Wukuf di Arafat
- لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ
9 Zulhijjah 1438h bersamaan dengan 1 Sept 2017, adalah hari Wukuf bagi semua jemaah Haji yang berada di Kota suci Mekah Almukaramah. Pada hari ini semua jemaah akan berada di Arafat untuk melakukan ibadah Wukuf kerana ianya merupakan Rukun Haji yang perlu di laksana kerana tiada Wukuf,tiadalah Haji.
|
Jemaah discan sebelum masuk ke station |
|
Jemaah menuju Arafat |
Sebut sahaja Wukuf, sudah kita dapat bayangkan pergerakan Jemaah Haji akan bergerak secara beramai-ramai ke tanah Arafat. Ada yang mengunakan bas, kereta, tren dan ada juga yang hanya berjalan kaki dari segenap pelusuk kota Mekah ke Arafat, tertutamanya di kawasan yang dipanggil Jabal Rahmah.
|
Ribuan jemaah menunggu di luar station |
|
Jemaah di ruang menunggu di platform |
|
Suasana di dalam tren |
Ibadah Wukuf Afdal dilaksanakan selepas Zuhur, dimana disitulah niat Haji/Ihram di lafazkan. Pergerakan Tren sudah mula membawa penumpang dari Mina ke Arafat sejak dari awal pagi semalam lagi. Beribu jemaah menggunakan khidmat Mekah Metro. Dari station Mina. Aku dapat melihat pelbagai ragam dan jenis manusia dari serata negara menaiki tren untuk ke Arafat. Jemaah Haji akan di atur ke tempat ruang menunggu sebelum menaiki tren dan akan dibenarkan masuk secara berperingkat dari luar station ke platform station. Tugas ini dikawal selia oleh Crowd Control yang telah ditugaskan oleh pihak syarikat.
Jika anda fikir jutaan manusia yang menaiki tren di Bukit Jalil setelah selesai perlawanan bola sepak, jumlah Jemaah disini 3 kali ganda ramainya dari itu. Bagi memastikan ianya dapat berjalan dengan lancar, maka kami perlu memastikan setiap sistem kami beroperasi dengan baik agar jemaah Haji dapat melaksanakan ibadah Haji dengan tepat pada masa dan sempurna.
|
Suasana di dalam control room ketika masih belum sibuk |
|
Jemaah berjalan kaki melaksanakan ibadah Wukuf |
Alhamdullilah shift aku pada hari Wukuf selesai pada pukul 11am. Jadi aku menanti peluang yang ada untuk bergerak ke Arafat dari Mina. Alhamdullilah Allah memudahkan segala urusan kami kerana pihak Syarikat telah menyediakan perkhidmatan tren untuk staf bagi melaksanakan ibadah Wukuf iaitu dari pukul 12pm sehingga 2pm. Sempat untuk kami Solat Zuhur dan wukuf disana tanpa mengenakan Ihram.... Terima Kasih Allah...
Sambungan :
BERMALAM DI MUDZALIFAH
Comments
Post a Comment