Bagaimana Untuk Tukar Tarikh Tiket Air Asia Anda

Hari ini aku nak kongsi bagaimana untuk tukar tarikh dan masa perjalanan Tiket flight Air Asia  anda melalui online. Ini dari Pengalaman aku sendiri sebab aku bercadang untuk Travel ke India pada November 2015 ini hingga December 2015. Tetapi disebabkan beberapa  faktor yang tidak dapat dielakkan, jadi Travel kali ini dipercepatkan ke bulan September 2015. Takkan nak burn macam tu je kan... 

Nasib baik tarikh baru yang aku pilih lebih murah berbanding tarikh sebelumnya yang aku beli tempoh hari,  Aku perlu bayar lebih sikit dalam RM290 selepas jumlah harga tarikh baru di tolak dengan harga tarikh yang lama. Yup anda still rugi, tapi takdalah rugi banyak sangat untuk bayar denda , penalti dan sebagainya. Tetapi jika Tarikh Baru yang anda beli itu lebih mahal dari tarikh yang anda beli dulu, Baik anda fikir sekali lagi ( terutamanya kepada mereka yang beli harga PROMO ) contohnya jika anda beli tiket sebelumnya RM50 return ( masa PROMO ), takkan anda nak tukar tiket tarikh baru RM400 return ye tak?? Baik beli tiket baru je, yang lama burn je..... ( faham tak )

Ok cerita panjang tak guna , so ini lah step-stepnya. Anda boleh je ke kaunter Air Asia terus untuk proses pertukaran tarikh ni, tetapi kena bayar service charge la pulak... Rugi lagi............. Baik buat sendiri.. huh


1. Log in dalam Akaun Air Asia



2.Manage My Booking


3. Klick Modify ( ada di sebelah kanan Bold Merah )


4. Edit Itinerary - Change/Upgrade Flight ( kolum atas  )


5. Klik Change Travel Date "one way / return " ( Kotak kecil sebelah kanan ) dan pilih tarikh anda, kemudian "Next"


6. Bila tarikh sudah di pilih dan Anda setuju dengan  Harga nya . klik " Continue "


7. Isi Maklumat anda seperti Biasa , nama penumpang , Luggage dan sebagainya , kemudian klik "Next"


8. Jika maklumat sudah diisi semuanya Klik " Continue "


9. Jika Tiada apa-apa lagi terus sahaja Klik " Continue "


10. Pilih " Seat" jika perlu kemudian Klik " Checkout" untuk pembayaran . Nanti ada mention berapa yang anda perlu bayar setelah di tolak dengan bayaran yang anda telah buat dulu.


11. Bayaran boleh dibuat melalui Credit card/Online banking macam biasa. ( Takkan aku nak tunjuk username dan password online banking aku pulak kat sini kan ... ) hahahaa

12. Bayaran yang anda perlu buat bergantung pada Harga baru tiket yang anda pilih. 

13. Jika Harga tiket pergi balik anda yang baru lebih murah dari sebelumnya maka, anda masih lagi dalam zon yang selesa untuk bayaran tiket tarikh yang baru walaupun anda masih rugi, jika sebaliknya kerugian yang lebih "BESAR" akan anda tanggung... ( tepuk dada tanya selera ) 

14. TIADA BAYARAN semula atau REFUNDABLE dari pihak AirAsia diatas pertukaran INI.. Hahaha..............

15. Selamat Bertravel ................

16. Aduh dah lari sikit Bajet aku..........................

# Pautan berkaitan : BAGAIMANA UNTUK REFUND DUIT TIKET AIR ASIA MELALUI E-FORM


Comments

Popular Posts