Pengalaman Menunaikan Haji - Operasi Musim Haji MMMSL 1438H 2017

Bermalam di Mudzalifah

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ  لاَشَرِيْكَ لَكَ


10 Zulhijjah 1438H bersamaan 2 Sept 2017 di tanah air. Selesai sahaja Ibadah wukuf di Arafat, semua Jemaah haji akan bermalam di Mudzalifah. Di sini terdapat 3 station Tren Mudzalifah iaitu Mudzalifah 1, 2 dan 3. Jemaah Haji akan bergerak mengikut station yang telah di tetapkan, Jika mereka dari Station Arafat 1, maka mereka akan turun di Station Mudzalifah 1 juga. begitulah seterusnya. Pegerakan tren berdasarkan perjalanan rukun Haji dan ini sangat memudahkan seluruh Jemaah haji yang menggunakan khidmat tren ini.

Photo credit : Warna Prasarana ( suasana di station Arafat untuk ke Mudzalifah )

Photo credit : Warna Prasarana ( suasana di station Arafat untuk ke Mudzalifah )
Photo credit : Warna Prasarana ( suasana di station Arafat untuk ke Mudzalifah )



Station Arafat sudah kosong dan hanya station Arafat 3 sahaja yang masih beroperasi kerana di kawasan station ini terdapat parking lot yang besar khusus buat jemaah Haji yang meletakkan kenderaan mereka di sini terutamanya buat penduduk tempatan. Selesai sahaja melontar jamrah di mina pada akhir Haji nanti mereka akan kembali ke station ini.

Kini tumpuan operasi tren di Mekah akan tertumpu di Mudzalifah dan Mina. Bermalam  dari tengah malam 10 Zulhijjah sehingga subuh di Mudzalifah merupakan wajib haji yang di laksanakan oleh Jemaah haji. Disini rata-rata jemaah Haji akan mengumpulkan batu untuk melaksanakan melontar Jamrah di Mina nanti.

Photo credit : Warna Prasarana ( suasana di station  Mudzalifah )

Photo credit : Warna Prasarana ( suasana di station Mudzalifah )

Photo credit : Warna Prasarana ( suasana di station Mudzalifah )

Photo credit : Warna Prasarana ( suasana di station Mudzalifah )

Station Mudzalifah dapat aku lihat jutaan manusia serba putih berihram akan bermalam dan meghabiskan masa mereka dengan ibadah. Tak kurang juga Jemaah yang sakit, sesat, kehilangan barangan peribadi dan macam-macam masalah lain lagi. Ini semua dugaan yang perlu kita tempoh sepanjang operasi tren musim Haji di sini. Alhamdullilah setakat ini operasi tren yang kami kendalikan masih berjalan mengikut jadual dan tidak mengalami kegagalan. 

Photo credit : Warna Prasarana ( suasana di station Mudzalifah )

Kami bertugas hampir 24 jam dan hanya diberi rehat 5 jam sahaja setiap shift dan akan memulakan tugas semula. Begitulah rutin kami sepanjang musim Haji. Biarpun agak penat dan dan tidak dapat berehat dengan sempurna, pada aku ianya satu pengalaman yang amat manis dan aku amat bersyukur menjadi sebahagian dari manusia yang dapat memberi kemudahan kepada seluruh umat manusia yang lain. Alhamdullilah kami semua dapat melaksanakan wajib haji iaitu bermalam di Mudzalifah mengikut giliran. Rakan-rakan yang bertugas di station Arafat semalam, kini datang untuk membantu kami di Mudzalifah dan di Mina. Anggota keselamatan, Paramedik,Crow control bersiap sedia menghadapi sebarang kesulitan di sini. Aku ada juga terlihat beberapa jemaah haji dari Malaysia yang menggunakan tren ini. Sudah pastinya mereka bukan dari Jemaah Tabung haji Malaysia. Kebanyakan mereka menetap dan bekerja di luar negara.

Bersambung : MELONTAR JAMRAT DI MINA

  

Comments