Celebrate 10k Photo Contest Family Camping Malaysia

Celebrate 10k Photo Contest Family Camping Malaysia

Bulan Oct 2019 yang lalu, Family Camping Malaysia telah menganjurkan pertandingan photo camping keluarga bagi sambutan 10k likers dalam kelab / group tersebut. 

Selama sebulan peserta perlu mempromosi gambar masing-masing untuk semua kategori yang dipertandingkan. Memang ramai yang menyertai. Tarikh tutup penyertaan adalah 17Oct2019, manakala tarikh tutup untuk promosi gambar masing-masing pula adalah 30Oct2019. 

Terdapat 65 hadiah yang akan diberi kepada pemenang untuk 3 kategori. 

1. Like paling banyak -20 pemenang
2. Best Pic Oleh Juri - 20 pemenang
3. Cabutan Bertuah ( sagu hati ) - 25 pemenang.






Aku submit pun dah last minit, 14Oct2019 baru aku submit. Alah kalau ada rezeki, adalah ,kalau takda pun sekadar suka-suka sahaja.

Photo yang aku submit. Lokasi di Taman Eko Rimba Komenwel Rawang. Ma pun ada sekali masa ni.

family camping Malaysia_Grater_GraterShop_Camping_CustIronPan
Penyampaian hadiah semasa di Taman Eko Risda Ulu Slim

Alhamdullilah, gambar aku telah mendapat tempat ke 8  dalam kategori Best Picture oleh Juri. Hahahaha. Memang rezeki betul lah. Dapat pulak Cast Iron Pan dari GraterShop. Boleh lah aku guna untuk masak pizza masa camping.

Hadiah telah disampaikan oleh Admin FCM Saudara Rill Khalish @ MyKhalishJourney semasa kami bercamping di Taman Eko Risda Ulu Slim tempoh hari. 

Terima kasih FCM dan Grater Shop atas hadiah yang Awesome ini. Semoga pertandingan ni menjadi acara tahunan FCM di masa akan datang.


Comments

Popular Posts