Dari Kuala Lumpur ke Kashmir-New Delhi-Agra-Kolkata India - Part 13



FATEHPUR SIKRI ( THE CITY OF VICTORY )

Lepas sahaja makan nasi beriani kambing yang dimasak khas oleh isteri Shabir, di hotel, kami pun terus checkout dari hotel Saniyya Palace. Si Shabir dah siap menunggu di lobby dan bersedia memulakan perjalanan kami ke sebuah daerah lain iaitu ke daerah Fatehpur Sikri yang terletak hampir 40km dari Agra. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam. Pada mulanya aku malas sebenarnya nak ke situ, tapi sebab dah alang alang sampai Agra baik kita ke sana kan. Lagi pun nak stay kat sini pun nak buat apa, sebab train kami ke New Delhi malam nanti pukul 9pm. Lepas bersiap kami pun terus memulakan perjalanan ke sana. FatehpurSikri merupakan sebuah Fort dimana ianya di bina semasa pemerintahan Sultan Akhbar Khan iaitu datuk kepada Shah Jahan. Menurut sejarah, Akhbar telah berjalan kaki dari Agra untuk ke sini bagi menemui seorang Sufi yang bernama "Sheikh Salim Chisti "yang mempunyai khidmat sakti bagi memohon doa agar dikurniakan anak.

Menurut sejarah lagi, Akhbar Khan berkahwin ramai, namun masih tidak mempunyai anak lelaki. Lalu dia sengaja berjalan kaki bagi menemui Sufi tersebut untuk memohon hajat. Setelah menemui Sufi tersebut, akhirnya Akhbar telah dikurniakan anak lelaki melalui isterinya yang beragama hindu. Menurut sejarah Akhbar berkahwin dengan isteri yang beragama Islam, Hindu, Kristian dan Budha, semua sekali dia nak rasa. Kamasutra la ni... hahahaha. Maka bagi mengenang jasa baik Sufi tersebut memenuhi impian nya mendapatkan anak maka FatehpurSikri pun dibina. Dan menurut sejarah lagi terdapat laluan bawah tanah dari sini terus ke Agra. Nanti kami nak tengok laluannya. Tak habis si Shabir ni menerangkan pada kami sejarah FatehpurSikri ni. Ok la takda la boring sangat duduk dalam kereta lama-lama. 

"U want hear one joke guys"?? Shabir bercerita lagi. What joke? its Man to Man talking sir dont shy.... hahaha.. "What is in front of a woman and behind of cow"?? huh main teka teki lak dia.. seperti biasa jawapan lucah yang kami bagi... Hahahaha.. Kami semua ketawa... korang cari la sendiri jawapanya. Dan macam macam teka teki lagi dia tanya. Dalam perjalanan ke sana kami hanya berborak dan gelak je sebab Shabir ni fluent gila cakap English. Cuaca tengah hari tu panas gila. Dan kami menyuruh dia berhenti untuk beli air.

Akhirnya kami pun sampai la di FatehpurSikri. Kami hanya berhenti di tepi jalan dan perlu menaiki shuttel bas untuk masuk ke FatehpurSikri. Ramai juga pelancong yang datang ketika itu. Hanya INR50 seorang untuk tambang bas dan kami tiba dipintu masuk FatehpurSikri. Bayaran masuk ke FatehpurSikri adalah INR750 seorang. Wow Besar gila tempat ni. Lebih kurang macam Agra fort juga yang dibina menggunakan batu pasir merah yang menjadi lambang kemegahan kesultanan Mughal dahulu. So kami juga mengambil seorang guide untuk menerangkan tentang FatehpurSikri.




Kami dibawa oleh guide tadi sekitar FatehpurSikri ni. Panas berdenting ketika itu,dan dengan ramainya orang yang mengerumuni kami untuk menjual barang barang mereka. serius tak selesa. Ada juga aku maki ni kang. Orang kata taknak taknak la. huh. Sambil sambil melawat tempat ni kami pun terpaksa la beli juga barang barang mereka. Kalau tak sampai sudah depa duk ikut kita. "Ok please i want see this place not buy your thing"... "please let we walk" ... Guide kami pun cerita la tempat ni untuk apa dan itu tempat apa. Aku dengar tak dengar je sebab aku tak selesa dan cuaca teramat panas.










