TRAVEL JOURNAL NEPAL - ANNAPURNA BASE CAMP Day 10 Chomrong - Jhinu ( Hot Spring ) - Kyumi - Shyumi - Syauli Bazar - Nayapul


7 March 2014 Chomrong - Jhinu ( Hot Spring ) - Kyumi - Shyumi - Syauli Bazar - Nayapul

Selamat pagi Nepal, Selamat pagi Malaysia... Alhamdullilah masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dan meneruskan kehidupan ini. Syukur Alhamdullilah... Hari ni hari ke 10 aku di Nepal, tanpa sedar kami sudah jauh meninggalkan kenangan kami dibelakang. Banyak suka duka yang kami tempuhi selama 10 hari di bumi Nepal ini. Mudah-mudahan kami terus diberkati dan di permudahkan agar kami dapat meneruskan cabaran hari ini dan hari-hari yang mendatang.. Panjang jugak mukadimmah aku kali ini kan.. hahahaha. 

Seperti biasa selepas breakfast kami semua bersiap untuk memulakan cabaran baru pada pagi ini. Sebelum meninggalkan Chomrong kami bergambar kenangan di sini berlatar belakangkan panorama yang indah di bumi Nepal ini. Alhamdullilah lutut KF agak sihat sedikit selepas recovery malam tadi. 







Kesegaran mandi semalam masih lagi dirasai biarpun pagi ni aku tak mandi pun.. nak buat apa mandi, sebab sekejap lagi kami akan Jhinu ( Hot Spring ) untuk mandi kolam air panas... hehehe. Perjalanan ke Jhinu mengambil masa hampir 2 jam dari Chomrong. Trek untuk ke Jhinu tak susah mana sebab kami akan hanya menurun dan tidak banyak kawasan mendaki yang bakal kami tempoh. Apa yang aku search di internet sebelum ke sini, Jhinu merupakan kawasan air panas semula jadi yang telah di komersialkan dari segi kemudahan dan menjadi daya tarikan kepada pelancong yang datang ke sini. Di sini kami semua boleh berehat dan mengedurkan kembali urat-urat yang tegang dan merehatkan minda buat seketika setelah hampir 10 hari trek yang memenatkan... 


Kami memulakan perjalanan agak lewat pagi ni. Perjalanan kami agak santai dan kami di jangka akan sampai di Jhinu pada pukul 11am. So masa dalam perjalanan yang santai aku sempat ambil gambar dan menoleh kebelakang dan aku dapat lihat kawasan gunung dan lembah kami lalui tempoh hari semakin menjauh dari pandangan...










Alhamdullilah akhirnya kami sampai juga di Jhinu untuk ke Hot Spring. Di guest house ni kami berehat untuk seketika dan akan ke hot spring. Tak perlu bawa beg besar untuk ke Hot Spring cukup seluar mandi dan towel korang shaja. perjalanan ke Hot Spring mengambil masa lebih kurang 20 minit dari guest house ni di mana anda akan menuruni anak bukit untuk sampai. Aduh ni kalau nak naik balik mau berpeluh semula ni... huhu. Tapi ini adalah antara guest house yang cantik pernah aku singgah. 






Lepas minum, semua bersiap untuk ke Hot Spring... ayuh semua kita mandi... Di sini terdapat 3 buah kolam yang telah di bina bagi kemudahan pengunjung di sini. Memang masing-masing tak sabar nak berendam dalam kolam air panas ni. Masing-masing dalam kepala duk bayangkan kot-kot ada minah salleh duk berbikini masa ni tengah berendam...  Boleh la lepak sekali.. hahaha.. sekali hampeh, rupa-rupanya hanya group kitaorang je yang sampai disitu masa tu.. huh, so kolam ni milik kami la ... 













Tengah lepak berendam, kami berkenalan dengan seorang pemuda dari Singapura dan trekking partner dia seorang gadis dari Germany datang ke sini. Aku tak ingat nama mamat tu , dia hanya ke Poon Hill dan singgah di sini untuk mandi. Memang nikmat dapat mandi disini. segala urat sendi yang lenguh-lenguh dan stress hilang untuk seketika. Hampir 1 jam juga kami di sini,  lepas lunch nanti kami akan ke Syauli Bazar pula dan perjalanan ini agak panjang dan meletihkan. harap-harap tiada masalah.... Jika anda trek di Nepal anda wajib datang ke sini, memang berbaloi. 



