TRAVEL JOURNAL NEPAL - ANNAPURNA BASE CAMP Day 8 - Deurali - Machhapuchhre Base Camp ( MBC ) 3700m - Annapurana Base Camp ( ABC ) 4130m

5 March 2014 , Deurali - MBC - ABC     The BIG Day !!!

Yup hari ni hari ke 8 kami di Nepal.. malam tadi aku rasa pening yang amat sangat. Kepala berdenyut dan terasa sedikit sakit pada pergelangan kaki aku. Sejuk tak yah cakap la, memang sejuk pagi ni. Aku cuba kuatkan semangat dan cuba bertenang agar aku dapat buang rasa sakit dan moral yang down ni jauh jauh dari kepala. Lepas breakfast pagi tu, Ganesh minta kami berkumpul untuk taklimat ringkas berkenaan perjalanan kami pagi ni.

Semasa breakfast tadi kami ada berbual dengan seorang wanita lewat 60an dari England yang akan turut ke ABC... wow... aku kagum betul dengan dia... gila punya orang tua dalam hati aku. Mahfis cakap dia ni la yang sound depa malam tadi sebab depa buat bising malam tadi dalam bilik.... "Quite Please!!!! You are not alone here"!!! Dalam slang UK... hahahaha padan muka kou Mahfis ... sapa suruh buat bising kan...Rupanya wanita ni datang sini bagi menggamit memori bersama mendiang suami dia 30 tahun yang lepas. Rupanya mereka pernah kesini 30 tahun yang lepas... Mike tanya kenapa dia datang seorang? Wanita tu jawab semua anak-anak dia busy.... so dia decide datang sini bersama seorang porter sahaja....  Aku  suka dengar cerita wanita ini....

Ok ok kita lupakan cerita wanita dari UK tadi... sekarang fokus pada apa yang Ganesh nak terangkan pulak. "Ok congratulation guys!!! U have been here !!! So today is the big day for us"... "hope all of you are fine and health to continue your mission"..... wah macam best pulak bila Ganesh cakap macam tu... "so today is a hard day". "We will cross along the mountain and river". "Hope all of you will walk together because we got many avalanche here.. so i need you all together can follow me as well". Our trekk will be take 2 hours to MBC and then 2 hours more to ABC"... "after lunch at ABC, we going back to Deurali.. So i hope we will complete this journey as well as we can..." lebih kurang macam ni lah yang Ganesh cakap... kalau Grammar aku failed aku mohon maaf ok.....ermmmm

Bila dengar je penerangan ringkas dari Ganesh tadi hati aku terus berdebar.... ini lah masanya ... ini lah klimaksnya dan inilah keinzhalannya perjalanan ini.. ayuh kita teruskan.... ayuh kita harumkan nama kita di ABC nanti.... dalam fikiran aku, boleh ke aku buat ni??? Masih ada sedikit samar samar dalam diri aku tentang kemampuan aku sebenarnya....ermmm tak cuba aku tak tau kan...

Lepas taklimat ringkas tersebut kami bersiap dan berkemas apa yang perlu sahaja. Kami tak perlu bawa beg yang besar sebab kami akan kembali semula ke Deurali. Hanya snack dan coklat sahaja yang kami bawa. Lebih kurang pukul 8.30am kami mulakan langkah....





Allahuakbar.... sejuknya masa ni... hampir mencecah -8'c. Hanya tuhan sahaja yang tahu. Kami berjalan seiring dan hanya mengikut laluan trek yang dilalui oleh Ganesh dan porter kami sahaja. Sebab jika tersalah langkah kami boleh termasuk dalam salji setebal patas lutut kami...










Subhannallah... kiri kanan kami semuanya gunung. Cantik betul permandangan di sini. Apa yang aku lihat dalam tv dan di internet semuanya berada di depan mata... suasana memang sunyi hanya boleh dengar bunyi angin dan bunyi air sungai yang mengalir deras semasa dalam perjalanan kami....  sesekali boleh dengar bunyi gema apabila kami bercakap dan ketawa... aku harap korang boleh bayangkan apa yang aku tulis ni.... Ganesh sentiasa mengingatkan pada kami semua "be carefull arr"... trekk ni agak licin dan berbahaya.. so kami perlu berhati hati semasa melangkah.. berjalan atas salji tak semudah berjalan di jalan raya... pergerakkan kita akan lambat dan perlu berwaspada.

