Setelah hampir sebulan lebih kami di Mekah, musim Haji kini mula dirasai. Segala persiapan dan penambahbaikan sistem tren telah dijalankan. Kami bertugas hampir 12 jam setiap hari bagi memastikan kelancaran sistem tren dan Platform Door Screen berada dalam keadaan baik sebelum dan semasa musim Haji. Segala plan dan jadual kerja telah kami perolehi dimana semasa operasi musim Haji nanti kami semua akan berkelana di Station yang telah di tetapkan oleh ketua kami selama hampir 10 hari tanpa GAGAL.
|
Suasana Pagi di Mina |
|
Sebahagian Team RRT-PED MMMSL 1438H |
|
Jadual kerja dan Tren Movement Musim Haji |
Jadual perjalanan tren telah pun di aturkan mengikut pergerakkan jemaah Haji melaksanakan Rukun Haji. Jadi kami semua telah bersedia dan mempelajari jadual perjalanan tren mengikut Movement yang telah di tetapkan sekiranya kami juga ingin melaksanakan ibadah Haji tanpa meninggalkan tugasan hakiki yang telah diamanahkan. Bukan senang untuk melakasanakan 2 tugas utama dalam satu masa. Itulah "Haji Metro" yang biasa di sebut-sebut oleh ramai lagenda di MMMSL.
Kami telah pun berada di station yang telah di tetapkan seawal 7 Zulhijjah lagi sebelum mulanya waktu Haji iaitu pada 9 Zulhijjah. Di sini kami ada juga disediakan khemah khas untuk staff dan ada juga diantara kami yang akan tinggal di station sehingga habis operasi Musim Haji. Khemah yang disediakan amatlah memuaskan dan cukuplah sekadar untuk berehat sementara menunggu shift berikutnya. Makanan dan tempat membersihkan diri juga telah diaturkan dengan baik biarpun ada beberapa kes yang tidak memuaskan hati, anggaplah sahaja ianya dugaan dan cabaran bekerja di sini.
|
Waktu berangkat ke Station pada 7 Julhijjah
|
|
Gambaran di dalam khemah staff yang disediakan
|
|
Waktu bertugas telah bermula |
Aku telah ditempatkan di Station Mina 2 dimana aku bertugas di dalam control Room bersama beberapa orang lagi staff yang diketuai oleh Station Master yang berasal dari pelbagai negara. Kami bekerja mengikut shift dan akan berkelana di sini selama hampir 10 hari sehingga tamat Musim Haji nanti. Aku akan ceritakan pengalaman aku di dalam entry yang akan datang.
Sambungan :
WUKUF DI ARAFAT
Comments
Post a Comment