Dari Kuala Lumpur ke Kashmir-New Delhi-Agra-Kolkata India - Part 4

SUNSET DI  DAL LAKE SRINAGAR KASHMIR

Selepas kami menyusuri setiap pelosok pekan Srinagar dan melihat sendiri kepelbagaian rutin harian masyarakat di Srinagar, kami ke Dal Lake yang terbentang luas di tengah-tengah pekan Srinagar ini. Pada mulanya risau juga sebab, risau jika kami tidak sempat untuk menjamu mata melihat matahari terbenam di kala senja ingin berlabuh.. chewah ayat mat bunga sikit. Hati kian meronta bila melihat dari jauh perahu Shikara yang menyusuri tasik Dal untuk ke tebing. Memang mendamaikan dan nyaman sekali ketika ini. 

Dal lake terletak di Srinagar, Ibu Negeri Jammu dan Kashmir. Ia adalah tasik yang terbesar dibandar Srinagar dan merupakan salah satu kawasan tumpuan pelancongan disini. Tasik ini sebenarnya terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Dal Lake, Gagribal,  Lokut Dal dan Nagin. Jika anda ke Kashmir bagaikan tidak lengkap jika anda tidak kesini.

Sampai sahaja di Dal Lake waktu sudah menunjukkan pukul 5.45pm. Waktu Maghrib disini kalau tak silap pukul 6.30pm lebih kurang. Jadi kami masih lagi sempat untuk bermaharaja lela di sekitar Tasik Dal. Waktu itu tiada orang lagi yang datang untuk menaiki Shikara , sebuah bot kecil yang sangat cantik untuk membawa penumpang dan pelancong yang datang kesini. Kami cuba untuk tawar menawar dengan pengusaha shikara jika mereka masih mahu membawa kami meneglilingi tasik Dal di waktu senja begitu. Kerana terlalu excited untuk mengambil gambar diatas Shikara kami tidak perasan lansung signboard harga untuk menaiki Shikara ini. Harga yang dibuka pada kami mulanya INR1900 untuk 3 orang.. wow mahalnya... setelah tawar menawar kami dapat INR1700 untuk 3 orang untuk 1 jam mengelilingi tasik tersebut. ( masa ni tak tau lagi kami kena Game )....







Hanya kami sahaja ketika itu yang santai bershikara kerana hari sudah kian gelap... Menikmati panorama indah disekitar Tasik Dal dengan udara yang sungguh nyaman, boleh melupakan kita kepada masalah harian... 










Alangkah indahnya saat menyusuri Tasik Dal ketika itu, sambil menikmati saat matahari terbenam tanpa berfikir kami sudah kena Tipu dengan harga yang mereka kenakan pada kami. Hampir sejam kami dilayan ibarat Raja Munghal yang sedang  tersenyum riang oleh 2 orang pendayung shikara. Huh. Setiap saat kami takkan lepaskan untuk simpan pengalaman ini didalam kepala masing-masing. Sampai sahaja di tebing kami pun membuat pembayaran pada pengusaha shikara tersebut. Lepas kami meninggalkan Dal Lake baru lah kami perasan rupanya harga untuk naik shikara ni adalah INR300 je seorang... PUUIIIHHH.. Terkena kami.. masing-masing muka ketat bila kami terkena dengan begitu licik sekali, siap minta Tips lagi... huh... Tapi apa boleh buat salah kami juga tak tengok signboard harga terlebih dahulu. Takpa lah kira halal kan sahaja.... Jika anda ingin ber"Shikara" pastikan anda tahu harga terlebih dahulu.



Perasaan ditipu tadi kami buang jauh-jauh hinggalah kami temui peniaga jalanan ini yang sedang berniaga kambing dan ayam cucuk di tepi jalan.. MasyaAllah bau kambing yang dibakar betul-betul hinggap di hidung kami. Boleh gila dibuatnya bila aroma bau daging kambing cucuk ini dibakar .. Pasti sedap. Kami pun lepak kat situ dan order makan disitu. Disebabkan ianya dibakar jadi perasaan kuatir keracunan makanan tidaklah di ambil berat. Bapak sedap !!!! hahahahaha. Malam tu kami belanja driver kami MR Ghulam Hassan makan bersama... Lepas makan kami semua pulang ke hotel dan berehat.. Esok pagi kami akan ke Sonamarg, Tapi sebelum ke sana aku plan nak naik Shikara lagi untuk melihat BoatHouse di sekitar Dal Lake. Tapi Kali ini takkan kena Game lagi....Hahahahaha... To be continue............

Comments