Family Gathering - Gemencheh Negeri Sembilan

Gathering Keluarga

cuti sekolah merupakan minggu yang kurang stress buat Ibu bapa sebenarnya, Bukan apa sebab ramai ibu bapa di luar sana yang tidak tergesa-gesa untuk menyiapkan anak -anak untuk ke sekolah. Dan apa yang penting lagi ialah jalan tidak lah JEM teruk  seperti hari-hari biasa . Cuti sekolah selama dua minggu ni merupakan masa yang sesuai untuk menziarah ibu dan ayah di kampung. Anak-anak aku memang dah plan baik punya untuk balik ke kampung tinggal dengan nenek mereka selam seminggu. Apa lagi dapat main sakan la mereka semua.

Kami plan mengadakan mini Family Gathering di Kampung wife aku di Gemencheh Negeri Sembilan. Memang agak lama juga kami tidak dapat berkumpul bersama begini. So ambil peluang cuti sekolah ini untuk buat makan-makan sambil menyambut kedatangan Ramadhan tidak lama lagi. Yang paling best ada orang nak sponsor kambing golek tu... Atleast dapat lah juga redakan kekecewaan aku yang tak dapat travel ke Lombok beberapa hari lepas. hahahaha




Bila sesekali dapat berkumpul ramai-ramai macam ni memang best. Ye lah nak tunggu Hari Raya nanti belum tentu semuanya dapat pulang ke kampung halaman. Macam aku pulak memang tahun ni aku terpaksa bekerja semasa Syawal nanti, so anak-anak dan wife aku akan menyambut Hari Raya di kampung, manakala aku pula akan menyambut raya di tempat kerja. Alah dah biasa, tak da hal sangat lah...

Kambing telah ready untuk digolek diatas bara yang panas. Terima kasih Alang sebab sponsor kambing golek ni. Alang merupakan anggota Smart Malaysia. Nasib baik la ko tak jadi ke Kota Kinabalu untuk misi menyelamat gempa bumi yang berlaku di Sabah tempoh hari, kalau tak kambing tah kemana, apa pun pun tah kemana....hahaha






Macam-macam menu yang kami buat hari tu, dari kambing golek, lemang, rendang maman, rendang ayam, sate, kuih muih dan macam-macam lagi lah, nasib baik Pak Ngah Baharom tak suruh buat dodol, kalau tak memng masak lah kami nak menggaul. Dah macam Hari Raya pulak aku rasa. Ini memang biasa dalam family mertua aku. So kerja kami hanya makan, makan, makan, dan makan...................ulang balik...






Khemah untuk anak-anak sudah siap dipasang dihalaman rumah. kalau tak hujan malam ni memang anak-anak nak tidur dalam khemah la. Tapi sayang sekali malam tu hujan agak lebat, tak dapat la nak tidur dalam khemah....




Comments

Popular Posts