Berkhemah Dalam Hujan - Hutlista2 Jalan Sungai Tua Selangor

Camping 2 Hari 1 Malam di Hutlista 2 , Hutan Lipur Sungai Tua Selangor

Ulu Yam_Hutlista2_TheHid3out_TheHideOut_Camping_FamilyCampingMalaysia_berkhemah_waterfall_garisanKhatulistiwa_BersatuDenganAlam_campingwithfamily_waterfall_sungai_selangorcampsite_campsite

Lepas sahaja kami camping di Ulu slim minggu lepas, masing-masing sudah mula murung dan gatal kaki nak berkhemah lagi. Rata-rata antara kami sibuk bertanya mana pulak minggu ni?  Wah bila dah seronok kalau boleh tiap minggu nak bercamping. Cuti Public Holiday Sultan Selangor kami mula merancang aktiviti seterusnya untuk hujung minggu. Pantang dipetik, memang semua ON sahaja.

Setelah mendapat kata putus, kami akan bercamping di Hutan Lipur Sungai Tua Hutlista2. Sebab tempat ni private maka anytime sahaja kami boleh ke sana. Buat pengetahuan semua, semua hutan lipur di bawah kelolaan Jabatan Hutan Selangor telah pun ditutup untuk hujung tahun sebenarnya. Kerana musim Monsun yang kerap hujan dan kerja-kerja penyelenggaraan tahunan yang dijalankan termasuk lah markas utama kami di TERKOM. Hahaha. Jadi untuk melepaskan gian kami sepakat untuk ke Hutlista2 sahaja. 

Ulu Yam_Hutlista2_TheHid3out_TheHideOut_Camping_FamilyCampingMalaysia_berkhemah_waterfall_garisanKhatulistiwa_BersatuDenganAlam_campingwithfamily_waterfall_sungai_selangorcampsite_campsite

Ulu Yam_Hutlista2_TheHid3out_TheHideOut_Camping_FamilyCampingMalaysia_berkhemah_waterfall_garisanKhatulistiwa_BersatuDenganAlam_campingwithfamily_waterfall_sungai_selangorcampsite_campsite

Aku antara orang yang paling awal sampai. Selalunya Abg Zalli orang pertama yang terpacul bila berkhemah ni. Tapi hari ni dia ada masalah dengan kereta tak boleh start pulak. Sebab dah sampai awal, aku tinjau-tinjau lah port mana yang sesuai untuk kami 7 family kali ni. Aku pernah bercamping sekali di sini bulan Ogos lalu, dan aku pasang khemah berdekatan TheHid3out area Glamping tu. Sebab kali ni kami ramai, jadi kami decide untuk port sebelah atas berdekatan dengan gazebo dan toilet sahaja. 

Cuaca hari tu agak mendung. Aku rasa petang nanti pasti hujan. Memang tepat hujan sepanjang petang hari tu. Ada beberapa rakan kami yang pasang khemah dalam hujan. Kuyup habis. Alah apa ada hal hujan pun hujan lah. Janji dapat bercamping.

Ulu Yam_Hutlista2_TheHid3out_TheHideOut_Camping_FamilyCampingMalaysia_berkhemah_waterfall_garisanKhatulistiwa_BersatuDenganAlam_campingwithfamily_waterfall_sungai_selangorcampsite_campsite

Ulu Yam_Hutlista2_TheHid3out_TheHideOut_Camping_FamilyCampingMalaysia_berkhemah_waterfall_garisanKhatulistiwa_BersatuDenganAlam_campingwithfamily_waterfall_sungai_selangorcampsite_campsite

Anak-anak antara orang paling seronok bila bercamping ni. Tahu dah siapa yamg datang, siapa yang tak datang. Bila hujan memang tak dapat lah mandi sungai. Jadi mandi hujan sahaja lah. Petang tu acara makan tengah hari bermula lewat sebab keadaan hujan yang tak berhenti hingga lewat petang. Plan kami nak masak menu2 kampung kali ni. Menu utama petang ni ialah ikan keli salai masak lemak cili api. Pehhh. Hujan-hujan ni dapat pulak makan sedap-sedap memang A lah....

Ulu Yam_Hutlista2_TheHid3out_TheHideOut_Camping_FamilyCampingMalaysia_berkhemah_waterfall_garisanKhatulistiwa_BersatuDenganAlam_campingwithfamily_waterfall_sungai_selangorcampsite_campsite

Malam nanti menu special kami nak masak ayam pansuh dalam buluh. Disebabkan cuaca hujan, buluh entah kemana, kayu api pun tah kemana. Kita masak dalam periuk tanah sahaja, jadi lah Ayam Passsuuoooh.
Melepak dan makan sahaja kerja kami sepanjang hari. 

Ulu Yam_Hutlista2_TheHid3out_TheHideOut_Camping_FamilyCampingMalaysia_berkhemah_waterfall_garisanKhatulistiwa_BersatuDenganAlam_campingwithfamily_waterfall_sungai_selangorcampsite_campsite

Ulu Yam_Hutlista2_TheHid3out_TheHideOut_Camping_FamilyCampingMalaysia_berkhemah_waterfall_garisanKhatulistiwa_BersatuDenganAlam_campingwithfamily_waterfall_sungai_selangorcampsite_campsite

Aktiviti anak-anak cuma melukis dan mewarna sahaja. Terima kasih pada Hafiz dan isteri yang menyediakan alatan lukisan dan mewarna untuk anak-anak. Manakala aktiviti malam pulak Abg Zalli yang organize.


Ulu Yam_Hutlista2_TheHid3out_TheHideOut_Camping_FamilyCampingMalaysia_berkhemah_waterfall_garisanKhatulistiwa_BersatuDenganAlam_campingwithfamily_waterfall_sungai_selangorcampsite_campsite

So kesimpulan camping kali ini, sangat happening juga lah biarpun cuaca hujan. Terima kasih pada semua yang menjayakan camping kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu.

Klik untuk :
Entry Terdahulu Camping di Hutlista2 Sungai Tua 



Comments

Popular Posts