Dari Kuala Lumpur ke Kashmir-New Delhi-Agra-Kolkata India - Part 11

AGRA " THE CITY OF LOVE"

Aku memang tak tidur malam tadi. Masak maggie cup dan bantai buah epal yang aku beli dari Kashmir kelmarin sambil melihat Mok dan Zack enak dibuai mimpi.. Hampeh korang kata taknak tidur, last last dia yang tidur. Aku kalau tidur juga memang tak bangun la jawabnya. Aku nak tidur dalam keretapi je nanti. Tapi Alarm dah set jugak, incase... Hampir pukul 4.30 aku terus pergi mandi. Badan memang penat gila. Jalan sakan..huh. "Oi bangun oi.. pukul 4.30am dah ni". Bangun mandi la!!! Lepas selesai siap, kami turun ke lobby yang bergelap, budak bellboy tidur bergelimpangan kat lobby. Hahaha... "Excuse me , we want to checkout"... Mamai mamai pekerja kaunter tu buka lampu lobby. Dia tengok jam kat dinding.. ermmm tanpa cakap banyak dan membuat bayaran hotel, kami pun gerak menuju ke Railway Station.

Ramai manusia di jalanan sedang diulit mimpi dan ada beberapa bas dan teksi telah mula sibuk menurunkan penumpang di teksi stand berdekatan station keretapi ini. Rata ratanya adalah pelancong asing yang  sedang menuju ke destinasi masing-masing. Mata kami rabak tak cukup tidur. Di station keretapi sudah mulai sibuk dengan umat manusia. Ada antara mereka yang berkampung disini untuk.menunggu keretapi sejak dari malam tadi agaknya. Kami tercari-cari informasi pada board electronic train yang menuju ke Agra pukul 6am. Tapi sehingga pukul 5.30, apa info pun tadak. Huh.. biar betul ni.. kang silap platform memang tertinggal keretapi la kita. Last-last kami menuju ke platform 1. Selepas sahaja beg kami di scan, kami terus menuju ke bilik pekerja keretapi untuk bertanya. Yup memang betul, memang tiada update pun di papan jadual electronic pada luar station tadi. Tapi kami masih di platform yang betul. Kami menaiki train "Bhopal Shatabdi Express" yang mengambil masa 2 jam sahaj untuk ke Agra. Hampir pukul 6am pagi train yang kami tunggu pun tiba. Macam biasa kami tak berebut rebut seperti orang lain dan cool sahaja. Hahahaha..




Train bergerak laju meninggalkan Station New Delhi, sesekali bunyi honk keretapi kedengaran. Diluar masih lagi gelap, kami cuba melelapkan mata yang tak boleh lelap. "Ticket Sir"...Hampir 30minit perjalanan makanan untuk sarapan pagi dihidangkan. Roti disapu butter dan jem bersama teh menjadi sarapan pagi kami sambil membaca paper India. Jika anda naik train express ini, makan memang telah include bersama tiket anda.

Pemandangan ketika waktu pagi memang syok. Kita dapat lihat rumah rumah usang, kampung-kampung dan tanaman yang diusahakan oleh penduduk di sini. Sambil sambil berehat aku dapat juga membaca mengenai Agra. Agra pada pendapat aku merupakan "City of Love" dimana di Agra la bukti seorang lelaki terhadap orang yang dicintainya diabadikan. Di Agra memang  terkenal di kalangan pelancong di mana disinilah letaknya Monumen yang paling terkenal iaitu Taj Mahal. Di Agra kami akan stay 1 malam di Hotel Saniya Palace. Hotel ini aku pilih kerana ianya terdapat roof top dan kita boleh lihat Taj Mahal dari atas roof top itu nanti. Ini link hotel tersebut : Saniya Palace Agra

Hampir pukul 8.30am kami tiba di "Agra Cantt Railway Station" di Agra. Suasana di Station keretapi sungguh sibuk dengan penumpang yang turun naik train. Kami bertiga tercari cari jalan keluar dari station ini. Keluar sahaja dari station ini maka bermulalah teksi driver , tuktuk mengerumuni anda. Berebut rebut mereka cuba untuk mendapatkan pelanggan. Kami plan untuk naik tuk tuk sahaja untuk ke Hotel, tetapi jaraknya agak jauh juga lagipun kalau kami bertiga naik tuktuk confirm sorang satu tuk tuk yang perlu kami naik. Masing masing badan besar mana muat bang naik 1 tuktuk. Huh. Hampir 20minit di situ akhirnya kami diperkenalkan dengan pemandu teksi Mr. Shabir Khan. "Hello sir"... setelah tawar menawar dengan dia akhirnya kami bersetuju dengan khidmat beliau untuk 2 hari tour di Agra kami membayar INR1400 dan dia akan bawa kami kemana sahaja. Ok lah tu kira RM90 untuk 2 hari tour. Ini kelebihan jika anda travel dalam kumpulan, dapat kongsi kongsi tambang teksi. "Lets Go sir. Where u come from sir"?? "Kuala Lumpur Malaysia". "Wonderful Country sir... KLCC"... hahahaha.

