TIPS MENGURUS PERBELANJAAN TRAVEL BERKUMPULAN

Menguruskan perbelanjaan semasa "Travel Berkumpulan" sudah pasti agak memeningkan terutamanya ketika hendak membuat bayaran semasa makan, tranport, ataupun bayaran masuk sesuatu tempat dan sebagainya. Ye lah bak kata orang muda, "makan ramai - ramai bayar asing - asing". Kalau 10 orang bersama group sudah pasti akan melecehkan dan agak membuang masa berdiri di kaunter kan. 

Tidak dinafikan jika mengembara secara berkumpulan agak sukar dari mengembara secara solo. Macam macam karenah ahli kumpulan yang kita kena hadap. Aku pasti sudah banyak entry berkenaan Group Travel vs Solo Travel yang korang dah baca kan. So aku tak nak ulas benda ni panjang- panjang tapi apa yang aku nak tekan kan disini ialah bagaimana nak memudahkan perbelanjaan kita semasa Travel secara berkumpulan. 

Ok melalui pengalaman aku berjalan bersama keluarga atau kawan kawan kami akan melantik seorang dari kami untuk memegang duit (kira macam Banker la ) bagi tujuan pembayaran terutamanya untuk makan, bayaran transport, dan bayaran masuk ke satu satu tempat. Setiap ahli perlu memberi wang kepada banker seperti yang dipersetujui ramai. Contohnya : Day 1 = RM150/head, so bila sorang yang pegang duit, maka korang yang lain la yang kena alert kepada keselamatan banker setiap kali keluar berjalan. Dengan cara ini lebih mudah, segala belanja pada hari tersebut untuk diurusniaga dengan mudah terutamanya di kedai makan ataupun semasa pembelian tiket. Takdalah kita nak bayar asing-asing dan beratur panjang. Apa2 pun Banker pastikan menulis dan menyimpan resit pembelian ok. Semasa di Nepal, kami melantik Mike sebagai Banker, dan di India kami melantik Mok sebagai Banker. Nanti di bilik kita kira lah semula ye tak? Ini pendapat aku lah.... Have Fun!!

Salah satu buku 555 banker kami tempoh hari. Dia sendiri je yang faham..

Comments