TRAVEL JOURNAL NEPAL - ANNAPURNA BASE CAMP Day 9 Deurali - Himalaya -Dovan -Bamboo -Sinuwa - Chomrong
6 March 2014 Deurali - Himalaya -Dovan -Bamboo -Sinuwa - Chomrong
Tiada apa yang aku nak cerita semasa trek menurun ni sebab aku dah ceritakan dalam entry yang lepas semasa kami hendak kesini 2 hari lepas. So perjalanan kami banyak menikmati panorama di sekeliling kami sahaja. Bila menoleh kebelakang memang tak sangka kita boleh panjat bukit ni , lalu trek ni 2 hari lepas... memang seksa ooo.... perjalanan kami mengambil masa hampir 3 jam untuk sampai ke Bamboo dan kami teruskan perjalanan ke Sinuwa tempat di mana kami bermalam tempoh hari untuk lunch.
Selepas sahaja lunch kami semua meneruskan perjalanan ke Chomrong. Sepanjang perjalanan ke Chomrong ianya tidak lah begitu sukar pada awalnya sebab dari Sinuwa atas tempat kami lunch tadi untuk ke Sinuwa bawah, kami hanya menuruni lereng bukit dan tangga sahaja. Tetapi bila tiba di Sinuwa bawah untuk ke Chomrong kami terpaksa mendaki semula selama hampir 1jam setengah untuk sampai ke guest house untuk kami bermalam. Sepanjang perjalanan aku sempat mengambil beberapa gambar di kawasan sekitar. Pada aku Chomrong merupakan penempatan penduduk yang agak cantik untuk di rakam dimana aku terlepas untuk mengambil gambar semasa perjalanan datang ke sini tempoh hari.
Alhamdullilah lebih kurang pukul 5pm kami semua sampai di Chomrong. Kali ini kami bermalam Panorama point guest house. Penat gila... tapi yang sempoinya sampai je dalam bilik, buka pili air ada hot shower... Yahhhooooo macam budak kecik dapat gula-gula rasanya time tu. Akhirnya setelah sekian lama tak mandi, dapat juga kami mandi dan membersihkan segala daki yang melekat kat badan ni... Free lak tu.. itu yang bagusnya. Segar je rasa bila air panas mengalir di badan. Lepas mandi kami lepak di luar dan menikmati panorama di sini. perghhhh memang jauh oo kami dah berjalan untuk sampai kesini. Lutut si KF sedang di rawat oleh Doctor Mike ketika ini.
Malam tu kami semua lepak dalam ruang makan di guest house. Pergghhh ada pulak wifi. 100 rupee seorang untuk sampai esok pagi. aku masih ingat lagi password nya " Coca Cola" hahaha. memang malam tu semua duk sibuk belek telephone masing-masing la... sampai jadi jem la phone masing-masing sebab banyak sangat msg, chat, masuk.. beribu-ribu... huh. masing-masing senyum sendiri bila leka duk belek phone masing-masing... huhu.. memang manis kalau ingat balik time ni. Masa ni aku ada buat video call dengan wife dan anak-anak aku untuk bertanya khabar.... rindu betul aku pada mereka.. So lepas puas belek phone kami semua masuk bilik dan tidur. Esok perjalanan kami adalah untuk ke Jhinu ( hot spring ) dan kalau sempat akan teruskan ke Syauli Bazar. ok jumpa nanti di entry akan datang..... good nite ... -
Klik :
DAY 10 CHOMRONG - JHINU ( HOT SPRING ) - KYUMI - SHYUMI - SYAULI BAZAR - NAYAPUL
Hari ni hari ke 9 pengembaraan kami di Nepal. Hari ni tiba masa kami kembali semula ke Sinuwa selepas menamatkan misi ke ABC oleh member-member semua. Macam yang aku cerita dalam entry yang lepas, aku hanya sampai di MBC sahaja. Tapi takpa ada cerita yang boleh aku kongsi disini berkenaan pengalaman member-member lain yang sampai di ABC semalam. Menurut kata KF, semasa mereka hampir sampai di ABC salji turun dengan lebatnya. Kesukaran mereka untuk berjalan agak memenatkan. Penglihatan yang agak terbatas menyukarkan lagi pergerakan mereka dimana mereka terpaksa meredah salji yang tebal. Sampai sahaja di sign board Annapurna base camp mereka terpaksa mengambil gambar kenangan disitu dengan pantas dan terus bergerak masuk ke Base camp.
Aku tidak dapat bayangkan bagaimana suasana dalam base camp di sana. Apa yang member-member cerita di sana memang ramai. Terdapat satu group dari korea sedang menjalani pengambaran iklan "The Black Yak" untuk barangan outdoor. Mereka hampir menggunakan separuh ruang di base camp tersebut untuk pengambaran tersebut. Ermmmm syok juga tengok orang tengah shooting ni... ruginya aku tak sampai disini...