"U know sir "Saniya Palace not good sir.. i will send u to 5 star hotel sir".. Aik dia ni nak promote hotel lain pulak. Ermm meby dia akan dapat tips jika bawa pelancong ke hotel yang dia maksudkan.. "No, im already paid for Saniya Palace actually"... "oo ok sir. In Agra i will send u all place sir, just tell me where u want to go sir". "Ok after we are checkin at hotel i need u to bring us to Agra Fort and then to Baby Taj Mahal, and the evening we want see the sunset opposite the river Of Taj Mahal, tommorow we want going to Taj Mahal and Fatehpur Sikri". "No problem sir, i will let u enjoy your tour in Agra sir." "We have a lot of historical palace here. Lets enjoy sir.. U know when the Taj Mahal was built sir"?? let me tell u sir"...

So bermulalah sesi belajar sejarah dengan Mr. Shabir Khan ni. bla bla bla bla bla....  "are u hear me sir"?? bla..bla..bla...shah jahan.. bla..bla..mumtaz... bla..bla..bla..bla...agra fort.. Sultan Akhbar..bla..bla..bla... wow boleh tahan juga dia ni. Semua dia tahu.. ntah ntah dia kencing kami... hahahaha Apa apa pun dia memang friendly habis. Dia kata dia selalu bawa pelancong, so dia kena belajar sedikit sebanyak tentang sejarah Agra dan India.





Taj Mahal dari atas Roof Top hotel kami

Dalam tengah hari yang panas membara kami memulakan tour kami yang pertama iaitu ke Agra Fort. Terletak hampir 8km sahaja dari hotel kami. Cuaca memang panas sampai naik pijar biji mata. Kami diturunkan oleh Shabir di kawasan parking kereta dan kami bertiga berjalan untuk masuk ke Agra Fort. Fuh gila dashat tempat ni. Tapi anda perlulah menepis segala bagai ragam manusia yang ada sahaja mengerumuni anda untuk menjual barang mereka sebelum masuk ke pintu utama Agra Fort ni. Tiket bayaran masuk ke Agra Fort ialah INR300 seorang. Agra Fort merupakan Istana atau kubu bagi pemerintahan kerajaan Mughal pada kurun ke 16. Bermula daripada pemerintahan Hamayun, Akhbar, Jehangir, Shah Jahan dan akhir sekali Aurangzeb. Menurut sejarah, disinilah Shah Jahan bertemu wanita yang paling dicintainya  iaitu Mumtaz anak kepada menteri kabinet ketika itu. Khabarnya perkahwinan mereka mendapat tentangan daripada keluarga kerana darjat dan kuasa politik. Di Agra Fort ini jugalah Shah Jahan telah dikurung oleh anaknya sendiri kerana di katakan gila dan tidak siuman setelah kematian Mumtaz. Wallahualam.... Apa-apa pun tempat ini memang meninggalkan kenangan buat kami kerana struktur reka bentuknya yang sungguh mengagumkan.








Selepas penat melihat keunikan dan kemasyuhran Agra Fort kami ke Mini Taj Mahal atau lebih dikenali dengan panggilan "BabyTaj Mahal". Ianya merupakan makam I'timad-Ud-Daulah. Senibina disini lebih kurang sama sahaja dengan Taj Mahal dan mempunyai rekebentuk simetri yang sama, dan ianya lebih kecil. Bayaran masuk ke sini adalah sebanyak INR100 seorang. Cuaca terlalu panas ketika ini, tak sanggup nak berposing bagai nak ambil gambar. lagi satu perut pun dah bekeroncong. Beb u all tak lapar ke? jum la makan...Huh. "Shabir!!! kemari kau!!! kami mahu pergi makan NOW" !!!











Kami makan agak lewat juga petang tu. Shabir membawa kami ke satu restauran terbaek diarea bandar Agra. Katanya disini makanan halal. Aku tak ingat apa nama kedai tu, berhawa dingin dan agak terkenal juga di kalangan tourist yang datang kesini. yang penting ada wifi. Macam biasa kami order nasi putih dan kari kambing. Kita tengok macam mana pergi kari kambing kat sini. Makanan pun sampai, apa lagi bedal la... boleh tahan jugak la kari dia. Pedas sikit dan harganya pun boleh tahan jugalah... huh. Shahbir hanya menunggu diluar.

