TRAVEL JOURNAL NEPAL - ANNAPURNA BASE CAMP Day 7 -Sinuwa (2340m) -Bamboo - Dovan - Himalaya - Deurali (3230m)

4 March 2014 Sinuwa -Bamboo - Dovan - Himalaya - Deurali

Hari ni hari ke 7 kami trek, macam biasa aku bangun awal dari biasa hari ni sebab rasa macam dah lama aku tidur malam tadi. Aku terus ke toilet untuk basuh muka dan gosok gigi... mandi ? Memang tak la.... cuaca agak berkabus teruk pagi ni... lepas siap kemas barang-barang aku ke ruang makan sambil layan perasaan dan duduk terfikir apa yang aku dah lalui selama seminggu di Nepal.. memang aku sendiri tak sangka aku dah berjalan sejauh ni. Member-member lain dah bangun dan sedang bersiap. Hari ni perjalanan kami memang jauh, mungkin akan mengambil masa 8 jam untuk sampai ke Deurali.



Kalau ikut dalam plan asal aku , aku dan KF nak bermalam di Himalaya sahaja. Dan dari Himalaya akan terus bergerak ke MBC dan bermalam disitu. Manakala esok pagi nya akan ke ABC. Tapi sebab suara majoriti memilih untuk bermalam di Deurali , dan keesokkan paginya terus ke ABC aku tak boleh nak buat apa dah... Member-membet lain risau kalau kami tak cukup masa sebenarnya dan mereka kalau boleh nak elak bermalam di MBC sebab disana terlampau sejuk dan itu aku tak nafikan. Tapi pada aku kami mempunyai banyak masa sebenarnya... sebab planning ni bukannya baru 2 hari aku buat beb, tapi dah hampir setahun beb... so nak tak nak aku ikut jugalah suara demokrasi. Bila trek dalam group ni kita kena bersatu dan ikut suara majoriti sebabnya kita bukan datang solo kan.....


Lepas breakfast roti bakar dan 2 biji telur separuh masak, aku melakukan sedikit regangan sebelum berjalan. Macam biasa aku dan KF akan memulakan perjalanan 15 minit lebih awal dari member-member lain. Ahh sekejap je depa akan potong aku nanti....




Perjalanan dari Sinuwa ke Bamboo mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah kalau ikut kata Ganesh la... Tapi pada aku mau 2 jam kot. Semasa dalam perjalanan ke Bamboo kami hanya melalui lereng dan lembah bukit yang tidaklah terlalu susah. Anda boleh lihat terdapat banyak pokok buluh dikawasan ini. Ramai juga trekker lain yang kami jumpa semasa dalam perjalanan ada yang turut ke Bamboo dan ada yang baru turun dari ABC. So anda tak perlu risau kebarangkalian untuk sesat disini... memang sentiasa ada orang yang lalu lalang di sini. Kedengaran juga bunyi helikopter yang terbang semasa kami berjalan.ini la kot heli yang akan rescue mana-mana trekker yang cedera atau sakit kot dalam fikiran aku. So aku tak perlu risau andaikata aku mengalami kecederaan atau sakit semasa trekking nanti sebab aku dan KF ada travel insurans dan Ganesh juga ada cakap mereka akan rescue dengan helikopter untuk bawa anda ke Hospital terus tanpa sebarang bayaran jika anda memiliki ttavel insurans. So pastikan anda ada travel insurans jika anda ingin trekking di sini...









Untuk hilangkan rasa penat semasa berjalan aku, KF, Zahril dan Mahfis menyanyi dan berborak pasal pengalaman lepas selama seminggu kami di sini...macam-macam yang kami bualkan yang penting nak berbual pasal kerja memang tak la.... hahaha. Diam tak diam porter kami yang 3 orang tu dah hampir dengan kami dan dengan selamba je potong kami... huh cepat betul mamat ni berjalan.
Pada aku, aku lebih suka berjalan santai.. layan view, layan perasaan daripada berjalan laju dan ingin cepat sampai. Lagi satu bila kita di tempat tinggi kena waspada dengan simtom AMS ni... Altitud Mountain Sickness memang boleh bawa maut ooo... so korang tak perlu gopoh semasa berjalan... just rileks dan ambil masa ....
Setelah hampir 2 jam kami berjalan kami tiba di Bamboo... Tokki ,Mike, Liew memang orang terawal la sampai... so just lepak dulu 10 minit dan ambil nafas dulu...  lepas ni kami akan ke Dovan Pulak yang mengambil masa 1 jam setengah berjalan.....




