Dari Kuala Lumpur ke Kashmir-New Delhi-Agra-Kolkata India - Part 12


SALAM TAJ MAHAL


Kemuncak kembara kami ke India adalah pada hari ini. Pagi lagi kami sudah bangun dan bersiap untuk beratur membeli tiket masuk ke Taj Mahal. Ya Taj Mahal. Korang tau ke apa tu Taj Mahal?? Hahaha.. aku gurau je. Yup, Taj Mahal merupakan salah satu keajaiban dunia yang diiktiraf Unesco. Taj Mahal juga merupakan simbol cinta Agung kepada mat-mat bunga sekelian alam selain kota Paris. Disini merupakan tempat bersemadinya cinta abadi umpama Laila dan Majnun,  Romeo dan Juliet dan Perdana Menteri kami dan Isterinya.Huh. Kisah Shah Jahan dan Mumtaz ibarat sebuah kisah dongeng bagi mereka yang tidak sukakan sejarah. Dan benarlah kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Panjang pulak mukadimah kali ini. Kami dah janji dengan Shabir untuk ke Taj Mahal, kami hanya ingin berjalan kaki sahaja. Dia pun ada pesan dengan kami nanti dia akan bawakan seorang kenalannya yang pakar dalam sejarah Taj Mahal untuk menerangkan kepada kami nanti. Seperti biasa korang ingat khidmat guru sejarah ni free? Bayar la bang. Lagipun si Shabir ni beria-ia benar nak kami memahami dan betul-betul enjoy di Taj Mahal ni. Kami pun layankan je lah. Pada aku kat buku pun boleh baca. Heheheh.

7am kami dah bergerak dari hotel untuk berjalan kaki ke Taj Mahal. Tak jauh pun lebih kurang 10minit je berjalan kaki. Shabir tak ikut kami, nanti tengah hari dia akan bawakan nasi beriani kambing special yang dimasak oleh bini dia sebagai tanda persahabatan. Wow.. baik betul si Shabir ni. Kami telah dinasihati oleh rakan Shabir apa yang tidak boleh dibawa masuk termasuklah tripod untuk mengambil gambar. Bayaran tiket adalah INR750 seorang. Semasa melalui pintu masuk anda akan discan, jika anda membawa beg, beg anda akan diperiksa.  Pastikan anda membawa air sebab kat dalam nanti sudah pastinya dahaga beb. Kami berbaris bersama orang ramai yang menunggu giliran untuk masuk. Lepas sahaja masuk ke perkarangan pintu pagar security tadi kami boleh lihat pintu besar Taj Mahal di depan mata kami... Taadaaa... Welcome to Taj Mahal.






Hah nampak tu? Itu lah pintu Taj Mahal yang menunggu para pengunjung di sini. Kami bergambar dahulu sebelum masuk ke dalam. Fuhh macam tak percaya aku boleh sampai sini. Ukiran Ayat Ayat Suci AlQuran tersergam indah di pintu besar ini. Anda masuk sahaja kedalam pintu ini anda boleh nampak Taj Mahal straight sahaja depan mata anda. Cuaca pada pagi itu cantik sekali. Masuk sahaja ke dalam, sudah pasti ramai manusia yang tak sabar sabar untuk memgambil gambar di tengah tengah antara pintu masuk tadi dan Taj Mahal. Anda boleh lihat laluan air pancur ini yang bermula dari pintu masuk terus ke Taj Mahal.Tapi sayang air pancur ini tidak berfungsi menyambut ketibaan kami.







Luas sungguh kawasan taman Taj Mahal ini. Tour guide kami sibuk memberikan penerangan dan kisah disebalik Taj Mahal ini. Aku dengar tak dengar sahaja. Apa yang penting sekarang kami nak bergambar dahulu. Aku syak, mesti tour guide kami boring dengan kami. Kat sini juga ramai photographer yang boleh diupah untik memgambil gambar anda. Tapi ok jugak ada tour guide ni sebab kami boleh minta tolong dia ambilkan gambar kami bertiga. Tapi macam biasa lah senget senget la sikit. Huh. Dari pintu masuk untuk ke Taj Mahal jauh juga aku rasa, tapi sebab banyak port yang menarik anda tak kan rasa jauh untuk berjalan.










