Dari Kuala Lumpur ke Kashmir-New Delhi-Agra-Kolkata India - Part 14


Selamat Tinggal India - Final Chapter

Selamat pagi New Delhi Selamat pagi Kuala Lumpur. Aduh sakit betul kepala aku bangun pagi ni. Berpusing-pusing macam gasing rasanya. Selama 9 hari di India memang penuh dengan kenangan yang mungkin aku tak boleh nak lupakan. Memang Happening kepala pening. Kami tidur lena betul malam tadi sampai tiada pun diantara kami yang sedar bunyi dengkuran siapa paling kuat. Lepas bersiap dan mengemas barang barang, kami terus checkout dan berjalan menuju ke Stesen Metro untuk ke  Indira Gandhi Airport  di Terminal 3. Penerbangan kami ke Kolkata pada pukul 2pm dan mengambil masa 2 jam perjalanan. Di Kolkata nanti kami akan stay sahaja di airport untuk menunggu flight kami seterusnya ke KL pada pukul 12am. Lama juga nak menunggu tu.Kami bergerak ke Metro delhi dan membeli tiket untuk ke Indira Gandhi  Airport. Kira macam ERL juga la train ni. Masa kami tiba, tak ramai orang lagi di sekitar stesen Metro ini. Train mereka cantik dan agak bersih la juga.


Sampai sahaja airport dan urusan checkin siap kami terus memcari kedai makan. Lapar beb. Tapi tak tahu dah nak makan apa. Dah boring dah makan nasi. Kami ke Mcd dan order Fillet O fish. Sampai 2 set aku dan Mok tibai. Hahaha. Makan kali ni Zack belanja. TQ zack. "Agak agak La woi sampai 2 set" 10 hari tak makan ke apa korang ni?" Hahahaha... lapar zack....  Sementara menunggu boarding kami berjalan melihat sekitar airport disini. Terminal 3 merupakan Airport utama di Delhi. Cantik dalam Airport disini, Tapi nak ambil gambar aku macam takut takut je. Ramai askar dan polis yang berkawal di sini. Kang dia tangkap naya je...huh. Flight kami petang tu ialah Air India. Nice jugak, agak selesa dan siap makan disediakan. Sambil menunggu 2 jam perjalanan boleh la layan cerita hindi di skrin. Babai New Delhi... semoga kita bertemu lagi... Kami meninggalkan ruang udara Delhi menuju ke Kolkata.




Kami tiba di Kolkata hampir pukul 4.15pm. Sebab malas dah nak keluar kami hanya berlegar legar di dalam airport hampir 8 jam. Gila bosan sebenarnya. Nasib baik ada "kubur kecil" di hujung airport yang boleh kami merokok.  Lepak cafe, tidur duduk, pergi toilet, usha steweders semua kami buat sementara menunggu pukul 12am.Time ni kami terbayang bayang nasik lemak Pak Nasir dalam Flight Air Asia kami nanti. Hahahaha.




Saat panggilan masuk bording telah pun tiba. selesai sahaja urusan timbang berat luggage selesai kami di sapa oleh seorang pemuda. " Assalamualaikum Abang dari Malaysia ke" Waailakumsalam... ye saya... Lama betul saya tak cakap Melayu bang. Katanya..Hahahaha.. "la orang Malaysia ke ingatkan Orang India".  Rupanya dia orang Terengganu, datang sini sebab bini dalam pantang. Bini dia orang Kolkata. Huh jauh betul ko bertemu jodoh Guu. Cakap "Gannu" pekat Gila... Hahahah... Lepas selesai kami pun melangkah ke pintu berlepas. Jam 12am kapal terbang kami terus meluncur laju meninggalkan India menuju ke Malaysia. 



HOME SWEET HOME... kami tiba di KLIA2 hampir 7am seperti dalam jadual. Alhamdullilah.. selamat kita tiba di Tanah Air tercinta, tapi sayang sekali jerebu masih belum pulih lagi di bumi Kuala Lumpur...Terima kasih Zack dan Mok kerana sudi menjadi teman travel aku kali ini. Korang memang super Awesome dan aku bagi A+ !!. Maaf la kalau terkasar bahasa dan silap aku selama 10 hari kita bersama. Semoga kita bertemu lagi dalam travel yang lain ok InshaAllah... Segala memori dan kenangan bersama kalian memang takkan aku lupakan.... Assalamualaikum....

 Sekian catatan kali ini... Next, ????................ 



Klik untuk mengetahui : 10 TIPS KE JAMMU DAN KASHMIR INDIA




Comments