Menikmati Bau Hutan Pokok Pine Di Campsite Sungai Pauh Cameron Highlands
Menikmati Bau Hutan Pokok Pine Di Campsite Sungai Pauh Cameron Highland
Menikmati susana di hutan tanah rata campsite Sungai Pauh cukup mendamaikan. Menghirup udara segar hutan pokok pine yang terdapat disekeliling campsite memang macam di Negara beriklim sejuk.
Semasa di Campsite Sungai Pauh, Aku telah bawa anak-anak aku jungle trekking di kawasan ini. Kita boleh mencuba untuk trekking ke Gunung Berembun atau Ke Pejabat Hutan Tanah Rata Sungai Pauh.
Kami memilih untuk jungle trekking ke Tanah Rata sahaja kerana untuk ke Gunung Berembun mengambil masa hampir 2 jam juga perjalanan dan memerlukan permit serta guide. Sebab bawa anak-anak jadi kita ke Tanah Rata sahaja. Puncak tertinggi di Tanah Rata adalah bila mana anda tiba di Salah sebuah tiang pencawang Elektrik di sini. Perjalanan mengambil masa hampir 45minit sahaja.
Klik untuk :
Camping Di Sungai Pauh Cameron Highlands
Comments
Post a Comment