk sesi taklimat dan penyerahan kunci bilik. lepas makan tengah hari, barulah aktviti bermula. Ikutkan hati aku nak cerita pasal lauk sambal tempe ikan bilis kat sini sebenarnya , tapi biarlah, nanti kata mengada-ngada la pulak... hahaha lepas dapat tukar dengan lauk lala, so kami ambil keputusan tutup mulut, takut geng-geng lain kecoh .. hahahaha ( ada Lipas goreng kot )... hahaha oooppss tercerita la pulak.. Tapi dak hal la.. perkara kecik jer pun.. Takkan la dorang sengaja nak letak lipas ye tak... huh
Bilik telah diberi mengikut peringkat umur oleh facilitator kami. Mana-mana yang dah otai duduk bilik area bawah sikit lah, dan yang muda-muda kena menapak la sikit untuk kebilik atas. Satu bilik 4 orang.
Pukul 2pm kami perlu berkumpul di Dewan Patin untuk aktiviti seterusnya iaitu sessi suaikenal dan pembahagian kumpulan.
Lepas sahaja sesi taklimat dan sesi mengangkat sumpah ikrar yang diketuai oleh brader botak dari Monorail ( sumpah la sangat ) oleh peserta maka aktiviti pun bermula dengan pembahagian kumpulan. Aku buleh pulak satu kumpulan dengan Fazli... huh.. dan 7 orang peserta yang lain dari Ampang line dan Monorail Line.. dan kami bergabung maka terbentuklah kumpulan SIVIK kerana nama kumpulan adalah mengikut subjek matapelajaran sekolah rendah... SIVIK !!! ketua kami adalah abang Jebat si mahaguru dari Ampang Line... Otai ni 15 tahun dah kerja..
So aktiviti pertama adalah mempersembahkan tarian Hakka... alah hakka dance yang macam orang main rugby tu... masa diberi 15min untuk praktis dan kemudian kena battle dengan group lain... weeeeeekkkkkk!!!!!! Sambil tangan goyang-goyang dan lidah terjelir... Tak silap aku group Jas dan Anis yang menang dalam battle Hakka ni....
Lepas je battle Hakka dance bermulalah aktiviti outdoor pulak iaitu buat rakit di jeram yang indah khabar dari rupa tempatnya... dalam website Dusun Eco Resort ni nampak macam cantik je air sungai nya tapi Hampeh!!! Air bertakung dan tak bersih...tapi sebab ni team building so ko jangan nak mengada-ngada lebih ok.hadap je... lagipun free, company bayar, ko tak keluar 1 sen pun der...
Masa diberi adalah 20minit untuk siapkan rakit dengan diberi 8 batang buluh panjang, 2 batang buluh pendek, 8biji tong palstik dan 15 utas tali... pandai - pandai la nak buat... lepas dah siap kena mendayung hampir 30 meter dan pusing balik pastu kena buka balik dan simpan buluh-buluh tu semua dan group mana paling cepat dikira pemenang... Group aku awal-awal lagi dah karam..hahahaha... Tak silap aku group Mok yang menang dalam aktiviti ni...
Lepas je aktiviti ni selesai lebih kurang pukul 6pm semua balik bilik dan rest. Ada juga yang mandi kolam.. Makan malam disediakan pada pukul 7pm dan pada pukul 8pm aktiviti akan disambung.. Sementara nak menunggu pukul 8, hujan lebat la pulak... perghhh layan tidur pun best jugak... ingatkan aktiviti kansel tapi aktiviti tetap diteruskan!!! Facilitator kami memang sempoi.. Tahniah brader Zul dan brader Shaiful.
Macam-macam aktiviti malam ni sampai aku sendiri pun dah tak ingat... tapi yang paling best aktiviti jual beli saham XY... Memang boleh buat gaduh der... sampai muflis pun ada.. hahaha....Lepas aktiviti selesai lebih kurang pukul 11pm kami semua bersurai... dan boleh la membuto...
Selamat Malam.... sambung esok... TEAM BUILDING RAPID KL SDN BHD - DUSUN ECO RESORT BENTONG PAHANG ( PART 2 )
So aktiviti pertama adalah mempersembahkan tarian Hakka... alah hakka dance yang macam orang main rugby tu... masa diberi 15min untuk praktis dan kemudian kena battle dengan group lain... weeeeeekkkkkk!!!!!! Sambil tangan goyang-goyang dan lidah terjelir... Tak silap aku group Jas dan Anis yang menang dalam battle Hakka ni....
Masa diberi adalah 20minit untuk siapkan rakit dengan diberi 8 batang buluh panjang, 2 batang buluh pendek, 8biji tong palstik dan 15 utas tali... pandai - pandai la nak buat... lepas dah siap kena mendayung hampir 30 meter dan pusing balik pastu kena buka balik dan simpan buluh-buluh tu semua dan group mana paling cepat dikira pemenang... Group aku awal-awal lagi dah karam..hahahaha... Tak silap aku group Mok yang menang dalam aktiviti ni...
Macam-macam aktiviti malam ni sampai aku sendiri pun dah tak ingat... tapi yang paling best aktiviti jual beli saham XY... Memang boleh buat gaduh der... sampai muflis pun ada.. hahaha....Lepas aktiviti selesai lebih kurang pukul 11pm kami semua bersurai... dan boleh la membuto...
Selamat Malam.... sambung esok... TEAM BUILDING RAPID KL SDN BHD - DUSUN ECO RESORT BENTONG PAHANG ( PART 2 )
Comments
Post a Comment