Hampir 30 minit berjalan kami berhenti rehat sekejap di sebuah tempat yang lapang. Masa ni lah peluang nak ambil gambar.. memang cantik sungguh di sini... Memang Allah itu maha adil...walaupun Nepal sebuah negara yang tidak maju dan moden tetapi Allah kurniakan tempat yang cantik begini pada mereka.... perasaan aku memang teruja dan gembira bila sampai disini. Tak sangka aku boleh berdiri disini dengan izin nya... Alhamdullilah.....



Semasa dalam perjalanan aku semakin sukar untuk bernafas sebab di ketinggian ini, udara semakin nipis dan akan membuatkan kita tercungap cungap untuk bernafas... aku cuba kawal pernafasan aku dan kurangkan bercakap. Mike, Tokki dan Liew semakin jauh didepan... hanya aku, KF, zahril dan Mahfis serta porter kami bersama kami.... langkah semakin perlahan bila time mendaki... macam kerbau pulak aku rasa nafas aku masa ni...



Setelah hampir 1 jam berjalan kami berhenti lagi. Kali ini Ganesh terangkan pada kami inilah tempat yang selalunya berlaku salji runtuh...nampak ketulan-ketulan ais tu?? itu kalau jatuh atas kepala memang tak tau nak cakap dah...Kami melintasi kawasan runtuhan salji itu dengan berhati-hati... 





Sampai sahaja satu kawasan lapang yang agak tinggi kami semua tanya Ganesh. Ganesh boleh tak kami meluncur di sini??? Yup sure... ok apa lagi kami macam budak kecil terus letak beg dan mendaki naik dan terus meluncur .... hahahahaha... memang best lah....  lepas sorang sorang meluncur ke bawah.... ini memang best beb... rugi kalau dah sampai sini tak main luncur macam ni kan.....




Cuaca agak baik pada hari ni...semasa dalam perjalanan aku cuba mengambil gambar agar satu moment pun tak terlepas. Rugi kalau sampai sini tak ambil gambar. This is Himalaya beb.... cuba try google tengok.. bukan Banjaran Titiwangsa ok.. hahahaha. Setelah hampir 2 jam berjalan, kesukaran bernafas semakin kuat aku rasa. Lelah sungguh nak bernafas ketika ini. risau aku kalau terkena AMS. Ganesh cuba tenangkan aku dan berhenti dahulu buat seketika untuk berehat dan ambil nafas. KF masih bersama aku ketika ini. Masa ni perasaan untuk berputus asa memang tinggi. Tapi sebab kawan-kawan aku gagahkan semula semangat aku ketika ini untuk sampai ke MBC. dalam hati aku kata, sampai MBC pun dah kira satu kejayaan pada aku. ABC hanya menjadi angan-angan sahaja lah aku rasa ketika ini. So aku bangkit dan terus berusaha untuk ke MBC. Hampir 20minit sahaja lagi untuk sampai ke MBC. 



Hampir pukul 11am aku selamat tiba di MBC di ketinggian 3700m. Alhamdullilah akhirnya aku sampai juga disini. Aku sendiri pun tak sangka aku boleh sampai juga di MBC. Panaroma di MBC memang cantik sebab Base Camp ini terletak di tengah-tengah lengkungan Banjaran Himalaya. Dari sini kita boleh lihat Fish Tail Mountain Annapurna Mountain, dan macam macam lagi dengan lebih dekat. Di sini memang terik. pastikan anda pakai cermin mata gelap bila berada di ketinggian ini. Sampai sahaja di MBC aku termenung dan tak tau nak buat apa. Kesihatan aku pun tak berapa nak ok sebenarnya. menggeletar seluruh badan aku rasa masa ni. Tapi aku buat-buat tak tahu sahaja sebab taknak kawan-kawan lain risaukan aku. Di MBC aku tulis nama isteri dan anak-anak aku yang selama ini banyak mendorong dan memberi semangat pada aku untuk sampai di sini. 





















