Dari Kuala Lumpur ke Kashmir-New Delhi-Agra-Kolkata India - Part 10
Happening Kepala Pening Di New Delhi
Tiket keretapi ke Agra sudah dibeli, memang lama nak menunggu giliran kami biarpun tidak ramai orang di International Tourist Berau. Tak tau pasal apa. Perjalanan kami ke Agra pada pukul 6am esok. So kami kena bangun awal untuk tidak terlepas train nanti. Kami memilih train Bhopal Shatabdi Express untuk ke Agra yang hanya mengambil masa 2 jam sahaja. Ikutkan hati memang kami nak try train biasa sahaja yang tingkapnya hanya berjeriji besi, agar dapat pengalaman adegan kejar mengejar dan bersesak sesak untuk berebut dengan orang lain, tapi masa yang agak suntuk kami memilih train yang ok sikit la...siap ada makan lagi....
Lepas urusan belian tiket selesai kami terus mendapatkan taksi yang berdekatan New Delhi Railway Station untuk tour kami di sekitar Delhi. Akhirnya kami dapat deal dengan seorang pemandu teksi yang boleh membawa kami ke Indian Gate, RedFort, Jamaa Masjid dan akhir sekali ke Saket, untuk ke Shopping Mall yang terkenal di Delhi ini. Salah satu sebabnya kami nak ke Hard Rock Cafe Delhi.
Bayaran teksi kami sekitar INR800 untuk keseluruhan perjalanan kami hari ini. Kebetulan hari ini merupakan Sambutan Hari Gandhi di India, sudah pastinya ramai orang disekitar Delhi. Kami memulakan perjalanan ke India Gate yang dulunya dikenali dengan nama "Kingsway". India Gate merupakan tugu peringatan pahlawan tempatan yang terkorban sewaktu perang dunia pertama sekitar tahun 1914-1921. Dan ianya menjadi simbol negara India. Jika anda tidak ke sini sudah pasti kembara anda ke India tidak lengkap. Kami di sini hampir 1 jam melihat sekitar India Gate.
Selepas ke India Gate, kami terus ke RedFort. Red Fort merupakan kediaman Raja Munggal selama hampir 200 tahun iaitu sehingga pada tahun 1857. Red Fort ini dibina pada tahun 1648 oleh Maharaja Munghal ke lima iaitu Shah Jahan. Tempat ini memang luas dan besar. Kami tidak berkesempatan untuk masuk ke dalam kerana sudah di tutup sebenarnya dan hanya bergambar di luar sahaja. Kalau anda nak tahu di India memang banyak Fort seperti ini, dan nanti di Agra kami akan masuk ke Agra Fort dan ke Fatehpursikri. Sebab masa pun dah petang kami hanya bergambar di luar Red Fort sahaja. Buat cukup syarat sahaja orang bilang... Hehehe.
Untuk ke Jama Masjid yang terkenal di india ni, kami hanya berjalan sahaja dari RedFort tadi. Tidak jauh sangat. Lagi pun driver teksi kami juga bersama dengan kami dan membawa kami ke Jama Masjid. Melalui jalan jalan kecil dan lorong lorong di sekitar sini, dapat kita lihat kesibukkan orang tempatan yang berniaga di tepi jalan, melepak di tepi jalan, tidur baring anak beranak di tepi jalan, mundar mandir di tengah jalan, kencing dan meludah selamba sahaja di tepi jalan, dengan haruk pikuk bunyi honk kenderaan yang tak putus-putus, boleh membuatkan anda jadi Migran. Welcome to India!!! kepadatan kawasan ini memang menyesakkan beb. Umpama Jalan Tengku Abdul Rahman di waktu malam sebelum Hari Raya. Tapi beginilah kehidupan harian mereka. Peminta sedekah tak kira umur memang ramai. Kami cuba melangkah dengan laju untuk ke Jama Masjid sampai Zack menonong je jalan ke arah lain.. Hoi Zack !! sini lah.. ko nak kemana??? huh
Jama Masjid ini telah dibina oleh Maharaja Mughal iaitu Shah Jahan, Shah Jahan lagi, banyak duit mamat ni pada tahun 1644 - 1656 dan telah dirasmikan oleh seorang Imam Bhukara dari Uzbekistan. Masjid ini mempunyai 3 pintu Gerbang Besar, 4 menara setinggi 40m dan di bina dengan batu pasir merah dan marmar putih. Halaman Masjid ini boleh menampung sehingga 25000 jemaah dalam satu satu masa. Kagum sungguh dengan seni bina Masjid ini. Sampai sahaja di perkarangan Masjid Jama, punya la ramai orang bersidai di lorong lorong bazzar berdekatan dengan Masjid tersebut. Di tangga masjid memang ramai orang yang menunggu untuk solat Maghrib. Kami hanya meninjau di sekitar depan masjid ini melihat kesibukan penduduk tempatan yang datang ke sini. Masjid ini memang besar dan sudah berusia beribu tahun dan merupakan Masjid bersejarah disini. Sudah pasti ketika solat Jumaat dan Solat Hari Raya pasti penuh dengan Jemaah disini. Selepas Maghrib kami semua akan ke Saket untuk ke Delhi Shopping Centre. Apa?? ingat kami tak shopping ke ?? huh.
