TIPS/KOS KEMBARA KE INDIA




Ramai yang bertanya saya melalui email dan mesej di Facebook berkenaan Kos Kerugian yang kami alami semasa kembara kami ke India selama 10 hari. Ok lah bagi memudahkan sahabat sahabat lain yang ingin ke India, saya ceritakan kos Terpenting sahaja iaitu Tambang, Penginapan dan Visa, Tidak termasuk kos aktiviti ( entrance Fee), makan dan minum, dan kos perbelanjaan membeli cenderahati kerana itu pada saya terletak di tangga ke 20. Hahahaha. Mari saya senaraikan kos /tips untuk ke India.


  • Buat  research berkenaan tempat yang ingin anda tuju ( Visa perlu atau tidak, cuaca, musim, keadaan semasa, budaya, jenis mata wang yang digunakan, pengankutan, Airport yang berdekatan dan Bahasa ) - Mencari info di Internet @ buku Travel ( Lonely Planet dan lain-lain ) Semasa ke India saya akan ke New Delhi, Agra, Jammu dan Kashmir. dan cuaca dan suhu pada September tidak lah terlalu sejuk. Cukup sekadar sweather biasa sahaja. Jika anda ke Kashmir di musim sejuk sudah pasti anda akan berbelanja untuk pakaian tebal anda di musim sejuk. Bayaran untuk membuat  Visa ( september 2015 ) RM161 sekarang harga sudah naik. Klik : CARA PERMOHONAN VISA KE INDIA

  • Merancang tiket Penerbangan  melalui promosi atau secara atas talian - Saya banyak menggunakan SKYSCANNER Apps yang boleh dimuat turun melalui Playstore dan Applestore untuk mendapatkan info tiket murah dan Applikasi Fetch My Way untuk mengetahui gambaran kos yang perlu di bayar untuk ke satu-satu tempat semasa mengembara. Kami memilih Air Asia, Indigo Air, Air India  dan membeli nya secara atas talian hampir 6 bulan awal. 

  1. Air Asia - KL - CCU ( Return ) RM924 / head
  2. Indigo Air - CCU - DEL , DEL - SXR, dan SXR - DEL RM580 / head
  3. Air India - DEL-CCU RM280/ head

  • Merancang tempat tinggal anda semasa travel - Melalui laman web Booking.com dan lain-lain atau pun walkin terus ke Hotel yang anda ingin tuju. Saya akan pastikan Hotel atau Hostel yang akan saya booking dekat dengan kemudahan Transportion  seperti Metro, Keretapi, Teksi, Bas dan lain-lain untuk bergerak. 
  1. Hotel di Srinagar Kashmir " HOTEL NOORA "  RM 393  untuk 3 malam 
  2. Hotel di Gulmarg Kashmir " PINE VIEW HOTEL " RM 148/room   untuk satu malam
  3. Hotel di New Delhi " SRIVINAYAK HOTEL" RM150/room  untuk satu malam 
  4. Hotel di Agra " HOTEL SANIYA PALACE" RM100 /room untuk satu malam
  5. Hotel di New Delhi Hari Terakhir ( lupa nama hotel sebab walkin ) RM80/room satu malam - lagi murah dari kami booking di online. Huh
Nota : Jika anda berkumpulan ianya pasti lebih menjimatkan 
  • Merancang pengangkutan semasa travel ( Domestic ) - Anda perlu merancang perjalanan dan mengenal pasti jenis pengankutan semasa Travel. Semasa di New Delhi kami memilih untuk naik keretapi ke Agra dan tiket kami beli di New Delhi Railway Station ( International Tourist Bureau ) secara walkin di  kaunter, dibuka 24 Jam. semasa di Kashmir dan Agra, Kami banyak memilih dengan menyewa kenderaan termasuk pemandu kerana ianya lebih menjimatkan masa dan lebih memudahkan perjalanan kami. Saya cadangkan jika pertama kali ke India better sewa kenderaaan siap pemandu.  
  1. Jammu Kashmir : RM750/car untuk 4 hari tour kami ke Srinagar, Sonamarg, Gulmarg, Pahalgam serta kos pickup dari airport ke hotel.
  2. New Delhi : RM60/car  tour sekitar New Delhi selama 6 jam 
  3. Agra :  Keretapi Bhopal Shatabdi Express Delhi -Agra ( return )  RM81/ head
  4. Agra :  RM100/car tour 2 hari di Agra 
Nota : Jika anda berkumpulan ianya pasti lebih menjimatkan  

Total RM2620 / Head



Tidak di nafikan mungkin ada teman-teman lain yang yang masih boleh berbelanja untuk ke India lebih rendah seperti yang kami dapat, Itu namanya rezeki. Dan kita tak perlu risau kerana jika lebih banyak membuat research dan rajin melihat promosi tiket kapal terbang tidak mustahil sebenarnya untuk kita mendapat harga yang berbaloi dengan budget kita. Apa- apa pun "Tepuk Poket , Tanya Duit" Hahahaha.. Harap ianya membantu buat Sahabat-sahabat diluar sana. Have Fun !!!!

*  LAIN- LAIN TIPS : MENGURUS PERBELANJAAN BERKUMPULAN

Comments