TRAVEL JOURNAL NEPAL - ANNAPURNA BASE CAMP Day 11 Kyumi - Syhumi -Syauli Bazar - Nayapul - Phokara ( PRAY FOR MH370 )


8 March 2014 Kyumi - Syhumi -Syauli Bazar - Nayapul - Phokara ( PRAY FOR MH370 )

Hari ni hari ke 11 kami di Nepal... Hari ni merupakan trek tertunda yang kami buat semalam. Disebabkan petang semalam di Kyumi hujan lebat, maka kami semua decide untuk bermalam di Kyumi. So pagi ni kami akan berjalan ke Shyumi dan akan mengambil perkhidmatan jeep di sana dan akan melalui Syauli Bazar dan akan ke Nayapul untuk urusan permit ( check out ) dan akan terus pulang ke Pokhara. Hari ni kami memulakan hari yang sungguh bersemangat sekali, maklumlah dah nak tamat trekking kami dan selepas ini kami akan berehat di Pokhara 2 malam dan esoknya akan kembali semula ke Kathmandu. 

Lepas breakfast pagi tadi kami semua bersiap untuk meneruskan perjalanan yang tertunda semalam. Sebelum kami berangkat, aku ada meninjau di sekitar ruang dapur di guest house kami bermalam semalam. Kebetulan ada seorang pakcik sedang bersarapan di ruang dapur itu. Aku pun bersembang dengan pakcik dan ambil gambar pakcik ni,  " aku tanya pakcik ni, dari mana nak ke mana?... dia cakap dari Jhinu nak ke Syauli Bazar" ... aku tanya berapa jam berjalan? setiap hari dia berjalan hampir 3-4 jam untuk ke Sayuli Bazar hantar barang.... aku hanya senyum.. dalam hati bertuahnya aku duduk di Malaysia... 






Kami bergerak dan berjalan hampir 1 jam untuk sampai ke Syhumi, Tak lama mana pun untuk sampai ke Syhumi sebenarnya. Semasa dalam perjalanan kami hanya melalui kawasan lereng bukit dan perkampungan penduduk disitu. Perasaan sedih pun ada sebab travel kami kini mengakhiri ke penghujungnya.... Sedang kami berehat sebentar sebelum sampai ke Syhumi pakcik yang aku temui di Kyumi tadi pun tiba, So aku ucapkan selamat jalan pada dia sebab kami akan melalui jalan yang lain selepas ini. 







Menikmati permandangan yang terakhir disini membuatkan rasa sayang untuk meninggalkan kenangan selama 10 hari di sini. sekejap sahaja masa berlalu dan kini hampir berakhir perjalanan ini. Melalui kawasan perkampungan disini dapat aku lihat kedaifan dan kesusahan penduduk yang tinggal di sini. Mereka kekurangan dari segala segi bentuk kemudahan asas, dan pendidikan anak-anak mereka. Bersyukur lah kita hidup dibumi Malaysia,Tetapi aku pasti mereka tidak perlu memikirkan hutang piutang seperti kita di Malaysia kan?? hahahah. Lagi satu bukan semua orang sudi dirakam gambarnya, so sebelum mengambil gambar mereka ada baiknya kita meminta izin mereka dulu dari mereka. 





Hampir 30minit berjalan kami melalui kawasan sebuah rumah yang agak usang di situ. Kebetulan ada seorang tua bersama-sama cucu beliau kalau tak silap aku,  bertanya kalau kami ada ubat untuk merawat luka di betisnya. Mike tanpa berlengah terus melihat luka pakcik tu dan terus merawat luka pakcik tu.. kan aku dah kata Mike macam Doctor beb... hahaha.. Thanks Mike sebab sudi merawat luka pakcik tu. Walaupun ianya tak seberapa tapi ia merupakan misi kemanusian pada kami..





Sedang Mike merawat luka pakcik tu , aku ternampak seorang anak gadis di jendela rumahnya dan sedang memerhatikan kami. Aku terus snap gambar anak gadis ini. Perasan aku ambil gambar, dia terus beredar dari situ.. malu agaknya...Perjalanan  kami diteruskan dan dari jauh, kami dah dapat lihat Shyumi  dan beberapa buah kenderaan yang ada di situ. Perghhhh... lama betul aku tak tengok kereta dan dengar bunyi enjin kereta..!0 hari duduk dalam hutan kan... Hahahahah...Dah nak habis rupanya  perjalanan ini...




Alhamdullilah akhirnya kami semua selamat sampai di Shyumi. Suasana di sini agak hingar juga sebab di sini merupakan tempat sewaan kereta , teksi atau jeep kepada sesiapa sahaja yang ingin keluar ke bandar, Pasti sekali bandar yang terdekat dari sini ialah Pokhara. Bagaikan anak kecil kami semua ketawa gembira sebab perjalanan ke Annapurna Base Camp kini telah berakhir dan meninggalkan pelbagai kenangan yang mungkin tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Kami telah menyewa sebuah jeep yang memuatkan 11 orang termasuk driver.. memang padat dan sendat suasana dalam jeep tu. macam sardin. Kalau tak silap aku kami perlu membayar 4000 Rupee agi menyewa sebuah jeep ini. Ada juga trekker-trekker lain yang berjalan kaki untuk sampai ke Syauli Bazar dan terus ke Nayapul. Pada aku memag agak jauh kalau nak berjalan, baik sewa jeep sahaja untuk kesana. Bagi trekker solo agak mahal jugalah perbelanjaan sewa jeep ni. Tapi sebab kami datang berkumpulan boleh lah kongsi-kongsi kan.






Beginilah keadaan dalam jeep yang kami naik. Sempit dan padat macam sardin. Sampai driver duduk menyenget sambil bawa kereta. Dalam jeep ni jugalah hampir 1 jam kami mendengar lagu-lagu tempatan Nepal yang satu haram pun aku tak faham. Tapi ada satu lagu yang aku masih ingat. Lagu berkenaan semangat patriotik negeri Nepal yang berkisarkan tentang kemana pun rakyat Nepal merantau , Nepal tetap dihati...lebih kurang macam "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri la " itu yang Ganesh cakap la.. tipu dia, tipu lah aku... aku try cari dalam youtube tapi takda pulak... huhu.. Masa dalam perjalanan juga kami menyanyi lagu "Rensam Feriri " sebagai lagu wajib travel kami ke sini.

Alhamdullilah akhirnya kami semua sampai di Nayapul tempat kami mula-mula start trekking ke Annapurna Base Camp tempoh hari. Ganesh pergi menguruskan permit dan TIMS untuk daftar keluar. Kami hanya menunggu di dalam jeep dan lepas urusan permit selesai, kami semua bergerak semula untuk ke Pokhara dan akan menginap di Hotel United tempat kami menginap tempoh hari.... Tiba lah masa untuk kami membersihkan diri dan mandi sepuasnya ,berehat sepuasnya,makan kenyang-kenyang dan bershopping apa yang patut untuk sahabat dan keluarga di Malaysia.... ok beb, aku nak berehat dulu dan nanti aku sambung balik cerita aku di Pokhara dalam entry yang akan datang.... Salam................ -

Klik:
DAY 12 POKHARA
























Comments