Setelah kembali semula ke guest house kami terus order makan tengah hari. Kali ni perut aku memang betul-betul lapar dan terasa nak makan nasi. So aku order nasi goreng bawang dan air lemon panas. Mungkin sebab lepas mandi tadi perut terus automatik lapar. Alhamdullilah boleh tahan jugalah penatnya saat ni.. mata pun dah naik mengantuk bila terkena angin sejuk di sekitar guest house ni.... macam nak lepak tidur kat sini je rasa... masing-masing dah malas je nak teruskan perjalanan. Tapi apa boleh buat kami kena teruskan juga seperti yang telah dijadualkan.. huh. Lepas makan terus bersiap untuk ke Syauli Bazar.perjalanan ke Syauli Bazar mengambil masa lebih kurang 4 jam dari Jhinu.... perghhh lama tu.. 






2 jam pertama memang agak meletihkan... bayangkan kami hanya mendaki dan turun semula dan mendaki semula.. huh memang hilang terus kelegaan dan keindahan yang kami kecapi sebentar tadi semasa di Jhinu bila melalui trek ni untuk sampai ke Syauli Bazar. Memang ramai penduduk tempatan dan trekker yang melalui kawasan ni. sampai sahaja di pertengahan jalan kami berhenti sekejap untuk berehat. Masa ni muka masing-masing dah macam siamang dah. masing-masing penat beb. masa ni dah dengar dah KF, Mahfis, Zahril dan aku sendiri duduk mengomel dan mengeluh penat ... masing-masing dah jemu dah rasa trekking disini. menurut kata Mike dan Ganesh sendiri perjalanan yang telah kami tempoh selama 8 hari ni start trekking lebih kurang hampir 120km beb.. 120km ok !!! ulang suara 120km ok!! hahaha huhu.. tu yang masing-masing mengeluh jemu tu.




Masa berehat di sini kami dapat tahu dari Ganesh kami boleh menyewa perkhidmatan jeep untuk ke Syauli Bazar dan terus ke Nayapul dari Shyumi, tetapi itu adalah tanggungan kami sendiri untuk buat pilihan dan ini tiada dalam pakej kami sebenarnya. Dengar je apa yang Ganesh cakap tu ,masing-masing terus bersemangat untuk teruskan perjalanan.. huhu.. Bayar pun bayar lah janji tak berjalan dah... hahaha

Jam hampir ke pukul 5pm dan kami masih bergerak agak perlahan dan penuh malas masa ni. Bila melalui perkampungan yang terletak di Kyumi kami berehat lagi... memang dah tak berdaya dah oii..Sekali lagi kami lepak minum di Kyumi... Di sini Ganesh ada menunjukkan kawasan gunung yang mempunyai banyak lebah, dan ada masanya, ramai pelancong yang datang ke sini untuk melihat penduduk tempatan mengambil madu lebah. katanya ini seperti satu pesta dan ianya sangat popular di kalangan pelancong yang datang kesini... Huh sorry la Ganesh i dah tak berminat nak dengar dah... hahahaha.. sebab badan i betul-betul penat ni... cakap aku dalam hati... hahahaha. kalau korang nak tau lebih lanjut pasal pesta mengambil madu ni korang boleh je Google.. Ni salah satu blog link yang aku ada baca lepas balik dari Nepal hari tu dan aku kongsi kat korang : 

Salah satu gambar dari blogger link di bawah 


Tengah lepak minum di Kyumi, hujan turun dengan lebatnya... Alamak macam mana ni Ganesh?? nak teruskan ke tak ni?? kami semua bertanya... Kalau kami semua stay disini sahaja dan sambung balik trek esok pagi ok tak?? setelah berfikir , akhirnya Ganesh ikut sahaja kemahuan kami... hahahahaha Thanks a lot Ganesh.. dan sambil-sambil tu kami bincang pasal sewa jeep dengan Ganesh untuk terus ke Syauli Bazar dan terus ke Nayapul esok hari. Ganesh terus contact rakan dia di Syumi untuk urusan jeep kami esok... Arggghhhh lega rasanya.... kami bermalam di sini dan akan meneruskan perjalanan untuk ke Syhumi esok....




Malam selepas makan kami hanya berehat dan lepak sahaja. Takda apa nak buat pun.. cuma terfikir esok adalah hari terakhir kami berjalan dan akan menamatkan travel ini.. Di sekitar Kyumi ni kita boleh dengar bunyi air terjun berdekatan kawasan ini. Sampai aku tak boleh nak lelap mata sebab bunyi air sungai tu membuatkan fikiran aku macam kacau sikit. Tak tau apasal.... huhu.... ok lah aku sambung esok pulak ok... memang penat, kepala kaki badan jiwa semua penat  masa ni.  jumpa nanti dientry lain ..... Good nite -

Klik :
DAY 11 KYUMI - SYHUMI -SYAULI BAZAR - NAYAPUL - PHOKARA ( PRAY FOR MH370 )

Comments