Dari Kuala Lumpur ke Kashmir-New Delhi-Agra-Kolkata India - Part 3

OLD CITY OF  SRINAGAR KASHMIR

Setelah selesai menjamu mata di taman bunga dan kota peninggalan sejarah di sekitar Srinagar, kini kami melalui pekan kecil di sekitar  Srinagar untuk melihat rutin harian masyarakat Srinagar dalam urusan harian mereka. Mereka masih sibuk dengan kerja harian dan rutin harian mereka ketika ini. Kami telah di bawa oleh Mr.Ghulam Hassan ke sebuah masjid lama yang cukup cantik yang di kenali sebagai Kahnqah Of Shah Hamdan atau dikenali juga sebagai Shah Hamdan Masjid. Masjid ini terletak  di tebing kanan Sungai Jhelum di antara jambatan ketiga dan keempat. Ia dibina pada tahun 1395 oleh Shah Sikandar bagi memperingati lawatan Mir Sayyid Ali Hamdani yang lebih dikenali sebagai Shah Hamdan.  Menurut sejarah Masjid ini pernah beberapa kali terbakar dan ianya dibina semula mengikut reka bentuk lama yang asal. Masjid ini diperbuat daripada kayu dan diukir begitu indah sekali oleh tenaga mahir dari Kashmir sendiri. Memang cukup mengagumkan dengan kehalusan seni binanya,,,,










Selepas itu kami ke Jamia Masjid. Ia betul-betul berada ditengah bandar lama Srinagar. Ia telah dibina oleh Sultan Sikandar pada 1400 AD dibawah pemerintahan Mir Mohamaad Hamadani bin Shah Hamdan. Keunikan Masjid ini ialah mempunyai 370 tiang kayu di laman masjid ini. Semasa kami kesini Masjid ini dalam proses "renovation" aku rasa, sebab pagar masjid ini telah dipagar dengan pagar berduri. Agak kecewa sikit sebanarnya. Andai dapat masuk kedalam Masjid ini pasti lebih menarik . Lagipun hari pun dah petang, nak lama disini pun rasanya tidak sempat. Hanya memandang Masjid ini dari luar sahaja. Di sudut  Masjid ini terdapat Pasar yang diberi nama Shaeed -E-Milat market yang menjual pelbagai barangan untuk dibeli. 








Akhir sekali sebelum pulang ke Hotel selepas bershikara di Tasik Dal, kami singgah di Hazrat-Bal Mosque  yang cantik sekali.  "Hazrat" bermaksud  "Respected" dalam bahasa Urdhu dan "Bal" Bermaksud "Tempat". Jadi Masjid ini merupakan tempat yang perlu dijaga kesuciannya oleh umat Islam yang tinggal disini mahupun yang datang ke sini. Kami tak lama disini kerana betul-betul kepenatan pada siang hari...

KLIK UNTUK SAMBUNGAN : DARI KUALA LUMPUR KE KASHMIR-NEW DELHI-AGRA-KOLKATA INDIA - PART 4 - SUNSET DI DAL LAKE SRINAGAR KASHMIR





Comments