TEAM BUILDING RAPID KL Sdn Bhd - Dusun Eco Resort Bentong Pahang ( Part 3 ) - Final Chapter
Pagi ni kami bangun agak santai, tak perlu gopoh gapah sebab hari ni hari last di sini. Lepas breakfast, kami semua akan berjalan di jambatan gantung dan akan melakukan aktiviti flying fox. Aktiviti tidak wajib bagi semua peserta , terpulang, siapa yang rasa ada penyakit gayat, disarankan baik duduk dalam bilik dan tidur sahaja, macam kawan aku. Tak perlu disebutkan nama disini.. hahaha.
Jambatan gantung disini takdalah panjang sangat pun dan tinggi mana pun. Ok ok je lah... cuma perlu imbang badan dan berjalan kaki menyilang tali jer pun.. Hanya 8 ke 9 orang sahaja dibenarkan melalui jambatan gantung ini dalam satu masa dan anda perlu menunggu giliran anda. Faktor keselamatan la der... " Eh , Anis mana Anis???? kahkahkah...
Selesai berjalan atas jambatan gantung, so kita ke aktivity flying fox pulak. Yang ni pun takdalah panjang sangat pun, Tapi boleh lah nak merasa sendiri untuk berflying fox. Mana -mana yang berasa badan ringan tu boleh la sekali dua orang jalan, tapi berat badan macam aku lebih baik aku sorang-sorang jelah kan...
Lepas aktiviti Flying Fox kami semua terjun kolam sebab pukul 11am nanti kami semua akan checkout dan balik ke KL. Mana yang nak terjun tiruk, samasoult berpusing , ini lah masanya. Mana yang tak tau berenang tu kuak lemas sesuai untuk anda... hahaha..
OK masa untuk pulang, macam biasa kami memilih perkhidmatan bas untuk "Kuli" untuk kembali ke Kuala Lumpur. Untuk keseluruhan program Team Building ni pada aku takda la best mana, cuma kita dapat enjoy dan berkenal-kenalan dengan kawan-kawan lain dan mengerat silraturahim antara sesama staff di Syarikat ini. So kalau jumpa lepas ni bolehlah ajak berborak dan mengeteh bersama ye tak. Satu lagi pada aku untuk mengeBESTkan lagi program ini, pihak syarikat perlu tambahkan lagi aktiviti pda masa akan datang, sebab di Dusun Eco Resort ni pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan selain dari aktiviti-aktiviti yang telah kami lakukan. Apa-apa pun aku bagi 4.5 BINTANG pada facilitator kami. Anda memang sempoi dan TERBAEEKKK !!! ok jumpa lagi dilain masa... Bye....
Video sepanjang 3 hari di Dusun Eco Resort
Comments
Post a Comment