Semua member-member lunch di ABC.. Lepas lunch sambil menunggu cuaca kembali reda mereka semua terus melawat di sekitar kawasan base camp tersebut. Menurut kata KF view di sekitar ABC agak berkabus. Mereka semua tak dapat menikmati view gunung disitu untuk memgambil gambar.... memang agak kecewa juga seperti yang diceritakan oleh KF. mereka hanya banyak habiskan masa di dalam base camp sahaja. Angan -angan untuk bergambar sambil berbaju melayu hanya tinggal angan-angan sahaja... ermmmm.... member-member terus menggantung jalur gemilang yang tertulis nama kami semua di ABC... Thanks beb sebab korang tak lupa tulis nama aku sekali....walaupun aku tiada di situ tapi semangat aku ada bersama kalian... hahahaha
Selepas hampir 2 jam di atas sana mereka terus bergerak turun semula.... apa-apa pun tahniah sekali lagi aku ucapkan kepada korang semua kerana akhirnya sampai juga di ABC. So disini aku nak kongsi gambar -gambar mereka semasa di ABC. Waktu terbaik untuk ke ABC sebenarnya adalah penghujung March hingga May. Kerana cuaca ketika itu agak cerah dan terang seperti yang dikatakan oleh Ganesh. Tapi mungkin perbelanjaan di sini akan lebih mahal sikit berbanding waktu kami pergi kesini. Semasa peak season ramai pelancong dan trekker akan Nepal, so pasti lebih mahal...
Pagi ni kami akan bergerak turun dari Deurali dan akan bermalam di Chomrong semula. Dalam perjalan turun ke Sinuwa memang tiada banyak masalah yang aku hadapi. Sebab trek menurun tak memerlukan tenaga yang banyak sebenarnya. Tapi bagi KF memang agak sukar sikit la sebab lutut dia ada masalah sikit bila trek menurun ni.
Tiada apa yang aku nak cerita semasa trek menurun ni sebab aku dah ceritakan dalam entry yang lepas semasa kami hendak kesini 2 hari lepas. So perjalanan kami banyak menikmati panorama di sekeliling kami sahaja. Bila menoleh kebelakang memang tak sangka kita boleh panjat bukit ni , lalu trek ni 2 hari lepas... memang seksa ooo.... perjalanan kami mengambil masa hampir 3 jam untuk sampai ke Bamboo dan kami teruskan perjalanan ke Sinuwa tempat di mana kami bermalam tempoh hari untuk lunch.
Selepas sahaja lunch kami semua meneruskan perjalanan ke Chomrong. Sepanjang perjalanan ke Chomrong ianya tidak lah begitu sukar pada awalnya sebab dari Sinuwa atas tempat kami lunch tadi untuk ke Sinuwa bawah, kami hanya menuruni lereng bukit dan tangga sahaja. Tetapi bila tiba di Sinuwa bawah untuk ke Chomrong kami terpaksa mendaki semula selama hampir 1jam setengah untuk sampai ke guest house untuk kami bermalam. Sepanjang perjalanan aku sempat mengambil beberapa gambar di kawasan sekitar. Pada aku Chomrong merupakan penempatan penduduk yang agak cantik untuk di rakam dimana aku terlepas untuk mengambil gambar semasa perjalanan datang ke sini tempoh hari.
Alhamdullilah lebih kurang pukul 5pm kami semua sampai di Chomrong. Kali ini kami bermalam Panorama point guest house. Penat gila... tapi yang sempoinya sampai je dalam bilik, buka pili air ada hot shower... Yahhhooooo macam budak kecik dapat gula-gula rasanya time tu. Akhirnya setelah sekian lama tak mandi, dapat juga kami mandi dan membersihkan segala daki yang melekat kat badan ni... Free lak tu.. itu yang bagusnya. Segar je rasa bila air panas mengalir di badan. Lepas mandi kami lepak di luar dan menikmati panorama di sini. perghhhh memang jauh oo kami dah berjalan untuk sampai kesini. Lutut si KF sedang di rawat oleh Doctor Mike ketika ini.
Malam tu kami semua lepak dalam ruang makan di guest house. Pergghhh ada pulak wifi. 100 rupee seorang untuk sampai esok pagi. aku masih ingat lagi password nya " Coca Cola" hahaha. memang malam tu semua duk sibuk belek telephone masing-masing la... sampai jadi jem la phone masing-masing sebab banyak sangat msg, chat, masuk.. beribu-ribu... huh. masing-masing senyum sendiri bila leka duk belek phone masing-masing... huhu.. memang manis kalau ingat balik time ni. Masa ni aku ada buat video call dengan wife dan anak-anak aku untuk bertanya khabar.... rindu betul aku pada mereka.. So lepas puas belek phone kami semua masuk bilik dan tidur. Esok perjalanan kami adalah untuk ke Jhinu ( hot spring ) dan kalau sempat akan teruskan ke Syauli Bazar. ok jumpa nanti di entry akan datang..... good nite ... -
Klik :
DAY 10 CHOMRONG - JHINU ( HOT SPRING ) - KYUMI - SHYUMI - SYAULI BAZAR - NAYAPUL
Comments
Post a Comment