Pengalaman Menunaikan Haji - Operasi Musim Haji MMMSL 1438H 2017

Melontar Jamrat di Mina 

Dari mula lagi aku berharap agar dapat bertugas di Station Mina kerana pada aku di Mina kawasan nya agak berbukit dan berada di kawasan yang agak tinggi. Sudah pasti pemandangan di kawasan ini  cantik dan kurang panas. Dari hari pertama aku sampai di Mina aku teruja bila melihat ribuan khemah putih di setiap pelusuk Mina . Ada juga yang betul-betul berhampiran dengan station Mina, di bawah bukit, di atas bukit dan hampir keseluruhan tempat di Mina banya khemah putih untuk Jemaah Haji. Dari yang aku tahu, khemah jemaah Haji Malaysia terletak agak jauh dari tempat melontar ketiga-tiga Jamrat nanti. Aku masih belum menemui ibu saudaraku yang sekarang ini sedang melaksakan ibadah Haji. Semoga Mak Ngah mendapat haji yang Mabrur. Insha Allah...

Photo Credit: Warna Prasarana ( Jemaah mula berarak ke Jamrat Mina )

Photo Credit: Warna Prasarana ( Jemaah mula berarak ke Jamrat Mina )

Photo Credit: Warna Prasarana ( Jemaah mula berarak ke Jamrat Mina )

Para Jemaah kini membanjiri station Mina. Buat pengetahuan semua tempat melontar ketiga-tiga jamrat berhampiran dengan station Mina atau lebih di kenali station Jamrat. Bagi jemaah yang naik dari station Mudzalifah 1, 2 dan 3,mereka tidak perlu bimbang kerana ketika ini tren yang membawa mereka akan terus ke station Jamrat. disaat ini lah tren yang kami kendalikan akan bergerak lebih kerap.

Photo Credit: Warna Prasarana ( Jemaah mula berarak ke Jamrat Mina )


Terdapat 3 Jamrat yang harus disempurnakan : 

  • yang pertama jamrah (جمرة الأولى aj-jamrah al-'ūlā), atau yang paling kecil jamrah (جمرة الصغرى aj-jamrah aṣ-ṣughrā),
  • yang tengah jamrah (جمرة الوسطى aj-jamrah al-wusṭā),
  • yang terbesar jamrah (جمرة الكبرى aj-jamrah al-kubrā), atau Jamrah Aqabah (جمرة العقبة jamrat al-ʿaqaba).

Semasa melaksanakan lontaran pertama untuk menyempurnakan Tahalul awal , kami berpakat untuk bergilir-gilir bagi melaksakannya. Alhamdullilah semuanya dipermudahkan. saat kami melontar, tidak ramai sangat jemaah di tingkat paling atas (open space ) dan kami dapat melaksanakan dengan sempurna sekali. Bagi jemaah haji yang menggunakan tren, memang amat mudah sekali kerana keluar sahaja dari tren, semua jemaah boleh mengikut laluan ram yang membolehkan mereka sampai terus di kawasan jamrat paling atas ( open space ). Alhamdullilah semuanya telah dipermudahkan. Bagi jemaah dari laluan lain, mereka akan berada di tingkat 2 dan 3 di kawasan ini. Ketika Tahalul awal tanpa kami sedar kami menangis tanda kesyukuran. Sebak kerana di beri kesempatan dan rezeki yang sebegini mudah untuk kami melaksanakan Ibadah Haji. Syukur Alhamdullilah...

Photo Credit: Warna Prasarana ( Jemaah mula berarak ke Jamrat Mina )

Photo Credit: Warna Prasarana ( Jemaah mula berarak ke Jamrat Mina )

Selesai bertahalul awal ( bercukur ) aku kembali ke station untuk tugas seterusnya. Esok akan kami sempurnakan lontaran seterusnya dan akan Tawaf dan saie di Masjidil Haram. Kini tugas kami tertumpu bagi memastikan perjalanan Jemaah Haji untuk ke Mina tidak mengahadapi sebarang masalah. Di Jamrat di penuhi umat manusia. Disini kita dapat lihat suasana yang amat indah sekali. Ramai sahaja yang bersedekah air minuman, makanan, tamar dan macam-macam lagi. semuanya berebut-rebut ingin memberi bantuan dan pertolongan. Subhanallah..

Bersama Sahabat semasa melontar Jamrat yang pertama

Laluan Utama ke Jamrat

Suasana di Jamrat di waktu pagi

Suasana di Mina di kala Senja

Ribuan Khemah yang terdapat di Mina
Alhamdullilah kami semua dapat menyempurnakan tugas dan ibadah kami dengan sempurna biarpun ada dugaan kecil yang perlu kami hadapi. Ianya cukup manis sekali bila dikenang. Aku berharap orang tuaku dapat ke sini menunaikan Haji bila rezeki mereka tiba nanti. Hanya doa buat seluruh ahli keluarga dan teman-teman yaang dapat aku sampaikan. Terima kasih sekali lagi atas doa ma dan pa selama ini. Tanpa kalian siapalah aku di sini. 





Comments

Popular Posts