Dari Kuala Lumpur ke Kashmir-New Delhi-Agra-Kolkata India - Part 6

SONAMARG  " MEADOW OF GOLD"

Dari Tasik Dal Srinagar mengambil masa hampir 2 jam setengah untuk ke satu lagi daerah Jammu dan Kashmir ini iaitu Sonamarg.  Sonamarg merupakan salah satu daerah di kawasan pergunungan yang amat cantik sekali kena dengan panggilannya "Meadow Of Gold". Diliputi kawasan pergunungan penuh dengan pokok pine membuatkan perjalanan ke Sonamarg memang mengujakan. Banjaran Himalaya terbentang indah saujana mata memandang. 2 jam perjalanan umpama 20minit sahaja rasanya. Perkampungan disini terletak agak jauh dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Banyak sungai- sungai yang cantik dapat kami lihat sepanjang perjalanan kami ke sini. Sudah pastinya jika musim sejuk seluruh kawasan ini akan diliputi salji yang tebal kerana Sonamarg terletak di kawasan beraltitud tinggi iaitu 2740m dari paras laut. Suhu disini agak sejuk dan kadang-kadang anda boleh menggigil kesejukan. Di kawasan ini udaranya bersih dan kurang berdebu,tidak seperti Srinagar. Iklim yang menyenangkan dengan musim panas yang sederhana dan musim sejuk yang menjadikan lokasi ini tempat yang ideal untuk meneroka keindahan alam semula jadi.

Sepanjang perjalanan ke Sonamarg, anda akan lihat ramai askar yang siap sedia berkawal di sepanjang jalan yang anda lalui. Kami juga beberapa kali ditahan oleh penguatkuasa Jammu dan Kashmir untuk pemeriksaan permit driver yang membawa kami. Beberapa kali juga kami menyuruh driver kami Mr.Ghulam Hassan berhenti ditepi jalan untuk mengambil gambar sepanjang laluan kami ke Sonamarg.
















  
Di Sonamarg aktiviti yang paling famous ialah Trekking ke Thajiwas Glacier yang mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke puncak Thajiwas glacier. Anda boleh pilih untuk berkuda atau trekking sahaja untuk sampai ke sana. Pada kami yang tidak mempunyai masa yang lama kami memilih untuk berkuda sahaja. Lagi satu bukan senang untuk mendapat pengalaman berkuda seperti ini dan ditempat yang cantik begini kan... Apa salahnya mencuba benda baru. Setelah puas membuat tawar menawar dengan pengusaha kuda disitu, akhirnya kami bersetuju membayar INR2000 seorang untuk berkuda ke Thajiwas Glacier. Mahal jugak tapi itu je last price yang mereka dapat kasi.. eerrmmm...macam koboi pulak rasa... hahahaha... cuma tiada pistol je.

Kami memulakan perjalanan dari dataran berumput yang menempatkan kuda-kuda tersebut terus ke puncak Thajiwas Glacier ditemani oleh 2 orang guide yang hanya berjalan kaki. Pengalaman yang tidak mungkin kami lupakan. Pada mulanya memang kekok juga. Tapi lama-lama ok la. Kuda-kuda disini tidaklah besar mana, tapi kadang-kadang bila melalui lereng lereng curam agak menakutkan juga. Subhanallah tempat ini memang cantik. Kami betul-betul berada di bawah kaki banjaran Himalaya. Sekali-sekala kami berselisih dengan pengunjung yang ingin turun dari Thajiwas Glacier. Takda lagi aku nampak touris yang berjalan kaki untuk kesini selain daripada penduduk tempatan. Perjalanan kami dengan berkuda agak slow motion sahaja, tak perlu rushing sebab disini anda boleh lihat pemandangan yang sungguh cantik ibarat anda berada di Swiszerland. Aku cuma cakap je, aku pun tak pernah ke Swiss.. kahkahkah. Tapi tempat ni lebih kurang macam tu la...


Sepanjang perjalanan kita dapat lihat khemah-khemah kecil yang dipasang oleh peniaga tempatan untuk anda berehat sekiranya anda ingin minum Chai tea atau kopi di situ. Kami plan untuk sampai terus ke Thajiwas Glacier sebab guide kami yang aku pun dah lupa namanya cakap di atas sana ada lagi khemah orang berniaga. Anda jangan ingat khemah ini seperti kanopi majlis kahwin tu, khemah yang aku maksudkan hanyalah khemah yang hanya ditutupi canvas semata-mata.