"Food ok sir?? delicious?? yeah its nice Shabir... "Ok now i want bring u guys at 1 place how they make the stone like in Taj Mahal in traditional way". Betul ke ayat English aku ni?? bedal je lah... sebenarnya dia nak bawa kami ke satu kedai craft dimana kita dapat lihat bagaimana pekerja generasi asal yang  mengukir batu batu yang terdapat di Taj Mahal tu secara tradisional. Huh punya panjang aku translate... Aku tak ingat nama kedai tu. Kami berbual panjang juga  dengan Tauke kedai tu.

Buat pengetahuan anda pekerja ini merupakan cucu, cicit, piut, oneng-oneng kepada generasi asal pembuat ukirandi  Taj Mahal pada zaman lampau. Wow.. kita dapat lihat mereka menggosok batu batu untuk ukiran Taj Mahal. Gigih betul... Gila punya Shah Jahan. sebab kau ramai yang kena paksa buat kerja ni... "Betul ke pekerja Taj Mahal dulu kena potong tangan lepas siap Taj Mahal tu"?? Sebenarnya itu cuma mitos je" tauke kedai tu cakap dan " meby betul jugak"... "Tapi Goverment India menjaga kebajikan generasi yang ada ini agar ianya masih kekal dengan seni mengukir batu ini." jelas beliau lagi.. Sebab dah sembang lama kami pun beli lah miniture Taj Mahal kat kedai tu. yang katanya original dan diluar anda mungkin terbeli yang diperbuat daripada kapur, bukan daripada batu marble. Aduh kopak duit. Konfirm si Shabir Khan dapat tips dr tokey kedai ni..huhu.








Selepas selesai menghabiskan duit di pusat craft tadi kami pun dibawa ke satu lagi pusat craft yang menjadi tumpuan di Agra ni. Aduh ni mau habis duit lagi ni. Pusat craft ni merupakan tempat batu-batu permata yang terdapat di Taj Mahal dijual. Kedai ini juga menjual pelbagai craft tangan baik batu permata, ukiran batu, ukiran kayu, baju, kain, alat muzik, dan macam-macam lagi. Mak dan Bapak je takda jual dalam kedai ni. Aku kurang berminat sangat benda-benda ni semua. Tapi kami dengar je lah penerangan dari staff di situ berkenaan jenis-jenis batu yang dijual dan harganya memang la mahal. 

Tapi sebab inginkan kenangan untuk dibawa pulang, akhirnya kawan aku zack pun beli la batu permata hitam  untuk tukar batu cincin dia. Lebur duit kan Zack, Hahahah.. Aku tertarik pada alat-alat instrumental muzik tradisional yang terdapat disini. Kalau aku banyak duit memang aku beli satu sitar bawa balik Malaysia. Kami di bawa ke satu studio kecil untuk melihat pemuzik mereka bermain alat muzik dan menyanyi bersama kami. Part ni Zack memang suka lah. Kami menyanyi lagu-lagu popular Hindi bersama mereka. The Best part is Shabir pasti banyak dapat tips petang tu. Huh.




"Ok Shabir, enough for craft today, now we want buy fridge magnet, sari and tshirt. But we want a cheap-cheap one". Ok sir, lets go.. Kami dibawa ke beberapa kedai untuk membeli souviner yang murah-murah untuk anak-anak dan kawan-kawan pula. Banyak kedai yang kami pergi tak dapat beri harga yang kami mahukan. Tshirt budak pun nak jual sampai RM25, mahal kot.. kain nipis lak tu. Takpa kami ke kedai lain pulak. Akhirnya setelah puas mencari jumpa lah satu kedai yang boleh bagi harga yang aku mahukan. Bila dah dapat harga yang berpatutan barulah boleh beli banyak. Ok cukup lah untuk hari ni punya shopping. Kejap lagi kami nak ke perkarangan area Taj Mahal untuk menanti senja. 




Disebabkan trafic Jem yang teruk di waktu petang di Agra ni kami terlewat sampai ke situ. Ni mesti sebab leka menyanyi bagai kat studio tadi. Hari pun dah nak gelap. Aisey.. konon nak ambik gambar sunset Taj Mahal hanya tinggal angan-angan sahaja, matahari pun tak da dah. Nasib baik ada 3 orang awek Spain ni temankan kami, boleh lah ajak sembang-sembang...kekekeke.. dia mabik gambar kami untuk tunjukkan pada mak ayah depa agaknya, so kami pun ambik la gambar depa juga..  Tapi Takpa la, kemuncak kembara kami di India ini adalah esok hari di mana pagi-pagi lagi kami akan beratur mendapatkan tiket untuk ke Taj Mahal.. The Palace of Love!! ok Shabir, lets go!!  To Be Continue -

KLIK UNTUK SAMBUNGAN : DARI KUALA LUMPUR KE KASHMIR-NEW DELHI-AGRA-KOLKATA INDIA - PART 12 - SALAM TAJ MAHAL

Comments