TRAVEL JOURNAL NEPAL - ANNAPURNA BASE CAMP Day 14 Kathmandu - Kuala Lumpur ( Final Chapter )
11 March 2014, Kami masih di Kathmandu dan pagi ni aku plan nak jalan-jalan di sekitar Thamel Road, dan kalau ada masa aku nak ke Durbar Square untuk ambil gambar. Lepas breakfast kami terus berpecah dengan haluan masing-masing. Ada yang nak cari barang, ada yang nak jalan-jalan sahaja, ada yang nak pergi makan, tapi apa-apa pun kami kena berkumpul semula di lobby hotel pada pukul 12.30 pm untuk ke Airport. Memang kena gerak awal sebab takut jalan jem. Huh, Kathmandu pun jem wei, bukan di KL sahaja.
Aku dengan KF jalan-jalan di sekitar Thamel Road buat kali yang terakhir, menikmati suasana pagi yang hampir sibuk. Terdapat banyak lagi kedai yang belum dibuka waktu ini. So kami hanya ronda-ronda sahaja dan melihat gelagat penduduk di Kathmandu ini. Jam baru menunjukkan pukul 8am, Aku dah janji dengan Balazz, untuk jumpa dia nanti pada pukul 10am di restauran Kathmandu Kitchen tempat dimana dia selalu pekena "Dhal Bhat" semasa dia berada di Kathmandu. Kebetulan Sepupu Ganesh merupakan pekerja di situ, tapi untuk pengetahuan korang, restauran ni bukan makanan halal. Aku hanya ingin minum kopi bersama Balazz sahaja sebenarnya. Balazz memang suka makan Dhal Bhat. Hampir setiap hari dia makan Dhal Bhat. Entah apa yang sedapnya pun aku tak tahu. Huh suruh makan sambal tempe yang aku dan KF bawa masa trekking hari tu, dia tak suka pulak. So ini link Kathmandu Kitchen tu :
Lepas jalan-jalan di Thamel, aku ingat nak ke Durbar Square pulak. Ialah rugi kalau datang sini tak ke Durbar Square. Banyak kuil dan bangunan unik yang kita boleh lihat di sana kalau tak silap aku. Aku plan nak naik beca je ke sana. Lebih kurang 30minit je rasanya . Tapi planning tu meleset sebab aku risau kalau-kalau aku tak cukup masa sebenarnya. Lagipun aku dah janji dengan Balazz nak minum sama. Ermmm.. last-last aku dan KF tak jadi nak kesana. Rugi betul. So aku dengan KF tunggu Balazz di Kathmandu Kitchen je. Lagipun Mike dan Liew pun nak kesana untuk lunch. Masa di Kathmandu Kitchen kami berbual panjang dengan Balazz, Lepas sampai di KL nanti dia akan meneruskan travel ke Japan pulak. Lepas Japan dia akan ke Thailand. Huh mat salleh memang style diorang macam ni la. Travel memang satu hobby pada mereka. Aku pernah tanya Balazz, berapa banyak dia bawa duit untuk travel selama 2 bulan ni? ermm hampir USD10,000.. wow banyak duit mamat ni. Tengah lepak Tokki, Mike, Liew, Mahfis dan Zahril pun sampai.
Lepas lunch, kami semua balik ke hotel dan bersiap untuk berangkat ke airport. Alahai... nak balik dah. banyak kenangan yang kami tinggalkan di sini. Rasa gembira pun ada sebab nak balik jumpa anak bini la oii..
sebelum berangkat ke Airport, aku minta kawan-kawan tulis sepatah dua kata dalam buku travel journal yang aku bawa. Balazz kagum sebab aku ada buku travel journal yang cantik katanya.. Tapi sekali dia buka kosong jer travel journal aku... hahahaha.. aku hanya menulis 2 hari je, masuk hari ke 3, dah malas...Takda masa nak menulis.
Van yang akan pickup kami ke airport dah sampai, dan kami semua bergerak ke airport. Sampai sahaja di airport kami semua diberi selendang bewarna krim oleh Ganesh dan diikat di leher tanda selamat tinggal dan selamat jalan. Agak sedih juga waktu itu masa Ganesh cakap dia memang enjoy dengan kami semua semasa trip ke ABC, dan dia harap persahabatan kami semua dengan dia tidak berakhir di situ. sampaikan salam saya buat keluarga anda nanti ok... Oh ya jika anda di terminal airport ada beberapa orang nampak macam sukarela nak membantu yang memakai vest macam pekerja di situ yang akan ambilkan trolly dan akan bawakan beg anda ke dalam airport, rupa-rupanya mereka nak kan duit duit dari anda. Tau je kita dari Malaysia terus mintak RM20 setiap orang dari kami. Huh.. tadak tadak.... ingatkan memang kerja diorang nak tolong kita tapi rupanya nak pau kita pulak... Sebab diorang dah tolong angkatkan beg dan bawa trolliy kitaorang, kami hanya bagi RM30 sahaja. Pandai-pandailah korang kongsi nanti. huh.
Suasana di Tribhuvan International Airport agak kelam kabut juga. Ramai betul manusia yang ingin kedestinasi masing-masing. Tidak dinafikan pemeriksaan Emmigration di sini agak slow dan kurang effisyen, so korang kena banyak bersabar. Tapi tak perlu risau sebab flight kami masih lambat lagi. sempat la kalau nak terberak ke, makan ke , hisap rokok dulu ke.
Kami menaiki pesawat dan berlepas ke Kuala Lumpur pukul 3.30pm dan kami dijangka tiba di LCCT Kuala Lumpur pukul 10.15pm waktu Malaysia. Harap-harap perjalanan pulang kami selamat dan di permudahkan. Selamat tinggal Ganesh dan crew, selamat tinggal Nepal dan Selamat tinggal kenangan... Dalam pesawat aku hanya layan kepala sambil mengingati semula memori selama 2 minggu kami di bumi Nepal. Entah bila lagi aku nak merasai pengalaman seperti ini lagi aku sendiri pun tak tahu. Terima kasih sekali lagi aku ucapkan pada kawan-kawan yang banyak membantu dan memberi sokongan moral semasa 14 hari kita bersama. Terima kasih juga buat Ganesh dan crew yang banyak membantu dan mempermudahkan lagi ekspidisi ini. Kalian memang AWESOME dan TERBAEEKKK !! tapi sayang cerita di blog ini berbahasa Melayu, kalau tak, korang dapat membaca cerita aku ini. next time aku try tulis dalam English. So akhir sekali kalau ada sesiapa yang ingin ke Nepal untuk trekking dan perlukan service guide atau porter, aku cadangkan korang hubungi Ganesh untuk maklumat lanjut. Aku boleh bagi 5 BINTANG berkenaan service mereka!! Add Ganesh dan page company beliau di Facebook di link yang aku beri dibawah:
Terima kasih sekali lagi kepada wife aku dan family yang banyak bagi support pada aku selama ini. Pada kawan-kawan sekerja dan pembaca blog ini terima kasih aku ucapkan kerana sudi singgah di Blog aku yang tak seberapa ini. Semoga maklumat dan pengalaman yang aku cerita disini boleh memberi manfaat pada semua.... Assalamualaikum....
Comments
Post a Comment