Gambar di atas ni memang lama nak dapat kami ambil. Sebab ramai yang "Q" untuk duduk dan ambil gambar disini especially bagi photographer official yang bekerja dalam Taj Mahal ni. Menurut kata guide kami di kerusi ini lah Queen Elizebeth dan Puteri Diana menikmati permandangan  Taj Mahal ketika itu. Ntah ye ke tidak, try la google. Lepas sorang, sorang yang berebut untuk ambil gambar. Ketika berjalan menuju ke Taj Mahal dapat kita lihat semakin besar Taj Mahal ni depan mata. Apa yang istimewa tentang Taj Mahal ini ialah, ianya merupakan simbol atau monumen kasih sayang seorang suami buat isterinya yang sudah meninggal dunia kerana melahirkan anak mereka yang ke 14 kalau tak silap. Satu lagi Shah Jahan ni berkahwin ramai, tetapi Mumtaz merupakan isteri yang paling disayang beliau. Kerana kasih sayang nya dia sanggup mempergunakan tenaga manusia dari India , Parsi, Turkey, dan lain-lain untuk mencapai impian membina tugu peringatan khas buat Isterinya Mumtaz. Mengambil masa hampir 22 tahun untuk dibina dan menggunakan batu-batu yang di ukir dan di gosok secara manual bagi corak ukiran pada setiap dinding Taj Mahal bukan satu tugas mudah dan ianya seperti tidak masuk akal sama sekali. Hebat sungguh... 







Gambar diatas merupakan Masjid yang terdapat di Taj Mahal. Selalu kita ingat Taj Mahal adalah sebuah Masjid, tetapi bukan sebenarnya kerana Taj Mahal merupakan tugu ataupun kubur Arwah Mumtaz Mahal itu sendiri dan Arwah Shah Jahan.  Semasa kami ke sana kami tidak berpeluang untuk masuk ke dalam masjid ini kerana ianya ditutup untuk orang awam. Allah sayangnya tak dapat masuk untuk melihat sendiri apa yang ada didalam Masjid ini. Masjid ini terletak disebelah kiri Tajmahal jika anda memandang Taj Mahal dari depan. Seni ukiran batu pada Masjid memang cukup mengagumkan. Guide kami juga ada menunjukkan satu rahsia yang ramai orang tak tahu dan orang -orang tertentu macam kami je yang perlu tahu berkenaan pintu belakang Taj Mahal ini. kahkahkah.. Korang nak tahu apa rahsianya?? Sebenarnya terdapat illusi optik mata kita berkenaan ukiran diatas pintu luar Taj Mahal ini ada menunjukkan rupa seseorang iaitu Albert Einstein. Serius aku cakap. Memang ada rupa Einstein diatas ukiran itu. Hahahaa ini dia..





Setelah puas meninjau dan melihat luaran Taj Mahal, kami pun masuk kedalam Taj Mahal pula. Ramai orang yang berpusu-pusu untuk masuk ke dalam ni. Beginilah gambaran apa yang terdapat di dalam Taj Mahal. Hanya monumen atau kubur yang Mumtaz Mahal berada di tengah-tengah posisi dibawah kubah besar Taj Mahal ini. Manakala disebelah kubur Mumtaz ini adalah kubur Shah Jahan. Kubur Shah Jahan berada tepi sedikit dan tidak centre kerana ianya tidak pun dirancang di tanam disitu kerana ketika hayat Shah Jahan, beliau ada merancang satu lagi tugu seperti Taj Mahal yang bakal di panggil Black Taj Mahal yang terletak di seberang sungai Taj Mahal yang ada sekarang. Tapi mendapat tentangan dari anak nya sendiri kerana menurut sejarah anaknya berkata mana ada orang buat kubur sendiri sebelum mati. Selain daripada itu, pasti banyak kos akan dihabiskan untuk membina satu lagi Taj Mahal. Gila Shah Jahan ni!!! huh. Tapi dari luar Taj mahal ini kita boleh lihat tapak yang akan di bina The Black Taj Mahal. Oleh itu selepas kematian Shah Jahan ianya turut disemadikan didalam Taj Mahal sebelah kubur isterinya. Sebenarnya dalam ni kami dilarang untuk mengambil gambar, tapi kami langgar je. Huh




Mendengar penerangan dari guide kami tentang sejarah Taj Mahal dan bagaimana terdapat rupa Albert Einstein di ukiran kubah pintu luar Taj Mahal.. Hahahaha serius betul zack mendengarnya 







Seelah puas berpusing pusing sekitar Taj Mahal ini, so kami pun decide untuk keluar sebab salah satunya hari pun dah panas. Berpeluh dah ni.  Kami melalui taman taman bunga sekitar Taj Mahal ini sambil membayangkan betapa susahnya orang orang zaman dahulu nak membina Taj Mahal ini.





Ok masa untuk kami keluar dari Taj Mahal sebab selepas ini kami akan balik ke Hotel untuk check out dan petang nanti kami akan ke satu lagi tempat bersejarah iaitu Fatehpur Sikri yang mengambil masa 2 jam perjalanan sebelum kami kembali ke New Delhi pada pukul 9pm nanti. To Be continue...

KLIK UNTUK SAMBUNGAN: DARI KUALA LUMPUR KE KASHMIR-NEW DELHI-AGRA-KOLKATA INDIA - PART 13 -   FATEHPUR SIKRI ( THE CITY OF VICTORY )

Comments