10 Tips Ke Jammu dan Kashmir India

Banyak pertanyaan yang sering aku terima dari sahabat-sahabat di luar sana yang bertanya kan tips-tips dan apa tempat-tempat yang best untuk di lawati semasa di Kashmir. Mana pertanyaan yang sempat aku jawab, aku jawablah, mana yang terlepas pandang tu, harap-harap entry kali ini lebih jelas untuk segala pertanyaan sahabat-sahabat yang ingin ke Kashmir.

Sudah pasti banyak tips-tips yang anda boleh baca di internet dan melalui buku-buku travel seperti Lonely Planet dan sebagainya untuk persiapan anda travel ke Kashmir. Jadi saya juga ingin menyumbang ilmu sedikit sebanyak kepada anda, berdasarkan pengalaman yang saya alami semasa di Kashmir. 

10 Tips yang saya akan kongsi:




1. Cuaca/Musim/bulan 
Sebelum anda merangka plan perjalanan ke Jammu dan Kashmir, terleih dahulu anda perlu mengenali dan memahami setiap musim yang ada di Kashmir. Bagi mereka yang tinggal di Asia Tenggara , Malaysia contohnya, sudah pasti ingin merasai suasana musim sejuk dan bersalji. Sudah pastinya kita akan Jakun dan ternganga melihat salji yang turun.

Musim salji di Kashmir biasanya pada bulan December - March. Dan kebiasaannya musim salji amat sejuk dan anda perlu berbelanja untuk pakaian tebal. Waktu ini juga mungkin banyak jalan yang tidak dapat di lalui kerana salji tebal

Musim Bunga pula sekitar bulan April - May Jika anda ingin ke Kashmir dan melihat bunga Tulip yang cantik dan bewarna-warni kebiasaannya pada pertengahan bulan April.

Musim panas pula sekitar akhir May - August. Ketika ini merupakan waktu puncak kedatangan pelancong asing yang datang ke sini. Sudah pastinya perbelanjaan kita akan sedikit mahal

Musim luruh pula sekitar Sept - awal December. cuaca ketika ini agak tidak menentu, Hujan di sesetengah tempat dan dingin. Pernah berlaku banjir besar di Kashmir sekitar bulan Sept 2014.

Jadi masa yang sesuai untuk ke Kashmir, bergantung pada anda.

Nota : Kami kesana ketika musim luruh baru hendak bermula iaitu sekitar September ( tidak terlalu dingin, dan tidak terlalu panas ) 

2. Pengangkutan yang ingin di gunakan
Jika anda dari New Delhi, anda boleh terus menggunakan penerbangan dari New Delhi ke Srinagar Kashmir. Perjalanan mengambil masa sekitar ( 2 jam ). 

Jika anda ingin sesuatu yang mencabar dan mempunyai masa yang lama anda boleh menggunakan perkhidmatan keretapi dari New Delhi ke Chandigarh, kemudian mengambil penerbangan ke Srinagar ( 8 jam )

Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan Bas dari New Delhi - Srinagar ( 12 jam )

Rujuk : Pengankutan dari New Delhi ke Srinagar Kashmir ( dari Web Makemytrip )

Nota : Kami memilih penerbangan tambang Murah Indigo Air dari New Delhi ke Srinagar

3. Guna Travel agent
Jika anda mempunyai masa yang singkat dan tidak mahu pening kepala, anda boleh menggunakan travel agent atau berurusan dengan pihak hotel   untuk urusan penginapan dan pengangkutan semasa di Kashmir. Plan asal kami sebenarnya untuk bergerak secara sendiri untuk sampai ke hotel yang kami tinggal dan ingin ketempat lain menggunakan pengangkutan awam sahaja. 

Memandangkan masa tidak banyak hanya 5 hari di Kashmir, kami berurusan dengan owner hotel kami ( Hotel Noora Palace } untuk pickup kami di airport dan menggunakan kereta sewa (suv)beserta driver untuk tour kami selama 5 hari di Kashmir. ( Jika anda berkumpulan sudah pasti ianya menjimatkan ) lebih mudah dan selamat. 

Nota : Bukan semua tempat untuk dilawati boleh dilalui dengan pengangkutan awam terutamnya bas.

4. Penginapan
Anda di nasihatkan merancang tempat tinggal anda lebih awal , melalui laman web  dan ini akan lebih memudahkan anda.  Saya akan pastikan Hotel atau Hostel yang akan saya booking dekat dengan kemudahan Transportion  seperti Metro, Keretapi, Teksi, Bas dan lain-lain untuk bergerak. 

Nota : Booking Hotel Melalui Booking.com tiada bayaran deposit , dan anda boleh kansel booking anda tanpa bayaran mengikut tempoh yang disediakan.

5. Tempat yang ingin di lawati
Jika anda sudah di Kashmir sudah pastinya anda harus melawati 4 daerah yang terkenal di sini.

