Dari Kuala Lumpur ke Kashmir-New Delhi-Agra-Kolkata India - Part 9
NATIONAL CAPITAL TERRITORY OF DELHI
Melalui jalan sekitar Srinagar pagi ini untuk ke airport memgingatkan aku pelbagai memori manis selama 5 hari di bumi Jammu dan Kashmir. Aku sendiri pun seperti tidak percaya akhirnya aku dapat menjejakkan kaki di sini. Melalui Tasik Dal yang terbentang luas di depan mata mengingatkan kembali kenangan ketika hari pertama kami di tipu oleh pengusaha Shikara. Dan pengalaman berkuda ke Thajiwas Glacier di Sonamarg, antara perkara paling manis di hari kedua, pengalaman menaiki gondola tertinggi didunia dan duduk melepak di atas puncak Baisaran Valley di Palhagam memang pengalaman yang mungkin aku tak boleh lupakan. Biarlah ianya menjadi ole2 kami untuk kami ceritakan kepada anak anak nanti. Lihat lah Dunia ini dari kaca mata dan perspektif kamu sendiri. Hampir 30minit perjalanan kami telah hampir tiba di Airport Srinagar. Sebelum kami boleh masuk ke perkarangan airport, kami perlu menjalani scanner terlebih dahulu. Segala beg dan pakaian kami diperiksa termasuklah driver kami Mr.Ghulam. Mujur masih belum ramai orang lagi di point pemeriksaan pertama tersebut. Setelah diperiksa barulah kami boleh memasuki pagar airport dan driver kami menurunkan kami di Departure zone di airport. Kami berpelukan dengan Mr Ghulam, dan mengucapkan terima kasih yang tak terhingga di atas khidmat beliau selama kami disini. Rasa nak menangis bila Mr Ghulam melambaikan tangan kepada kami ketika kami memasuki pintu airport. hahahahaha.
Sekali lagi kami diperiksa sebelum masuk untuk urusan dokumentasi. Selepas melepasi pemeriksaan itu kami sekali lagi diperiksa dan di scan. Kali ini lebih ketat, segala benda dalam beg kami perlu dikeluarkan dan diperiksa. Aduh berapa banyak mau check daa... What is this?? this is Gopro sir, aku jawab, for what? its action camera sir, how to see this photo?? cant see sir, its must have internet connection sir, aku menipu...huhu... Can i see this camera, dia membelek dslr aku. please on... aku pun on je lah. Dia membelek gambar gambar yang ada dalam dslr aku. Ok sir? ya ya ok ok.. can i see your pouch beg ?? nothing sir, i just put my passport and money sir... macam- macam depa belek. Tak kira kau pelancong atau penduduk tempatan, sama sahaja. Selalu yang menjadi masalah pada aku adalah passport aku, sebab tarikh valid visa aku tidak berapa nampak sebab Immigresen di hari pertama Cop passport aku betul- betul cop di atas tarikh tu. So aku memang lama bila berurusan berbanding kawan aku yang lain.. Huh.. macam macam depa akan tanya, hotel mana yang kau duduk, daerah mana yang kau dah pergi, semua sudah ada dalam database mereka. jika jawapan aku konfiden, baru lah depa lepaskan aku. Cuak juga...huh
Perjalanan kami ke Delhi akan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Terminal 1, terminal tambang murah di Delhi. Selepas itu kami akan dijemput oleh pihak hotel kami di airport. Di Delhi kami akan stay 1 malam di Hotel Srivinayak. Dari airport anda boleh sahaja menggunakan khidmat metro untuk ke pusat bandar. Disebabkan kami tidak mahu menunggu dan masa adalah emas, kami menyuruh pihak hotel pickup kami sahaja. Sebab kami perlu cepat untuk mendapatkan tiket keretapi seawal mungkin pada esok pagi untuk ke Agra. Tapi hampeh, driver kami tak sampai lagi. Huh. Lama juga kami menunggu. Agaknya aku mundar mandir mencari list nama yang dipegang driver driver disitu, aku ditegur oleh pekerja airport. Sir , any problem sir?? yeah my driver not coming yet, You have his telephone number sir?? ya this is his telephone number... wait sir i will call him sir, pakcik tua tu cuba menolong... tapi tolong ada makna tu... hahaha.. apa lagi Tips la.. Sir, He on the way sir, He waiting u at Terminal 3 sir.. 30 minit sir... huh padan la.. yang ko tunggu kat terminal 3 buat apa, aku dah email suruh tunggu di terminal tambang murah iaitu di terminal 1 la bhai... huh.. ok thanks a lot uncle, Tips sir?? ooh... ok INR100 for u...huh Dah lari masa kami. Kami kalau boleh tidak mau buang masa dengan alasan alasan begini, sebab kami dah aturkan ittenarary kami dengan terperinci.
Akhirnya driver kami pun sampai. Hah berlari lari anak dia memegang kertas tertulis nama aku... Sorry sir, Kami pun terus meninggalkan airport untuk kepusat bandar Delhi dan ke hotel kami. Driver, May i know New Delhi Railway station?? its that far from hotel?? No sir its about 5 minute walking sir.. Really?? yes sir.. good. sebenarnya aku tak tau pulak hotel yang aku booking ni dekat dengan Railway station. Sebab mungkin aku terlepas pandang. Dan aku book hotel ni pun sebab dari tripadvisor punya rating.
Hampir 30 minit perjalanan, kami pun sampai di "Arakashan Road". di mana di jalan ini terdapat pelbagai hotel budget yang boleh anda stay dan yang paling bagus area hotel-hotel disini dekat dengan Railway station dan Delhi metro. So ia memudahkan kami untuk bergerak. Lepas urusan checkin kami berehat dibilik dan mandi. Dan lepas ni kami akan ke New Delhi Railway station untuk membeli tiket keretapi ke Agra. Kawan facebook aku Azihan, ada suggest untuk kami makan di Restaurant yang berdekatan area ini, tapi kami tak sempat nak pi sebab kami mengejar masa. Dan masa begitu cepat berlalu.
Lepas mandi dan dapatkan peta di hotel, kami bergerak ke Railway station. Punya la ramai umat manusia yang bersidai dan tidur baring di station keretapi.Untuk pelancong asing, kami perlu mendapatkan tiket keretapi di "International Tourist Bureau". Dimana kaunter untuk perkhidmatan ini dibuka 24jam. Anda perlu mengisi borang daftar terlebih dahulu dan menunggu angka giliran untuk urusan di kaunter. Kami bercadang untuk menaiki keretapi pada pukul 9am. Tapi tiket sold out. yang tinggal hanya pukul 6am sahaja. eermm terpaksa la beli juga. Jangan terlajak tidur sudah. Setelah urusan pembelian tiket selesai kami pun bergerak untuk memdapatkan teksi bagi tour sekitar Delhi. Sepanjang perjalanan di Kota Delhi kami dapat lihat suasana kesibukan kota ini. Memang gila!! huh. Aku nak ceritakan pun tak reti, nanti petang kami akan melawat Indian Gate, Red Fort dan Jamaa Masjid. So nanti aku cerita di entry yang lain ok... To Be Continue..
KLIK UNTUK SAMBUNGAN : DARI KUALA LUMPUR KE KASHMIR-NEW DELHI-AGRA-KOLKATA INDIA - PART 10 Happening Kepala Pening Di New Delhi
KLIK UNTUK SAMBUNGAN : DARI KUALA LUMPUR KE KASHMIR-NEW DELHI-AGRA-KOLKATA INDIA - PART 10 Happening Kepala Pening Di New Delhi
Comments
Post a Comment