Char Kway Teow Tsunami Tasik Biru Kundang Selangor

"The Power Of Viral"

Sebab viralnya Char Kway Teow Tsunami semalam wife aku ajak pergi sebab tak lama lagi dia dah nak bersalin. Untuk tidak menghampakan beliau aku gagahkan juga untuk mencari port makan ni. Terletak di Tasik biru Kundang Kuang Selangor. Amat mudah ke sini. kedai terletak di tepi jalan dan menghadap tasik biru Kundang. 




Kami sampai hujan lebat yang teramat lebat. Menunggu dalam kereta  hampir 20minit. Ramai juga yang sedang menunggu dalam kereta ketika ini. Reda je hujan kami terus serbu. Lama memang lama, ramai orang yang datang. Kalau tak kerana wife aku, memang tak la aku nak menunggu. Huh. 

RM13 sahaja 



Lepas puas menunggu Taaaddddaaaa... ini dia. Huh macam dalam gambar yang orang duk sibuk viral tu. Udang besar, Ketam sekor, Char Kway Teow Gred A!! Berbaloi menunggu. Wife aku pun tersenyum riang... Ok anda patut cuba. Di buka setiap hari kecuali Isnin dan jika tiada bekalan udang / Ketam. Waktu operasi pukul 1pm hingga 11malam. Perkara biasa jika anda datang, Char Kway Teow dah habis. Cuba Lagi....


Comments