Dari Kuala Lumpur ke Kashmir-New Delhi-Agra-Kolkata India - Part 7

GULMARG "MEADOW OF FLOWERS"

Pagi ni kami semua akan ke Gulmarg. Selepas sarapan pagi yang dibuat special iaitu lempeng kashmir yang dicicah dengan yogurt dan dal cha oleh adik owner hotel kami Asyraf, macam nama anak aku pulak. Lempeng dia tak la sedap mana, Tapi bila dicicah dengan gula, 2 keping jugak habis. Lupa pulak nak ambil gambar. Lepas selesai breakfast, kami menyiapkan segala beg untuk diangkut bersama sebab kami akan bermalam di Tanmarg, Gulmarg dan kesesokkan harinya kami akan terus ke Pahalgam.  Hotel budget di Gulmarg aku dah booking siap-siap melalui booking.com. Kami akan bermalam di Pineview hotel di Tanmarg hampir 16km dari Gulmarg. Mr.Ghulam Hassan driver kami dah siap menunggu di kereta. Tetapi sebelum tu Owner hotel kami Mr.Yusoof dah pesan awal-awal di Gulmarg nanti hati-hati sebab orang-orang disana agak ekstream bila junpa pelancong. mereka kuat menipu dalam urusan jual beli dan suka push push pelancong untuk beli barang dari mereka. Kebanyakkan mereka yang tinggal di Gulmarg adalah orang Gypsi yang banyak menetap di Kawasan pergunungan. Mereka sebenarnya lebih kasar. Bila dengar je camtu kami semua agak cuak juga.. Tapi apa nak takut kami datang sini  pun bukan kosong beb... kahkahkah... berani dekat la...aku gurau je...

Kami memulakan perjalanan lebih kurang pukul 9am macam tu. Kalau korang nak tahu Gulmarg merupakan kawasan tinggi yang sungguh popular dengan Gondola yang tertinggi di Dunia. Kawasan Resort untuk bermain ski pada musim sejuk, dan mempunyai padang golf dikawasan paling tinggi dalam dunia.  Gulmarg atau nama asalnya "Gaurimarg" panggilan oleh pengembala pengembala dikawasan ini, telah dibuka oleh Sultan Yusof Shah pada kurun ke 16 yang lampau. Gulmarg juga menjadi tempat bagi Raja Raja Jehinger mengumpul 21 jenis bunga liar pada zaman dahulu. Perjalanan ke Gulmarg mengambil masa hampir 2 jam. Sepanjang perjalanan ke Gulmarg kami melalui pekan-pekan kecil dan disini kami dapat lihat pelbagai aktiviti perniagaan di sepanjang market yang berdekatan dengan Sungai Jhelum di luar Srinagar.




Aku singgah di salah satu market di sini untuk membeli tali pinggang baru, sebab tali pinggang kesayangan aku yang sudah berusia hampir 10 tahun putus.. huh.. kat India pulak tu putus. Terima kasih atas jasa mu yang menjadi saksi utama perubahan saiz pinggang tuanmu... Sepanjang perjalanan kami dapat lihat kehidupan masyarakat disini yang rata ratanya masih daif dari segi kemudahan awam. Masih ada segelintir penduduk mereka yang hidup didalam khemah di tepi jalan dan kebanyakkan mereka merupakan masyarakat Gypsi yang hidup berpindah randah. Setelah hampir tiba di Tanmarg, kami singgah di ladang epal dan berpeluang untuk mengambil gambar bersama pokok epal.. Gila Jakun.  


Di kawasan Tanmarg memang ramai askar bersenjata boleh kita lihat. Mereka sentiasa berkawal setiap masa jadi sebagai orang luar kita perlu hormat abang abang askar ni. Lebih kurang pukul 12tgh hari, kami akhirnya tiba di Hotel kami di Tanmarg. Pineview Hotel. Kami di sambut oleh owner hotel yang aku tak ingat namanya ke lobby. Masih muda tuan hotel ini. Setelah urusan checkin selesai kami di bawa ke bilik dan dijamu dengan Teh Saffron. Sedap... bilik pun ok lah cuma ada satu queen bed dan kami minta  satu lagi extra single bed. Takkan nak tidur 3 orang satu katil kan...



Lepas sahaja rehat kat bilik, kami semua turun ke lobby untuk tour kami ke Gulmarg dimana perjalanan ke sana lebih kurang 30minit sahaja. Jika anda nak tahu di sini ramai betul yang bertanya jika kita perlukan guide untuk kesana dan akan membawa kami semua ketempat yang menarik. Anda tak perlu risau sebab untuk ke Gulmarg tak payah pakai guide pun tak pa, anda boleh cari sendiri sahaja dimana Gulmarg Gondola, dan resort resort yang ada di sekitar Gulmarg. Tapi anda perlu berkereta sejauh 16km untuk le Gulmarg. Jauh beb kalau nak berjalan. Driver kami akan hantar ke sana.  Sepanjang perjalanan ke Gulmarg kita dapat lihat hutan yang dipenuhi pokok pine, dan laluan ke atas sana berliku-liku seperti anda hendak ke Genting Higlands. Dari sini anda dapat lihat banjaran Himalaya yang terbentang luas sekiranya cuaca mengizinkan.