Hampir 1 jam lebih kami akhirnya sampai di Thajiwas Glacier. Maka ramai lah orang yang menyuruh kami minum lah, makan lah, "Lek dulu bhai kami baru je sampai ni hah"... Bontot pun masih kebas naik kuda ni hah. biar kami menghirup udara nyaman disini dulu. Tapi aku tengok 2 orang guide yang ikut kami tadi dah balun maggie mee dan air teh dah. Penat kot. gila kau, depa berjalan kaki kot naik atas ini. kami berkuda ibarat Raja Mughal memang lah tak penat. kahkahkah...
Takpa hang minum dulu..Kami bergambar sakan diatas ni sambil menikmati panorama di atas puncak Thajiwas Glacier ni...











Kami disini hampir sejam juga. Sambil minum chai tea, di bawah kaki banjaran Himalaya memang tiada tolok banding di Kedai mamak. "Comeon.. ini Himalaya kot".... Teh yang tawar pun sedap bila kat atas ni. Kami berbual-bual dengan orang-orang tempatan tentang kehidupan mereka disini. Tengah berbual-bual, aku nampak satu benda yang agak tersorok disebalik timbunan periuk dan kayu-kayu api dalam khemah tu. Wow.. Siap "Paipon" ni. huh. aku pun temuramah la orang kat situ' Whats is this?? This is "Kashmir Hookah" Sir... Lebih kurang macam shiha jugak... ntah-ntah hisap ganja... hahaha...Wah bukan main best korang kat atas ni yer...  Aku tak ambil port sangat, cuma sekadar bergambar sahaja.. depa pun tunjuk lah kat aku macam mana nak hisap benda alah tu. Hahahahahaha... Ada juga dikalangan mereka yang bersungguh sungguh suruh kami try naik sledge. Papan luncur kayu yang korang boleh luncur jika musim salji tu. Tapi salji hanya sekangkang kera time tu. Apa nak luncurnya. hahaha.. Dari sini kami dapat lihat Glacier yang membeku. Di bawah Glacier terdapat curam yang agak dalam dengan ketulan ais yang membeku.  Kat situ kami ada berbual dengan pelancong tempatan yang datang dari Delhi kot.aku pun dah lupa.. Zack tanya mereka berapa bayar untuk naik kuda ? Depa cakap INR3000... hah? lagi mahal dari kami ... bila Zack cakap harga tu terus mamat tu down.. huh i fell so bad now.... mentang-mentang lah dia bawak awek, terus bayar je INR3000 seorang... hahahaha.. depa sama depa pun kena kencing...

Oklah masa untuk turun semula. Kami membuat bayaran Chai tea tadi termasuk bayaran makan dan minum 2 orang guide kami tadi. Perrgghhh hang balun Maggie bagai kami pulak yang kena bayarkan pulak... hahaha.. Takpa la bukan mahal mana pun . kira sedekah la... Tak gitu Zack?? " Takpa Hangpa jangan risau Bak Hang" Kami memang banyak bawak duit kesini... kahkahkah.. Sebenarnya kami melantik Mok sebagai pemegang saham dan share kami semasa disini. biar seorang sahaja yang pegang duit, nanti senang nak kira balik nanti perbelanjaan kami selama di India ni.





Lepas penat berkuda, perut pun dah berkeroncong beb. Dari pagi tadi apa pun tak makan, cuma kami breakfast di hotel sahaja sebelum bergerak ke sini. Jam dah menunujukkan hampir pukul 3pm. So kami bercadang nak makan dulu sebelum bergerak ke Srinagar semula. Badan dah penat, bontot dah sakit semua. Apa lagi kita makan dulu la... kami makan tengah hari di Hotel Sunshine Resort Restaurant. Jangan risau ini restaurant halal...  Restaurant ini dekat sahaja dengan tempat letak kereta masa kami sampai tadi. Petang tu kami order capati dan kari kambing. Peerrrghhhh kari kambing disini memang terbaik beb. tak cukup kami order lagi kari kambing.. memang menusuk kalbu betul rasa kari di sini.. terngiang-ngiang kelazatannya.. Kami jemput driver kami Mr Ghulam Hassan makan sekali, tapi dia menolak pulak.. lantak kaulah... lagipun kari kambing ni tak cukup untuk kami bertiga ni... hahahaha  



Selesai je makan . kami terus bergerak ke Srinagar. Bila perut dah kenyang apa pun malas dah... nak berjalan pun malas dah. Sesekali driver kami cuba perlahankan kereta sebab kot-kot kami nak berhenti lagi untuk ambil gambar, sebab masa datang kesini kami bagitau dia  banyak port nak berhenti untuk ambil gambar. Tapi sebab perut dah kenyang , apa pun tak bleh.. "Mr Ghulam please drive, no need to stop" just drive!!! hahahaha. Kami sampai ke Srinagar lebih kurang pukul 7pm dan pada waktu itu dah gelap dah... Penat.... masa untuk berehat... To Be Continue....


















Comments