TRAVEL JOURNAL NEPAL - ANNAPURNA BASE CAMP Day 5 - Ghorepani (2860m) - Poon Hill - Tadapani - Chuile (2060m) (Part 2)

2 March 2014 - Poon Hill - Ghorepani - Tadapani - Chuile ( Part 2 )
So ini entry Part 2 pada hari ke 5 aku dan memer-member lain di Nepal. Lepas turun dari Poon Hill, kami semua bersarapan di Guest House. Aku tak ingat aku order apa pagi tu. Lepas breakfast kami akan trekking semula ke Tadapani dan seterusnya akan ke Chuile. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk sampai ke Chuile dan kami akan bermalam di situ. Tak tau la apa pulak yang kami akan tempuh dalam perjalanan nanti. Mengikut kata Ganesh kami akan melalui jalan bersalji lagi dan akan melalui hutan dan anak-anak sungai, so hati-hati bila jalan atas salji nanti sebab agak licin...

Kami memulakan perjalanan agak lewat hari ni, Dalam pukul 10am kot baru start trekking. Perjalanan dari Ghorepani ke Tadapani memang agak sukar juga sebab 2 jam pertama kami perlu mendaki. memang agak penat lah... tapi sebab hari ni dah hari ke 5 kami trekking, so jantung dan kaki dah boleh terima kot. Sampai Bila dah berjalan hampir 2 jam, mulalah rasa panas dan berpeluh. Buka jacket dan rehat dulu sambil menikmati panorama atas lembah ni.. Dapat aku lihat sayup je Ghorepani Guest House dari sini. dah jauh rupanya kami berjalan.

 Nampak tak rumah-rumah atap biru tu.....2 jam berjalan baru sampai sini...

 View atas sini pun menarik sebenarnya...


Yang bergambar dengan Tokki ni Stephanie dari London. Semasa di Ghorepani kami semua memang dah lama usha minah ni... memang lawa la.. ada wajah-wajah ibu sikit bak kata KF.. puiih KF!!!.. sekali masa kita orang kat Poon Hill tadi aku dan KF ajak Stephanie ni bergambar sekali, tapi dia tak mau... sebab dia kata  kami ni HENSEM sangat...kahkahkah





Mike adalah duta Salomon sebenarnya dan kami hanya model upahan tanpa bayaran..


Lepas berehat hampir 15 minit kami meneruskan perjalanan semula. Saat ni memang meletihkan sebab kami terpaksa mendaki naik, turun, naik semula dan turun semula  hampir 4 jam. masing-masing dah tak bercakap dah masa ni. masing-masing hanya bawa kaki dan badan sahaja. Mental memang dah Totally DOWN!! untuk sampai ke Tadapani kami perlu memanjat tangga yang memang tinggi yang entah yang keberapa kali untuk hari ini. Memang rasa macam nak tercabut kaki rasanya. Tokki, Mike dan Liew releks je dah ke depan...Depa 3 orang ni memang kuat betul. Permandangan semasa perjalanan memang cantik. kami melalui hutan ala-ala cerita Lord Of The Rings. Serius aku tak bohong .Kalau tak percaya korang datang tengok sendiri. 

Aku memang tak amik gambar banyak di sini sebab aku rasa biarlah aku simpan dalam kepala aku sahaja. hahahah..




Dalam perjalanan ke Chuile memang tak banyak gambar yang aku rakam. Sebab badan memang dah tak bermaya untuk keluarkan kamera dari beg, manakala handphone aku sendiri dah kehabisan battery. Semasa sampai ke Guest House di Chuile, salji mula membasahi depan guest house kita orang. memang sentimental..memang tiada apa nak buat malam ni hanya REHAT..dan REHAT..... 




 Hujan salji yang sudah berhenti seakan-akan mengalukan kedatangan kami ke Chuile.... 

to be continue 


Klik : 
DAY 6 CHUILE (2309M) - CHOMRONG - SINUWA (2340M)

Comments