Cancelled vacation

Dalam Post yang lepas aku ada cerita Bagaimana untuk tukar tarikh Penerbangan Air Asia kan, so kali ini aku nak cerita pulak bagaimana perasaan aku bila tiket penerbangan kita "BURN" begitu sahaja.

Mungkin pada traveller tegar diluar sana memang dah lali bila tiket yang sudah dibeli dan plan yang telah dirancang terpaksa dicancelkan disaat akhir atas sebab - sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada aku ni yang sekali sekali nak merasa naik kapal terbang untuk travel ni agak sikit kecewa la jugak bila semua yang telah ditempah lebur macam tu jer... Tapi apa boleh buat kita hanya merancang,tapi tuhan je yang mengizinkan...



Maaf Gambar aku ambil dari Google sahaja

Pada March yang lepas aku ada lah usha-usha tiket AA ni, mana lah tau ada yang murah untuk ke LOMBOK Indonesia. Kebetulan pula time tu ada promo, belek punya belek , dapat lah jugak tarikh yang cantik dengan harga yang berpatutan. ( masih dalam budget untuk 2 orang ). Plan asal memang nak rileks-rileks dengan wife sahaja di Lombok. So setelah fikir punya fikir aku pun beli la flight tiket return plus hotel untuk 4 malam, 2 malam di Kebun Villa Resort untuk bulan June nanti sempena our Anniversary yang ke 8. Dan untuk 2 malam lagi aku plan nak ke Rinjani Lodge pulak sebelum balik KL. Dalam kepala terbayang panggilan Gunung Rinjhani yang sungguh cantik....


Kebun Villas & Resort dalam Google



Rinjani Lodge dalam Google

Tapi apa kan daya, kita hanya merancang, segala plan yang telah diatur tidak dapat ditunaikan atas-sebab- sebab keluarga yang tidak dapat di elakkan... Keluarga lebih utama dari segalanya, Di mana di kala ahli keluarga kita yang lain sedang bersedih dan berduka , tak sampai hati aku dan family bersukaria dan bersenang-senang. Kehilangan salah seorang keluarga kami sungguh tragedi dan meninggalkan kesan yang amat mendalam pada keluarga kami. Semoga ada kelapangan di masa hadapan untuk aku menjejakkan kaki di bumi Lombok satu hari nanti.... In Sha Allah....

Comments

Popular Posts