Dari Kuala Lumpur ke Kashmir-New Delhi-Agra-Kolkata India - Part 2


Setelah membuat kata putus antara kami, kami buat keputusan untuk setuju  mengambil kereta sewa dan driver yang membawa kami ke Hotel tadi untuk Touring sekitar Srinagar, Sonamarg untuk esok hari, Gulmarg untuk lusa dan ke Pahalgam untuk tour yang terakhir. Tempat-tempat tersebut memang sudah dirancang untuk kami pergi cuma semasa di KL kami ingin memilih haluan sendiri untuk kesana iaitu dengan mendapatkan Bas, teksi atau pun kereta sewa, Tapi disebabkan oleh tawaran Yusoof owner hotel Noora itu untuk menyediakan perkhidamatan kereta sewa beserta driver iaitu Mr.Ghulam Hassan bagi touring tersebut  kami bersetuju untuk membayar kepada beliau. Bukan apa setelah difikir-fikir kami tidak mahu membuang masa kerana kami hanya di Kashmir hanya 5 hari dan akan ke Delhi pada hari ke 6. Lagipun tawaran dari Yusoof pada kami agak berbaloi juga iaitu IND12000 bersamaan lebih kurang RM750 untuk 3 orang. Pada anda yang rasa ianya agak mahal, anda boleh cuba alternative lain. 

Lepas je makan tengah hari, kami semua bersiap untuk touring sekitar srinagar, pukul berapa nak balik hotel terpulang Yusoof cakap, driver sedia berkhidmat, wah dah macam king pulak kami. Jadi tempat pertama yang akan kami lawati ialah Botanical Garden. Taman ini merupakan taman yang agak famous bagi pelancong dan penduduk tempatan untuk berehat-rehat dan berdating. Bayaran masuk kesini IND10.  Di kala musim bunga , banyak bunga yang akan tumbuh mekar di taman ini. Pada aku takdalah interested sangat sebab ianya lebih kurang macam Taman Tasik Titiwangsa je cuma kawasan sekitar taman ini berlatar belakangkan gunung-gunung yang cantik. Dan di kala musim salji sudah pasti ianya lagi manis untuk dijadikan kenangan. 










Berjalan disekitar taman ini membuatkan kita lupa akan kepenatan yang kami tempuh tadi. suhu nya yang dingin memuatkan kami rasa seperti di Eropah.hahahaha. Lepas je menghabiskan masa lebih kurang sejam di sini, kami bergerak pula ke "Chesma Shahi Garden". Taman ini lebih kurang sama juga dengan Botanical Garden, cuma ianya terdapat sebuah tempat dimana air yang mengalir dari kawasan pergunungan melimpahi ke saliran sekitar taman bunga yang terdapat disini. Orang ramai berpusu-pusu untuk membasuh muka dan ada juga yang minum... Kami takdalah sampai nak minum.... Bayaran masuk untuk kesini ialah IND10. 













Lepas je bergembira di Taman bunga, kami ke "Pari Mahal" yang dikenali juga sebagai "House Of Fairies". kalau korang nak tahu tempat-tempat tersebut hanya berdekatan sahaja, cuma untuk ke Pari Mahal, anda perlu mendaki sedikit, sebab ianya terletak diatas bukit. Tempat ni sempoi sebab dari sini kita dapat lihat sekitar Srinagar dan Tasik Dal, terbentang luas... Subhanallah... Tempat ini merupakan sebuah tempat biara Buddha pada kemudiannya ditukar sebagai sekolah astrologi dan diasaskan  oleh anak sulung Shah Jahan, Dara Shikoh pada zaman dahulu. Kalau nak tau dengan lebih lanjut tempat ini anda bolehlah google dan datang sendiri. Kami berada disini hampir sejam lebih. Memang menarik.






Setelah hampir senja kami akan ke Tasik Dal untuk cuba naik Shikara sambil menikmati sunset di bumi Kashmir. Tetapi Sebelum ke Tasik Dal, Kami akan  melihat kehidupan penduduk di sini dan akan ke Masjid Khanqah Of Shah Hamadan, Masjid Hazrat Bal  dan Jamia Masjid di pekan lama Srinagar...Kami skip touring ke Mughal Garden sebab kami rasa ianya lebih kurang sama sahaja dengan Taman-taman bunga yang lain...  To Be Continue..............

KLIK UNTUK SAMBUNGAN : DARI KUALA LUMPUR KE KASHMIR-NEW DELHI-AGRA-KOLKATA INDIA - PART 3  - OLD CITY OF SRINAGAR KASHMIR


Comments