Nepal Aku Mahu Datang Lagi !!!


Semalam aku mengemas dan selongkar Hard disk yang ada di rumah. Belek-belek gambar, ternampak pula gambar ini yang di ambil sekitar Feb 2014, semasa trek ke Annapurna Base Camp Nepal, bersama sahabat-sahabat sedang menikmati teh panas di salah sebuah guesthouse yang kami berhenti untuk rehat. 

Saat berhenti rehat memang kami tunggu-tunggu sebenarnya selepas penat berjalan hampir 2-3 jam. Menikmati minuman panas memang menyegarkan sambil melihat gunung-ganang yang terbentang luas di sekitar banjaran Himalaya. Masih terasa kesegaran angin dingin setiap kali kami membuka jacket. 

Aku ingin ke sana lagi jika diberi kemampuan satu hari nanti...


 "The joy of life comes from our encounters with new experiences, and hence there is no greater joy than to have an endlessly changing horizon, for each day to have a new and different sun". 
Christopher McCandless

Comments

Popular Posts