TEAM BUILDING RAPID KL Sdn Bhd - Dusun Eco Resort Bentong Pahang ( Part 2 )

Selamat pagi... hari ni hari kedua kami di Dusun Eco Resort ni. Malam tadi punya best la tido.. kami lawan lawan dengkur 1 bilik. Tengok jam dah 6.30am so apa lagi bangun la mandi... buka air mak datuk sejuk betul air ni. Sebab air paip ni direct dari air bukit beb.. pagi memang sejuk jugak la. Tapi dia punya fresh bila mandi memang syok. Kedengaran dari bilik kacip fatimah dah rancak bersembang dah tu... ntah apa yang dibualkan aku pun tak tau.. lu jangan bahan Anis kuat sangat li.. kang merajuk pulak dia... kahkahkah



So pagi ni selepas bteakfast kami  perlu berkumpul di depan kantin untuk senaman ringan dan warmup sebab lepas ni kami semua akan main paint ball. Boleh dikatakan hampor 70% peserta disini memang tak pernah main paint ball pun, termasuk la aku sendiri. So memang zero knowledge. Jadi kita kena ikut arahan la macam mana nak main.




Untuk ke lapang sasar paint ball ni kami perlu berjalan dan mendaki sikit lebih kurang hampir 4010m dari parasa laut... Cait!!! ko ingat Kinabalu ke?? Hahah.. sebenarnya tak sampai 10min pun menapak ke atas untuk kelapang sasar. Tapi bagi sahabat aku Mok ia satu perjalanan yang jauh dan membebankan... kahkahkah... brader badan besar pun boleh naik takkan ko takbleh Mok...









Dusun Eco Resort

Paint Ball_ Dusun Eco Resort

Setelah mendengar arahan dari mereka yang pakar maka aktiviti pun bermula dengan pasukan pertama. Aktiviti ini dijalankan secara liga. Best jugak la main paint ball ni, walaupun tak kena sasaran tapi layan menembak pun best jugak.Lepas aktiviti paint ball selesai lebih kurang pukul 12pm, kami semua balik kebilik dan rehat sambil menunggu lunch pada pukul 1pm.. adik ipar aku Ujang bebirat badan err kena tembak... yang best nya kena tembak dengan geng sendiri lak tu.. kahkahkah..


Lunch hari ni agak special sikit, sup tulang... perghhh layan ... menambah nambah Fazli makan... gambar makan tengah hari tidak diambil bagi menjaga sensitiviti kawan kawan yang tengah layan sup tulang.
Lepas makan masing-masing dah macam tenuk kekenyangan... jap lagi pukul 2pm ada program lagi.. mata dah layu dah ni. Kalau dapat tidur best ni... Apa ko ingat company labur duit suruh kau datang sini untuk tidur tidur dan bersenang lenang ke?? Silap besar la der... hahahaha

Pukul 2pm kami semua berkumpul di Dewan Patin untuk aktiviti indoor. Banyak juga aktiviti yang dijalankan tapi yang paling best aktiviti letakkan 4 biji bola tenis dalam pvc . Aktiviti ini memerlukan kesabaran dan semangat berpasukan yang tinggi. Game ni memang layan. Sesi kali ini memcatat tekod terpantas dalam melaksanakan nya iaitu 45min sahaja berbanding sesi sesi yang lepas. Itu facilitator kami la yang cakap bukan Abon yang cakap.




Lepas aktiviti indoor yang selesai pada pukul 5pm kami pun bersurai dan aktiviti bebas pun bermula sambil menunggu makan malam. Malam nanti ada aktiviti jugak ntah apa nama aktiviti tu tah... Titian kasih kot... masa tu boleh la kita tengok siapa-siapa nangis ye tak.... hahaha... ok badan dah letih, kita jumpa esok punya part.

Ahli Kumpulan Group aku GROUP SIVIK 

Comments