Gunung yang di tengah tu "Annapurna South" Annapurna Base Camp terletak di belakang gunung itu

Kami berehat di MBC hampir 1 jam.. Dan masa tu Ganesh ada cakap siapa- siapa yang rasa boleh teruskan ke ABC boleh bersiap. Alamak inilah keputusan yang paling sukar aku buat ketika ini. Boleh ke tak boleh ni?? hati berbelah bagi. Memang 2 jam lepas sangat azab dan sukar aku lalui, inikan pula 2 jam yang berikutnya... So aku suruh Mike periksa oksigen level dan degupan jantung aku. Oksigen level aku semakin menurun dan Mike nasihatkan aku supaya aku stay sahaja di MBC, sebab mereka risau kalau apa-apa terjadi di atas sana nanti. Alahai.... perasaan aku terus down bila Mike cakap macam tu. Dalam fikiran aku apa susah, mereka boleh rescue kan... Tapi setelah hampir 15minit aku berbincang dengan kawan-kawan terutamanya KF dan Ganesh, aku decide untuk tidak ke ABC. Bukan apa aku risau kalau aku menyusahkan kawan-kawan lain nanti. Takpa lah, perjalanan aku cukuplah sampai disini sahaja. So aku bagitau Ganesh yang aku tidak ikut untuk ABC..... sedih beb, memang kecewa saat ni aku rasa.... hampir 8 hari aku trekking untuk sampai kesini tapi hanya 2 jam berikutnya sahaja aku tak dapat sampai ke ABC. bayangkan macam mana perasaan aku ketika ini..Kecewa yang amat sangat. Mungkin ada hikmah nya yang aku tak tau. So Ganesh tinggalkan aku dengan seorang porter , Raju yang temankan aku disini. Bila nampak sign board "ABC this way" perasaan aku terus sedih beb.......Aku hanya melihat member-member lain berjalan dan semakin hilang dari pandangan..... Good Luck Guys!!!! aku nak dengar cerita korang nanti .....


Masa ni dah hampir pukul 12.30pm kot.. so tinggal aku dan Raju sahaja di MBC, aku order makan tengah hari, apple pai dan jus oren. Hari ni nak makan benda-benda yang manis sahaja sebab tekak dan mulut memang kelat rasanya time ni. Tinggallah aku seorang lunch sambil menikmati panorama di sini. Si Raju ntah kat mana tah time ni... mengular la tu bila bosnya si Ganesh takda... ekekeke... So perasaan kecewa aku masa ni dah hilang sedikit demi sedikit. Takpa lah... ada rezeki dan keupayaan Insyaallah aku datang lagi..... Mamat depan aku ni pekerja di base camp ni. Aku tak ingat nama dia , dari Pokhara... sudah 6 bulan dia MBC... hujung bulan March ni dia akan bercuti 3 minggu dan balik kampung. Pergghhh 6 bulan duduk atas ni... Speaking Eng mamat ni memang tip top beb!!! aku sendiri pun kadang-kadang gagap-gagap nak berbual dengan dia... huh


Lepas makan cuaca tiba-tiba mendung... Raju cakap, sekejap lagi kita turun ke Deurali sebab mungkin ribut salji akan turun ... alamak .. bahaya ke Raju?? kalau kita cepat sampai di Deurali, takda masalah Raju cakap. So lepas makan aku terus bersiap la nak bergerak... buat sedikit regangan dan spray dulu kaki aku yang memang lenguh ni dan  terus bergerak meninggalkan MBC. Dapat aku lihat dari sini trek ke ABC semakin hilang dari pandangan akibat kabus tebal... Macam mana la member-member aku yang lain kat sana tu... semoga Allah permudahkan urusan kalian sahabat...


Bila toleh ke belakang kabus tebal mula menyelubungi kawasan gunung, memang kena cepat ni takut lagi susah perjalanan aku nanti.. Raju menjadi pemandu  arah aku semasa berjalan. Semasa dalam perjalanan turun, aku dapat lihat beberapa orang trekker yang ingin naik ke MBC. perghhh.... orang nak turun ko pulak nak naik dalam hati aku.... 




Kawasan laluan yang aku lalui tadi semakin sukar di lihat... memang berkabus teruk... Aku tanya Raju, agaknya macam mana di ABC waktu ini.. Ribut salji !!! itu yang Raju cakap pada aku... Aku hanya terfikir macam mana la agaknya andaikata aku ikut member-member lain tadi naik ke ABC.. huhu diorang takpa lah boleh berlari, aku pulak, memang terkedek-kedek la nak berjalan... huhu.. mungkin itu salah satu hikmah yang Allah beri pada aku agaknya.... Syukur.... Aku dan Raju berapa kali tergolek semasa turun ke sini.. 

Trek licin, penglihatan pulak terbatas... so kena hati-hati... Tengah berjalan aku nampak ada seorang trekker di belakang aku... Laju betul dia berjalan... Hello... dia tegur aku sambil tercungap-cungap....Mamat ini baru turun dari ABC dan dia dari Belgium... dia trekker solo... memang laju dia ni sebab masa aku mula bergerak dari MBC tadi memang aku tak nampak pun dia ni... huh... so dia terus bergerak meninggalkan aku dan Raju....setelah hampir tiba di Deurali salji mula turun.... 

Hampir pukul 3.30pm aku dan Raju sampai di Deurali,dan aku terus masuk ke ruang makan di guest house... Alamak kunci bilik pada KF la pulak.... aduh stoking aku basah ni.... huhuh.. so aku tunggulah situ bersama beberapa orang trekker lain yang agaknya baru sampai ke sini tengah hari tadi.... Sejuknya...................

Semasa menunggu member-member lain sampai, aku berkenalan dengan 2 orang trekker dari Beijing China Andrew dan Lee, mereka student University yang tengah cuti semester.mereka akan ke ABC esok. aku ceritalah pengalaman aku masa on the way ke MBC dan kenapa aku tak sampai ke ABC. So diorang harap mereka akan sampai ke ABC esok. kami berbual tentang negara masing-masing, dan mereka tidak pernah ke Kuala Lumpur, Aku sendiri pun tak pernah ke China. Aku banyak cerita pasal badminton sebenarnya...hahaha.. Diorang memang anti dengan Lee Chong Wei kalau korang nak tau... hahahaha...Sambil bertukar-tukar camera membelek gambar masing-masing, kami terus bersembang tanpa sedar yang jam sudah menunujukkan pukul 5pm. Manalah member-memer lain tak sampai-sampai ni... huhuhu. Lebih kurang pukul 6.30pm kot barulah mereka tiba di Deurali...masa ni salji mula turun agak lebat... mereka semua bergegas masuk di ruang makan dan terus order air panas. Tahniah semua !!!!

Aku memang tak sabar nak dengar cerita dari mereka, tapi biarlah dulu, biarlah mereka berehat dulu... nanti aku cerita pengalaman mereka di ABC di entry yang akan datang... So disini sahaja yang aku mampu buat, walaupun aku tak sampai ke ABC, aku boleh bangga juga dengan kemampuan aku untuk sampai ke MBC dan tiada siapa boleh rampas itu dari aku melainkan Allah... ingat senang ke nak sampai ke sini??? .. huh... apa-apa pun aku ucap terima kasih pada member-member aku yang banyak mendorong dan memberi semangat pada aku di sini.... Thanks A lot Guys!!!! -

Klik:
DAY 9 DEURALI - HIMALAYA -DOVAN -BAMBOO -SINUWA - CHOMRONG



Comments

  1. saya rasa terharu dan teruja sungguh dengan pengalaman saudara...mungkin suatu hari nanti kita boleh ke abc tu bersama...insyAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahhh... poyo la rin... hari tu den ajak... ekou kato xmau la... sojuk la... apo la .... puihh

      Delete

Post a Comment