TRAVEL JOURNAL NEPAL - ANNAPURNA BASE CAMP Day 13 Pokhara - Kathmandu

10 March 2014, Good Bye Pokhara....
Hari ke 13 kami di sini, dan pagi ni kami semua akan berangkat ke Kathmandu semula dengan bas. Pada mulanya kami semua plan nak balik ke Kathmandu dengan flight, tapi bila fikirkan balik kos ianya agak mahal sekitar USD120 kami batalkan hasrat untuk itu, dan memilih bas untuk ke Kathmandu. Bukan apa hari tu kami semua fikir mungkin badan dan letih trekking, dan ada baiknya kami jimatkan masa untuk pulang ke Kathmandu dengan flight. Disebabkan kami dah puas berehat 2 malam di Pokhara, so no point la untuk bazirkan duit memilih laluan udara untuk ke Kathmandu. Di Kathmandu nanti kami akan berjumpa semula dengan kawan trekking kami Mr. Balazz sebab kami akan balik ke Kuala Lumpur pada hari yang sama dan flight yang sama dengan dia. 

Lepas breakfast kami semua bersiap untuk ke Pokhara Tourist Bus Park. Bas kami akan bertolak pada pukul 8.30am. Kami akan menempuh perjalanan 8 jam lagi untuk ke Kathmandu. Pada aku perjalanan ke Kathmandu takda la boring sangat sebenarnya, cuma kalau ada masalah macam tayar pancit, eksiden, dan terpaksa menempuh jem itu yang aku boring tu... Sambil menunggu van yang akan bawa kami ke Phokara Tourist Bus Park, kami semua sempat lagi berinternet dengan wifi Hotel United buat minit-minit terakhir. Masing-masing sibuk dengan handphone. Huh!!









Ramai orang di sekitar Tourist Bus Park di Pokhara pagi ni. masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Kami menaiki bas yang sama masa hendak ke Pokhara tempoh hari... Ok lah, bas pun selesa, seat pun tak da masalah. Harap-harap perjalanan kami semua nya selamat dan di permudahkan. Takda apa yang aku nak cerita tentang perjalanan pulang ke Kathmandu ni sebab aku dah ceritakan dalam entry yang lepas. So kami hanya melayan perasaan dan mengenang kembali kenangan yang kami lalui sepanjang travel ke sini. Masing-masing ada yang tidur. Kami akan berhenti lunch pada pukul 12.30pm nanti.


Kami di jangka akan sampai di Kathmandu pada pukul 4pm. dalam perjalanan aku hanya banyak habiskan masa dengan tidur sahaja. Tau-tau dah sampai untuk berhenti makan, dan celik-celik dah sampai Kathmandu. Sampai Kathmandu Ganesh uruskan kereta sewa/teksi untuk ke hotel Blue Diamond. Nice ada wifi, bilik pun cantik. Kalau korang nak booking boleh masuk link ni. Di Hotel ni kami jumpa dengan Mr.Balazz. So how your trip mate!?? hahaha















Lepas letak beg kat bilik dan mandi aku dan KF jalan-jalan di sekitar sini sementara menunggu makan malam yang akan di sponsor oleh Ganesh seperti yang di janjikan.. hahaha. Plan kami nak makan malam di Anatolia Restaurant, tapi sebab masing-masing dah terbayang-bayang kari kambing di Al Madina Restaurant yang kami makan tempoh hari memang 5 Star!!, so kami decide makan di Al Madina Sahaja. Lagipun lagi murah dari Anatolia Restaurant.





Lepas makan terus balik hotel dan lepak sambil berborak borak di ruang lobby. Guna wifi sampai lebam, dan lepas tu masuk bilik dan tidur. Esok pukul 2.30pm kami akan terbang semula ke Kuala Lumpur. Dalam hati esok pagi sempat lagi kalau nak ronda-ronda di Khatmandu ni... Meby untuk ke Durbar Square pulak. Ok beb aku tidur dulu.. Nanti aku sambung balik ....-

Klik:
DAY 14 KATHMANDU - KUALA LUMPUR ( FINAL CHAPTER )

Comments