Dari Kuala Lumpur ke Kashmir-New Delhi-Agra-Kolkata India - Part 8
PAHALGAM " THE VALLEY OF SHEPHERDS"
Awal pagi kami dah bersiap bangun, kemas beg, dan bersiap untuk memulakan perjalanan ke satu lagi daerah di kashmir ini iaitu Pahalgam. Mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan dari Gulmarg. Lepas sahaja bersarapan kami semua membuat urusan checkout dan memulakan perjalanan. Driver kami macam biasalah sudah siap menunggu di luar. Malam tadi aku tak sure dia tidur kat mana, tapi katanya dia tidur atas sofa kat ruang atas lobby hotel ni... La apasal tak cakap awal-awal, kalau tau bleh tidor sekatil...hehehe. Macam biasalah, pintu kereta dia siap bukakan. Baik betul Mr.Ghulam Hassan ni, sudah berusia lingkungan akhir 50an. Mr.Ghulam, ayuh kita gerak...
Perjalanan 1 jam pertama agak membosankan sebab kami melalui jalan yang kami lalui semalam, sehinggalah ke jam yang kedua selepas kami memasuki perkampungan di luar daerah Gulmarg. Pahalgam terkenal dengan panggilan "Mini Switzerland" dimana Puncak Baisaran Valley merupakan tarikan utama di Pahalgam. Kalau anda nak tahu, di Pahalgam juga merupakan tempat lakonan filem Bobby dijalankan sekitar era 70an. Kalau tanya mak aku, memang dia tau la.. Memasuki kawasan perkampungan ke Pahalgam anda boleh lihat pelbagai ladang epal yang subur di tepi jalan. Dan sepanjang perjalanan ke sini anda boleh lihat ladang tanaman Saffron yang begitu luas. Tapi sayang, kami tak berpeluang untuk melihat sendiri bunga saffron ni sebab tanah ladang ini sedang di gembur untuk tanaman baru.
Kita juga dapat lihat suasana kampung yang agak old school di kawasan ini. Banyak rumah yang dibina di kawasan ini mempunyai keunikan nya sendiri dimana pelbagai bentuk rumah yang boleh kita lihat. Penduduk tempatan rata-rata ramai yang memakai pakaian tradisi mereka dan jarang aku dapat lihat mereka memakai tshirt dan berseluar jeans...Sampai situ aku check ye tak? hahaha. Tapi memang betul pun... Sepanjang perjalanan kami dapat lihat aktiviti pertaniah mereka, baik bersawah padi, tanaman jagung, epal, sayuran, dan "Ganja" ...kahkahkah...acah je...
Disini juga memang terdapat banyak sungai- sungai yang cantik. Kalau kat Malaysia, pantang masuk Facebook je mesti esok lusa dah kotor dan berderu orang datang. Bosan... kat sini banyak sungai mereka ibarat tidak terusik untuk sebarang aktiviti. kami sempat juga berhenti di sebatang sungai yang cantik untuk bergambar. Ramai orang datang kat sungai ni untuk bergambar, so kami pun folow la... boleh la jugak berjemur sebarang dua... cuaca disini agak panas tapi berangin dan nyaman sekali. Katanya di kawasan ini terdapat port filem Booby tu... tapi aku takda la pulak nampak rumah-rumah lakonan tu... Tapi takpalah, kami datang sini bukan untuk tengok filem Bobby ye tak.?? Hampir 30 min kami di situ, kami biarkan sahaja Mr.Ghulam Hassan habiskan rokok dia dulu then kami pun gerak.
Hampir 30minit kami pun sampai ke kawasan tempat Parking area di Pahalgam. Di sini terdapat banyak hotel dan resort jika anda mahu bermalam disini. Macam biasa belum sempat kami keluar dari kereta, berduyun duyun orang datang untuk push kami memdapatkan khidmat guide dan kuda dan pakej pakej aktiviti yang boleh diambil...Huh...den lompang baru tau... Sir! sir! sir!! kami buat pekak je... lama-lama kami pun naik rimas... this sir, mini swiss sir, baisaran valley sir, water rafting sir, mountain sir , bla bla bla...INR4000 sir... Abah kau!!! Zack memang dah buat bodo je... dah jum blah!! kita jalan kaki je... hahahah...
Macam biasa depa still akan ikut kita selagi boleh, ke tourist centre pun dia follow, ke kedai pun dia follow, nasib tak ke jamban dia follow, No we dont want your pakej... we just want walking here... Lama jugak kami fikir nak naik apa ke Baisaran Valley ni. Nak berjalan jauh jugak... hahaha... last2 kami pun sembang dengan budak yang follow kami tadi INR200 kami mahu berkuda ke Baisaran Valley sahaja atau lebih dikenali dengan Panggilan Mini Swiss.. Lepas berbincang, last last kami dapat harga tu... huh... tapi aku tengok muka mamat tu toya je untuk setuju harga INR200 seorang... take it or leave it!!... sebenarnya kami tak mau terkena lagi dengan kelicikan orang-orang disini... Bab bargain ni memang aku serahkan pada member aku Zack.
So berkudalah lagi kami bertiga merentas hutan pine dan laluan berbukit untuk ke Baisaran valley diikuti dengan seorang guide... sampai terpelecok lah kuda kami nak naik bukit ni..Punya la ramai orang yang naik kesini... siap traffic jem. Ini kalau nak jalan kaki memang minta maaf la... jauh juga... hampir 1 jam kami berkuda dan aku mintak guide kami berhenti sebab aku nak terkencing... Stop here i want pee.. No sir,here no tea, up have tea.. puiih aku nak kencing bukan nak tea... pee!!.. hahahaha.. dia tak nak juga berenti, sebab tak tahan dah aku tunjuk isyarat body la... terus dia faham... huh...aku harap pokok pine tadi hidup subur la hendaknya....Hampir 1 jam lebih kami pun sampai la ke Baisaran Valley... ohh ini rupanya Mini Swiss.. boleh tahan cantik tempat ni... boleh baring baring dan berguling atas ni kalau korang nak... memang best. Bergambar ala-ala student di oversea la kami... Kat atas ni memang ramai orang. Kami melepak disini hampir satu jam sambil makan makanan yang kami bawa... Puas lepak disini kami pun turun semula. Dah hampir nak sampai ntah macam mana kuda yang Zack tunggang boleh pulak tersadung dan tergolek. Nasib baik tak dihempap nya kawan aku ni. Lu simpan kenangan jatuh kuda ni bro... mahal lu punya experience ni...
Lepas membuat bayaran beserta tips kami pun terus ke kereta. Dari jauh kami nampak Mr.Ghulam Hassan melambai-lambai tangan pada kami. Are u Happy sir?? Yeah very Happy Mr.Ghulam... Ok lets go... kami akan kembali semula ke Srinagar meninggalkan kenangan manis di Pahalgam....Sampai Srinagar dah dekat Maghrib.. Badan kami memang penat tapi berbaloi. Esok pagi kami akan ke Delhi dan pastinya kami akan merindui Kashmir... To Be Continue....
Comments
Post a Comment