Srinagar ( Ibu kota Kashmir ) - terkenal dengan Tasik Dal dan houseboat , Shikara ( perahu kecil ), Masjid-masjid lama ( Jamia Mosque, Kahnqah Of Shah Hamdan Mosque, Hazrat-Bal Mosque ), Chesma Shahi Garden, Pari Mahal Garden dan Botanical Garden.


Sonamarg - Terkenal dengan Trekking atau berkuda ke Thajiwas Glacier dan cuba papan luncur kayu ( sledge )


Gulmarg - Terkenal dengan tempat bermain ski pada musim salji dan Kereta Cable tertinggi di Dunia untuk ke puncak "Kongdoori" Mountain


Pahalgam - Terkenal dengan nama Mini Swiss untuk ke puncak Puncak "Baisaran Valley" 


Ladakh - Sebuah daerah lain yang agak jauh dari Jammu dan Kashmir. Terkenal dengan kota "Leh" dan bergunung ganang.

Nota : Kami tidak sempat untuk ke Ladakh.

6. Makanan
Jangan bimbang dengan makanan di sana . Hampir 90% penduduk di Kashmir adalah beragama Islam dan sudah pastinya untuk mendapatkan makanan halal adalah amat mudah. Makanan di Kashmir adalah sedikit berbeza dari makanan India. Tidak terlalu pedas dan berempah. Yang paling penting anda harus memilih tempat makan yang benar-benar bersih.

Nota : Cuba street food ( akar teratai goreng tepung ) sedap.

7. Telekomunikasi 
Sudah pasti anda mahu perjalanan travel anda di update di halaman sosial. Terdapat pelbagai simkad syarikat telco yang boleh anda beli semasa di Kashmir tetapi ianya tidak boleh digunakan di luar dari Jammu dan Kashmir contohnya di New Delhi. Ini berikutan masalah diskriminasi kerajaan India terhadap penduduk Kashmir. Baik anda menggunakan khidmat wifi di hotel sahaja. 

Nota : Kami hanya gunakan wifi hotel sahaja

8. Hormat dan respect budaya mereka
Jika kita di Kashmir, sudah pastinya kita ingin mengambil gambar-gambar tempat-tempat menarik dan penduduk  disana. Tetapi sila pastikan anda tidak mengambil gambar sesuka hati tanpa keinzinan dari mereka terutamanya kaum wanita. Kaum lelaki di sana agak sensitif jika mereka tahu anda mengambil gambar wanita di sana. 

Tidak boleh bergambar dengan anggota keselamatan di sana terutamanya askar dan polis.

Tidak boleh mengambil gambar didalam airport di Srinagar sesuka hati. 

Sentiasa senyum dan hormat dengan penduduk di sana.

Nota: Kamera kami di periksa dengan ketat semasa di Airport. 

9. Sentiasa berwaspada dengan keselamatan diri dan barangan anda
Jika anda berada di sana secara berkumpulan, sila pastikan anda sentiasa menjaga keselamatan antara satu sama lain. Jangan tinggalkan beg anda sesuka hati tanpa pengawasan kawan yang lain. Jika anda travel secara solo sila pastikan anda hanya membawa barangan penting sahaja semasa keluar. Tinggalkan beg dan lain-lain di hotel.
Anda boleh sahaja mengambil Travel insurans di Malaysia sebelum keluar Negara.

Kepada rakan-rakan wanita, yang ingin ke sini, saya cadangkan anda tidak datang secara berseorangan. Ada baiknya anda datang secara berkumpulan, dan ini akan lebih selamat.

Sentiasa peka dan ambil tahu tentang isu semasa yang berlaku di Kashmir sebelum ke sana, kerana di Kashmir kerap berlaku tunjuk perasaan dan suasan genting melibatkan penduduk awam dan kerajaan India. 
Jika ini berlaku pastikan anda buat keputusan yang tepat sebelum kesana dan sentiasa berhubung dengan pihak hotel anda. 

Nota : Alhamdullilah tiada apa-apa yang berlaku semasa di sana. Semua berjalan mengikut perancangan 

10. Bajet
Bajet merupakan isu subjektif untuk di terangkan. semuanya bergantung pada anda . Jika anda ingin percutian yang mudah dan tidak memeningkan kepala, sudah pastinya anda akan berbelanja lebih. " Tepuk dada tanya poket anda " rujuk link kos penegemaraan kami di bawah .


Diharap penulisan saya ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kawan-kawan di luar sana untuk menerokai  bumi Kashmir. Sahabat seagama kita di sana sentiasa di tindas oleh kerajaan India yang beragama Hindu. Jadi mari kita doakan kesejahteraan mereka di sana. Amin...

Sekian Terima Kasih

Comments

  1. Wahh cantiknya Kashmir. Ada plan nak repeat trip ke sini lagi? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah... Tunggu anak2 besar sikit. Dan bawa mereka ke sini.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts