Campmeet Taman Eco Risda Ulu Slim Perak 8Nov-10Nov 2019

Campmeet di Taman Eko Risda Ulu Slim Perak :
Sewa tapak : RM25/tent/khemah
Parking : RM15/entry
Kemudahan : Gazebo / Cabin / Plugpoint di pondok /Toilet / Dewan  
Hubungi Puan Ita 019-4247376)

Terima Kasih buat :
My Khalish Journey
Tok Batin Family
Jimba Campistas ( coffee shop )
Hud&Luth Adventure.co 
The Campers tribe ( Abg zul )
Kamal & Family ( Abg Kamal )
RH family ( rocky )
Mizi & Family ( Abg Mizi )
Chef Rizz & Family 
L&S Family Camping ( Rinzz ) 

Kamu semua memang Awesome !!
SEMOGA BERJUMPA LAGI.....

Perkhemahan 3 hari 2 malam memang tak puas sebenarnya. Di sini kami boleh berkongsi cerita dan pengalaman camping bersama. Minum kopi sampai pagi, bbq, campfire dan macam-macam lagi.

Alhamdullilah cuaca 3 hari kami di sini amat cerah dan baik sekali. Cuma sekitar waktu malam angin agak kuat juga. Sejuk juga lah...

Tak perlu risau dengan tandas dan bilik mandi. Disini terdapat kemudahan Tandas dan Bilik mandi sekitar campsite ini. Jika anda ingin sewa Cabin pun boleh. Terdapat beberapa buah cabin yang boleh disewa disini. Terdapat 6 katil , aircond dan bilik air sendiri dalam cabin. RM130/night. Sesuai lah bagi ibu bapa atau warga emas yang ingin datang ke sini.

Bagi mereka yang berkhemah di sini anda boleh menggunakan plugpoint di pondok yang terdapat di campsite ini. Anda hanya perlu membawa sendiri extension cable untuk digunakan. Kalau boleh bawalah extension cable yang lebih dari 20meter ya. Sebagai campers anda mesti tau kan...

Anak- anak memang tak berhenti mandi sungai, naik bila lapar dan waktu malam sahaja. Apa-apa pun yang paling penting ibu bapa perlu mengawasi anak-anak ini setiap masa ketika mereka di sungai. 

FamilyCampingMalaysia_ResponsibleCampers_campers_GarisanKhatulistiwa_BersatuDenganAlam_EkorisdaUluSlimPerak_campersmalaysia_fcm _Nature_Alam semula jadi_ Taman Eko Risda Ulu Slim Perak_Berkhemah dengan anak-anak

Campsite ini boleh dikatakan agak menarik dengan landscape nya. sesuai dijadikan tempat untuk berkhemah dan aktiviti riadah untuk sesisi keluarga. Air sungai yang jernih dan boleh dikatakan selamat juga lah untuk anak-anak bermain dan mandi manda. 

Kehijauan pokok-pokok yang terdapat disekitar Campsite ini memang boleh melupakan sebentar masalah anda yang sibuk di ibu kota.  Sekitar campsite ini juga terdapat padang yang boleh dijadikan tempat pelbagai aktviti sukaneka kepada semua pengunjung di sini. 

Kami akan kesini lagi nanti InshaAllah....

Comments

Popular Posts