Sampai sahaja di kawasan parking area dan Mr.Ghulam turunkan kami disitu dan dia akan tunggu kami petang nanti. Buka je pintu kereta berderu dan berduyun-duyun orang menghampiri kami untuk menawarkan kuda dan guide, untuk kami tour satu Gulmarg ni. Tak kurang jugak yang push kami untuk beli barangan jualan mereka seperti kami membawa berguni duit untuk kesini... Adooiii tolonglah, aku rimas beb bila orang push-push macam ni. Rimas beb, selagi kita tak beli selagi tu la dia akan ikut kita. No thanks, No thanks, how much you want sir?? how much?? naik bernanah dah telinga aku. Ponny sir?? no thanks, u need guide sir?? no thanks... Kami terus berjalan sambil -sambil mata melihat signboard ke Gondola Gulmarg. Gondola very far sir..u must ride ponny sir... no i want walk not Ponny... kami cuba berkeras tapi depa still duk follow kami. Kami dengan rasa sombong ikutlah laluan tempat orang ramai berkuda untuk mencari Gulmarg Gondola. Lantak lah diorang nak ikut ke , apa ke... Dalam hati betul ke jalan ni.. Lama juga kami berjalan sambil menikmati permandangan yang begitu cantik sekali. Cuaca agak panas hari ini.

Jalan hampir 20 minit kami sampai ke Tourist centre di sini, dan bertanya arah mana untuk ke Gondola. Ada la mamat tu cakap dalam 500m lagi untuk kesitu. Ok kami terus berjalan sambil-sambil melihat kot-kot ada signboard. Hahaha lama kami berjalan dan terus berjalan haram tak nampak pun Gondola, kami rasa dah habis kami tawaf padang golf kat situ.. hahaha.. macam nak sesat je rasa.. Lepas hampir 2 km kami jalan, kami decide untuk tahan kereta sewa kat area situ.. Where is Gondola point? is that right way? No, wrong way sir.. come i send u to Gondola point.. huh tanpa fikir-fikir, kami pun naik la kereta mamat tu.. hahaha.. INR100 per person sir... huh 100 pun 100 lah.. kami nak kejar masa ni.. katanya pukul 4pm Gondola dah stop. jadi kami mesti cepat. Huh...





Akhirnya kami pun sampai la kat Gondola point ni . Ini tempat untuk beli tiket Gondola. Kat sini ramai betul orang yang duk jual barang semua... Ada 2 fasa untuk anda menaiki gondola ni. Satu fasa hanya ke "Kongdoor" station bayaran sebanyak INR600, dan satu lagi anda boleh terus ke "Aparwath" station dengan tambahan bayaran lagi sebanyak INR800. Alang alang dah sampai kita naik sampai atas la... cuaca memang terik hari tu. Tapi bila dah sampai diatas agak sejuk juga. Sampai di fasa pertama kami perlu turun untuk tukar gondola ke fasa ke dua. Gondola ni agak usang juga. bagi mereka yang gayat kecut perut jugak la... tertinggi dalam dunia kot. Sampai sahaja di konddorrii mountain anda seperti berasa di dunia lain. Permandangan yang cantik dan dari sini anda dapat lihat banjaran himalaya dan gunung ganang yang begitu mengagumkan. Salji ada jugak la sikit -sikit time ni. Diatas ini kami dapat lihat askar yang berkawal.  kami berada di atas ni hampir 30minit. Menyaksikan keindahan ciptaan tuhan yang begitu mempersonakan di atas puncak "Kongdoori" Mountain





















Kami merupakan pengunjung terakhir yang turun dari puncak Kongdoori ni, sebab ramai orang yang berebut rebut nak turun so kami sebagai rakyat malaysia yang penuh tanggunjawab sivik hanya memerhati sahaja mereka yang berebut rebut tu. Kami bersama pekerja Gondola adalah orang terakhir sampai ke bawah semula dan dapat berkenalan dengan seorang profesional snowborder ntah apa nama dia aku tak ingat.  Jika anda ke Gulmarg anda wajib datang cuba Gulmarg Gondola ni. To Be Continue....

KLIK UNTUK SAMBUNGAN : DARI KUALA LUMPUR KE KASHMIR-NEW DELHI-AGRA-KOLKATA INDIA - PART 8 - PAHALGAM " THE VALLEY OF SHEPHERDS"




Comments

Popular Posts