Sampai la satu tempat dimana menurut sejarah di sinilah makam Sufi yang aku sebut tadi.Di makam ini aku tengok ritual nya agak sedikit pelik juga. Dah macam budaya Hindu la pulak. Kononnya mereka yang datang boleh memohon hajat didepan makam Sufi ini. Huh Syirik ni beb. Siap dia sapu rambut orang masuk ke sini dengan bulu merak bagai dan anda perlu mengelilingi makam ini sebelum keluar. Kami juga melihat dimana letakknya laluan bawah tanah terus ke Agra yang digunakan oleh Akhbar. Tapi kami tak dibenarkan masuk. Macam macam lagi tempat yang menarik kami lawati. Kami juga dapat lihat bilik dimana Isteri Akhbar yang melahirkan anak beliau lebih besar dari bilik isteri isterinya yang lain, taman-taman sekitar sini dan Masjid yang terdapat di dalam ni. Salah satu kehebatan arkitektur tempat ini adalah laluan angin yang dibina disini disalurkan ke setiap pelosok bilik yang ada di FatehpurSikri. Hebat sungguh...















Satu lagi yang menjadikan aku kagum dengan Fatehpur Sikri ini ialah Masjidnya. Memang hebat pembinaannya. Kubah Masjid yang cantik dan lampu chandiler yang tergantung di atas kubah itu merupakan lampu dari zaman Akhbar lagi. Struktur tiangnya juga memang cantik dengan ukiran yang hebat. Setelah melawat sekitar dalaman Masjid tadi, kami terus ke perkarangan  deretan laluan untuk ke dataran depan FatehpurSikri ini. ramai orang meniaga di laluan ini dan anda perlukan skill untuk menepis segala manusia yang datang mengerumuni anda. Setelah puas melihat kehebatan FatehpurSikri, kami decide untuk keluar dan kembali menadapatkan Shabir. Kali ini kami hanya berjalan kaki untuk keluar ketempat dimana Shabir menurunkan kami tadi. Dan sampai sahaja di sana kami berhenti di sebuah gerai air untuk mendapatkan minuman sejuk. "1 coke please".... sambil menunggu Shabir sampai.



Kami bergerak meninggalkan daerah Sikri dan menuju semula ke Agra. Kami sampai di Agra lebih kurang pukul 6pm dan bermakna kami masih ada 3 jam lagi sebelum pulang ke Delhi. Sebab tak tahu lagi hendak ke mana, hari pun sudah hampir malam kami menyuruh Shabir menghantar kami ke Station keretapi Agra Chantt sahaja. Kami saling bertukar nombor telefon dan email untuk terus berhubung bila sampai di KL nanti. Sebenarnya Shabir ni baik dan peramah orangnya. Dia pesan jika hendak ke India lagi nanti dia akan membawa kami pergi ke Rajastan dan Joudpur untuk melihat pelbagai lagi tempat menarik di India. Sememangnya rasa sayu pula bila perkenalan singkat ini akan berakhir. "Ok Shabir thanks a lot for your kind and help for 2 days we are here, we are so happy and fun with you till we meet again".. Yeah welcome Sir.. send my regard to your family." Ok goodbye Shahbir. Shabir terus meninggalkan kami di Station keretapi. Sedang kami menunggu di luar kami sempat berbual dengan 2 lagi pemandu teksi yang ada disitu. Teksi sir?? No thanks.. actually we want going back to Delhi by train.. "ohh i see..how long you in agra sir? almost 2 days. Are u enjoy? Of course... We meet Mr.Shabir Khan btw.. Shabir khan? "He's Yakuza sir !!! hahahaha 2 pemuda pemandu teksi tadi gelak... Hahaha sebenarnya Mr Shabir Khan abang kawasan area sini rupanya... Semua orang kenal dia. Hahaha... kami pun berborak la sementara menunggu train kami tiba.


Kami menunggu diplatform sambil melihat pelbagai ragam manusia di sini. Ada yang rileks je hampar tikar dan tidur dan ada juga yang mundar mandir takda hala tuju. Kami akan menaiki train yang sama kami datang ke Agra tempoh hari. Kami di jangka tiba di Delhi lebih kurang pukul 11.30pm. Dan kami bertiga decide untuk walkin mencari hotel nanti sebab kami rasa kami tak sempat untuk memdapatkan Delhi Metro untuk ke Airport. Flight kami ke kolkata pada jam 2pm. So baik tidur di Hotel sahaja. Ok lah Hotel pun murah siap ada wifi lagi. Ok lah sebab badan pun dah penat, so sampai je Hotel kami pun terus tidur. Tak sabar dah nak balik KL.. hehehe... to be continue.

KLIK UNTUK SAMBUNGAN FINAL : DARI KUALA LUMPUR KE KASHMIR-NEW DELHI-AGRA-KOLKATA INDIA - PART 14 Selamat Tinggal India - Final Chapter

Comments