TRAVEL JOURNAL NEPAL - ANNAPURNA BASE CAMP Day 12 Pokhara
9 March 2014 Kami semua masih di Pokhara. Hari ni hari ke 12 kami di Nepal, Dari semalam lagi kami sudah berada di sini selepas balik dari trekking. Semalam juga kami dikejutkan oleh berita kehilangan MAS MH370 dari radar ketika dalam penerbangan ke Beijing China dan masih belum tahu status terkini kehilangan tersebut. Banyak spekulasi yang kami dengar tentang kejadian ini, so kami semua masih mengharap cerita sebenar kejadian ini, terhempas ke, hijack ke, macam-macam la.... risau jugak, sebab nya kami akan pulang ke tanah air lusa... bila dengar cerita macam ni rasa bimbang pun ada... ermmm harap-harap semuanya selamat la yer....
So hari ni aku nak cerita apa yang kami buat di Pokhara hari ni..semalam kami banyak habiskan masa di Hotel dan tak banyak aktiviti yang kami buat pun. Hari ni baru nak explore jauh sikit di Pokhara ni. Ganesh cadangkan kami berbasikal untuk ke "Devi's Fall" dan melihat apa yang ada disana...
Sesiapa yang nak ber paragliding pun boleh juga.. nanti Ganesh akan uruskan... Mike dan Tokki bercadang untuk paraglide tgh hari nanti... dorang cakap pakej paraglide disini jauh lebih murah berbanding di bukit Jugra Malaysia... entah, aku tak tau sangat pasal benda ni dan harga untuk aktiviti ni. Korang boleh try survey dalam google pakej-pakej yang mereka tawarkan untuk Paraglide. Ini antara link yang aku kongsi untuk korang http://www.trekkingpartners.com/2013/11/29/guide-to-paragliding-pokhara/ dan gambar Tokki semasa Paragliding. Gambar Mike aku tak tau kat mana.
Manakala Mahfis dan Zahril memilih untuk berbasikal ke "Devi's Fall" ,Sebab budget pun takda aku dan KF decide untuk ronda-ronda di sekitar sini sahaja sambil merehatkan minda dan mencari ketenangan. Di Pokhara cuaca sungguh nyaman dan bersih, cuma kadang-kadang tu ada juga habuk dan debu bila kenderaan lalu lalang di sekitar sini.
Sesiapa yang nak ber paragliding pun boleh juga.. nanti Ganesh akan uruskan... Mike dan Tokki bercadang untuk paraglide tgh hari nanti... dorang cakap pakej paraglide disini jauh lebih murah berbanding di bukit Jugra Malaysia... entah, aku tak tau sangat pasal benda ni dan harga untuk aktiviti ni. Korang boleh try survey dalam google pakej-pakej yang mereka tawarkan untuk Paraglide. Ini antara link yang aku kongsi untuk korang http://www.trekkingpartners.com/2013/11/29/guide-to-paragliding-pokhara/ dan gambar Tokki semasa Paragliding. Gambar Mike aku tak tau kat mana.
Aku dan KF ronda-ronda disini sambil mencari survernier untuk dibawa pulang ke tanah air... macam-macam anda boleh beli disini, pakaian, kain, kraftangan , dan macam-macam lagi lah... yang penting anda ada budget je... Poskad aku dah hantar siap-siap dah dari hari aku mula mula sampai di Pokhara tempoh hari... ntah sampai ke tidak aku tak tau la....
Antara barangan yang aku beli macam biasalah, tshirt, snow cap, songkok Nepal , magnet peti ais, dan selendang kashmir. Ntah apa aku nak beli lagi pun aku tak tahu dah... Jika anda mencari selendang Kashmir yang 100% original buatannya, anda boleh la survey dulu di setiap kedai yang ada disini. Macam-macam harga yang korang boleh tahu dan lihat. Aku pun tak reti sangat sebenarnya pasal ni, mana yang aku rasa under budget aku beli je lah. Aku ada jumpa ada satu kedai di sini yang tulis "Harga Murah" dalam bahasa Melayu, so kami semua masuk kedai tu dan beli. Kedai mana aku tak ingat, tapi agak murah la juga berbanding kedai nyonya Singapura yang kami jumpa dalam entry lepas di Pokhara ni. Hahaha... pandai betul tokey kedai ni tarik pelanggan terutamanya orang Malaysia kan... huh.
Lepas penat shooping kami singgah di kedai untuk minum... kalau anda penggemar minuman lassi, disini lah tempatnya... murah dan sedap... sepanjang aku di Nepal dah 3 kali kot aku minum manggo lassi, pineapple lassi dan apple lassi... sedap beb...
Tengah minum aku lihat ada sekumpulan orang sedang berarak di jalan raya... laa.. orang kahwin rupanya.... dengan bunyi musik dan gendang mereka sedang berarak sambil membawa hantaran untuk menuju ke ke mana aku tak pasti.. mungkin ke tempat pengantin perempuan kot sebab hanya pengantin lelaki sahaja yang aku nampak masa berarak tadi...
Kami berjalan lagi sambil lihat orang-orang disini yang lalu lalang disini... banyak pub dan kelab disini yang kita boleh lihat... ramai juga pelancong yang ada di sini... aku rasa di Pokhara lebih menjadi tumpuan pelancong daripada Kathmandu.
Lebih kurang pukul 3pm aku dan KF balik semula ke hotel. Di lobby hotel aku ada nampak Ganesh dengan muka tak best duduk bersandar kat kerusi.. la apasal monyok je Ganesh ni... hahaha... rupanya dia dari pukul 12 tengah hari tadi tunggu Mahfis dan Zahril sebab katanya nak sewa basikal... sampai sekarang tak nampak batang hidung...kehkehkeh... habislah ko Mahfis... Ganesh dah marah tu.... aku memang dah cakap awal awal lagi aku tak ikut korang berbasikal.. hahaha...
Lepas rehat di bilik, aku ajak KF untuk naik sampan di Pehwa Lake... ye lah orang blues dan sentimental macam aku ni memang ini je lah aktiviti yang boleh aku buat. hehehe...Aku cadang nak amik gambar sunset di tasik ni... so kami pun sewa sampan dengan pemandu sekali... hanya 420 ruppee sahaja untuk 2 orang dan lebih kurang 1 jam kami akan mengelilingi tasik ini... memang best!! Cuaca agak kurang menarik ketika kami bersampan so plan untuk ambil gambar sunset pun meleset....
Memang menarik di Pokhara ni... banyak tempat yang korang boleh lawat di sini sebenarnya... Makan malam kami pada hari ni adalah di Lazeez restaurant. Malam ni Tokki belanja kami ayam tandoori... memang sedap... terima kasih Tokki... nanti di Kathmandu Ganesh dah janji nak belanja pulak...save duit makan....lepas makan kami berjalan lagi sambil menikmati suasana malam terakhir di sini dan balik ke hotel untuk berkemas....sebab pagi esok lepas breakfast kami akan kembali ke Kathmandu....
Lepas makan malam, kami semua balik ke hotel dan tidur dan esok kami pagi-pagi lagi kami akan pulang semula ke Kathmandu dan akan bermalam di sana 1 malam sebelum pulang ke Kuala Lumpur keesokkan harinya... ok badan pun dah letih, aku tidur dulu... Assalamualaikum... -
Klik:
DAY 13 POKHARA - KATHMANDU
Comments
Post a Comment