Bagaimana untuk Refund duit tiket Air Asia melalui E-form

Kali ini aku ingin berkongsi dengan teman-teman di luar sana bagaimana pula untuk menuntut kembali wang daripada pembelian tiket Air Asia ( refundable )  sekiranya Air Asia menghadapi masalah berkenaan penerbangan anda.

Aku telah mendapat email dari pihak Air Asia berkenaan status penerbangan aku dari  Auckland NZ ke Kuala Lumpur yang terpaksa ditangguhkan ( delay ) oleh pihak AirAsia. Aku dan 3 sahabat lain telah membeli tiket ke New Zealand pada bulan Januari 2016, ketika Air Asia membuka semula laluan ke New Zealand. Jadi tanpa fikir panjang kami terus membelinya dengan hati yang gembira untuk perjalanan akhir bulan Ogos 2016 hingga awal Sept 2016. ( winter season )

Setelah hampir 2 bulan, selepas tiket dibeli, Aku mengalami sedikit masalah untuk meneruskan trip kali ini, dan dengan rela hati aku terpaksa menarik diri, dan sudah pastinya tiket penerbangan aku hangus begitu sahaja. 

Kebetulan pada bulan Feb 2016, aku mendapat email daripada Air Asia yang mengatakan flight balik kami dari NZ telah di tunda ke satu masa yang lain, dan kami telah diberi 3 option dari pihak AirAsia: 

*option 1 : Tukar Tarikh penerbangan ( pergi dan balik )
*option 2 : Tukar kepada point 
*option 3 : full refund ( pergi dan balik )



Setelah berbincang dengan kawan-kawan yang lain berkenaan hal ini kami sebulat suara membuat keputusan membatalkan sahaja trip ke NZ ini, kerana Aku memang tidak dapat sertai , manakala yang lain hanya menurut Mastermind sahaja. Umpama "cubit peha kiri, peha kanan juga terasa", itulah yang kami alami saat itu. Jika seorang tak jadi pergi maka semua takkan pergi juga. " One for All !!! All for One !!!" 

Kira kami bernasib baik, diberi 3 option oleh AirAsia. Jadi kami memilih option ke 3 iaitu "Full Refund". Option ke 3 ini hanya boleh diterima pakai selewatnya 2 minggu sebelum penerbangan kami . Maka misi untuk refund semula duit kami telah aku buat kerana aku yang bertanggung jawab menguruskan pembelian tiket tersebut sebelum ini. 

Langkah-langkah untuk Refund :

1. Aku tweet +AskAirAsia - dan konfirm dengan mereka email yang mereka telah hantar. 

2. Aku isi borang E ( E-form ) dari AirAsia dan submit  secara online. Isi butiran semua yang diperlukan dengan lengkap.



3. Setelah isi E form, aku email kepada mereka untuk konfirm semula status permohonan E-form aku.


4. Aku sentiasa berhubung dengan Airasia melaui tweeter untuk update permohonan aku.


5. Email diterima dari Pihak AirAsia berkenaan status permohonan tersebut berjaya. Refund kami akan di terima selewat-lewatnya 90 hari dari tarikh permohonan tersebut. Fuh gila lama 90 hari. Huh!!!


6. Sentiasa periksa email dan  Airasia Website Login , Alhamdullilah, semua sudah beres, dan kami hanya menanti wang dimasukkan semula ke dalam akaun. 


7. Kami menangis dan murung selepas itu kerana tidak dapat pergi ke New Zealand...... Alhamdullilah, duit refund dapat lah juga digunakan selepas Hari Raya hari tu.... 

Harap ini dapat membantu kawan-kawan di luar sana jika hendak berurusan seperti ini. 


Terima Kasih

# INFO Penting : Informasi ini tertakhluk seandainya Air Asia sendiri yang menghadapi Masalah





Comments

  1. Assalam. Berapa lama baru dapat duit refund tu ye? Mmg 90 hari ke? Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam... tak juga .. sy dpt xsampai 90 hari... Alhamdullilah

      Delete

Post a Comment

Popular Posts