Saket merupakan salah satu kawasan yang agak happening di Delhi. Kalau macam negara kita macam Bukit Bintang la jugak.. Dari Jama Masjid ke Saket hampir 20km. Semasa dalam perjalanan sempat lah kami bersembang dengan driver teksi kami. Dia pun tunjukkan lah tempat- tempat dan bangunan bangunan yang mashyur di sini. Salah satu nya Stadium Kriket yang menjadi mercu kebangaan mereka. Kriket beb, boleh jadi gaduh kalau korang memperlekehkan sukan kriket depan mereka. Kebetulan pada malam itu ada perlawanan Kriket "Gandhi-Mandela Series" , kalau tak silap aku India Vs South Afrika. Jadi dimana mana kami melalui bazar bazar jualan ramai yang sedang menonton kriket. Sampai sahaja di Saket, kami menyuruh driver teksi kami pulang. Tak perlu tunggu kami sebab nanti balik kami akan naik Delhi Metro sahaja. Are sure?? driver kami bertanya... Yes.. Tips sir... huh...
Apa korang ingat kat India takda tempat untuk bersosial? Anda silap!! hahaha. Disini merupakan salah satu tempat "Happening kepala pening" buat mereka yang berduit beb. Banyak kedai-kedai yang menjual barangan Branded di sekitar Shopping mall ini. Kami kesini dah malam dan memang ramai gila manusia yang melepak dan bershopping disini. Mungkin mereka dari golongan elit dan bekerjaya agaknya. Di tangan mereka ada sahaja Paper bag berjenama yang di pegang bersama. Huh. Betulah apa yang aku bayangkan sebelum ni. Mana yang kaya, memang kaya betul sampai makan dan berdating pun dalam Hard Rock cafe dan Chillis, Mana yang miskin tu memang miskin teruk. Sebelum kami boleh memasuki area Shopping Mall ini kami perlu di Scan dan pemeriksaan beg oleh polis terlebih dahulu. Wow nak masuk sini pun kena scan jugak?? huh. 1st kami nak ke Hard Rock Cafe dahulu.
Sampai sahaja di Hard Rock cafe Store, aku perati ada satu couple ni bershopping bagai nak rak. banyak betul barang dia beli, sekali dengar dia bercakap... lorr orang Malaysia rupanya. hehehe. Banyak betul memborong kak long... mesti ramai kawan yang kirim agaknya. kami tak lah tegur mereka. sekadar jeling-jeling je lah... Punya lah lama kami kat dalam ni. Allo Bhaia, perut dah berkeroncong dah ni. Dari siang tadi apa pun tak makan ni.. doreh lah,,, huh... Takpa!! Hangpa jangan risau, Makan malam ni aku payung... wow.. terima kasih Zack,,, hensem betul ko zack... macam John Abraham la.. wweeewwiit....
Lepas makan di satu tempat dalam Shopping Mall ni, kami pun keluar dan menuju ke Delhi Metro station yang berhampiran. Dekat tak lah dekat mana, 15minit jugala berjalan kaki. Station yang kami tuju ialah "Station Malvia Nagar" dan akan terus ke New Delhi Railway Station area berdekatan Hotel kami. Di sini kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar sebenarnya. Ada polis berpakaian preman yang telah marah kepada kami agar delete gambar-gambar yang kami ambil. Kecoh la lu bhai!!. Station metro mereka agak moden juga tapi agak kotor la jugak. Hampir pukul 11.30malam kami sampai Di New Delhi Railway Station, dan kami berjalan kaki menuju ke Hotel kami. Berdebar jugak berjalan tengah malam area sini. Ramai homeless yang bergelimpangan sekitar jalan yang kami lalui. Nasib baik ada Pak polis sedang buat road block area situ.. Hilang sikit rasa cuak. Hahahaha. sampai hotel dah dekat pukul 12malam. Kang pukul 5am kami perlu ada di Station keretapi pula. So malam ni kita jangan tidur, Kita overnight sampai lebam. Alih-alih aku sorang je yang overninght. Yang lain hanyut... huh... To Be Continue...............
KLIK UNTUK SAMBUNGAN : DARI KUALA LUMPUR KE KASHMIR-NEW DELHI-AGRA-KOLKATA INDIA - PART 11 - AGRA " THE CITY OF LOVE"
KLIK UNTUK SAMBUNGAN : DARI KUALA LUMPUR KE KASHMIR-NEW DELHI-AGRA-KOLKATA INDIA - PART 11 - AGRA " THE CITY OF LOVE"
Comments
Post a Comment