Perjalanan diteruskan.... kali ni kami hanya akan menuruni banyak anak tangga. Aku ingat dekat ribu anak tangga kot kami akan turun.. wah ini la masanya aku kena laju sikit... kira bonus la ni... tapi bagi KF lutut dia agak bermasalah sikit bila trek menurun ni... so kena hati hati... terfikir jugak aku nanti wah... ini kalau nak balik nanti nak kena panjat balik tangga ni memang azab la... huh... so aku cuba ikut rentak langkah si KF . ye lah takkan nak tinggalkan dia pulak kan....








Semasa trekking ke Dovan kami berselisih dengan group trekker dari Singapore.. dalam 7 orang kot. Mereka yang tegur kami dulu sebab dorang dengar aku dan KF bersembang.... Assalamualaikum.... u all dari mana? Tanya diorang... Malaysia...aku jawab.. kami dari Singapore... wah... korang dari ABC ke aku tanya... yah kami baru turun dari ABC... So amacam kat sana ? Cuaca? Sejuk beb salji tebal... tapi gerreeekkk siihh... biasalah Singaporean kan... kami pun nak ke sana... ermmm ok beb take care... Assalamualaikum... see ya ... huh azab mereka dah lepas so azab kami pulak.....




Ramai jugalah yang kami jumpa semasa perjalanan ke Dovan. tak bersembang panjang pun atleast kita ucap hello dan namaste pun dah ok kot.... bukan semua yang sudi nak bersembang semasa trekking ni kan... penat beb... hampir 1 jam jalan kami nampak dah bumbung guess house di Dovan. Di Dovan kami berhenti untuk minum kopi dulu... kami akan lunch di Himalaya nanti... 
Alhamdullilah kami dh sampai di Dovan... dapat aku lihat gunung disebelah kanan aku hampir keseluruhanya sudah diselaputi salji... cuaca agak sejuk ketika ini. So rehat dulu sambil minum kopi dan layan view.... Di Dovan juga kami berjumpa semula group Malaysia 4 orang yang kami jumpa di Pokhara tempoh hari dan mereka dalam perjalanan turun dari ABC. Mereka semua sihat Alhamdullilah.....





Setelah hampir 1 jam kami berhenti rehat, perjalanan ke Himalaya kami teruskan.... perjalanan ke Himalaya mengambil masa 2 jam dari Dovan... kami kena climb up and down and climb up again seperti kata Ganesh... so agak susah juga trek ke Himalaya...  dalam hati aku sampai di Himalaya dah boleh lepak dan bermalam dah... tapi sebab kami akan terus ke Deurali  yang akan mengambil masa hampir 2 jam lagi dan trekk ke Deurali 100% mendaki ,tiba-tiba moral aku terus down... Eerrrrkkkk... nak tak nak aku kena teruskan jugak....Semasa dalam perjalanan ke Himalaya cuaca memang sejuk..angin sejuk tu yang aku tak boleh tahan tu... so pakai jacket dan glove tebal. Sejuk memang sejuk. Kami mendaki lereng bukit hampir 1 jam, dan turun semula hampir 30minit dan daki semula hampir 1 jam setengah... perrghhhh memang lelah... time ni aku nak minum air pun terasa perit... bibir dah kering dan pedih... lelangit aku rasa macam ada luka time ni... kaki macam nak tercabut, lutut longgar macam nak tertanggal dah time ni... masing-masing tak bercakap dah time ni... huh Ganesh sentiasa ada di belakang aku.. are u ok yus? NOT OK laju je aku jawab... memang tough!! Tapi Ganesh bagus, dia akan bagi kata kata peransang dan semangat untuk naikkan balik moral aku...
Langkah aku semakin lemah bila tiba untuk mendaki semula.... jauh lagi ke Ganesh?? Huhuhu... 20 minit lagi kita akan sampai di Himalaya... perghhh jiwa aku macam meracau ketika ini... memang down gila la... macam ayam berak kapur dah rasanya... meroyan pun ada aku rasa.... member-member lain dan tak nampak dah... KF bergerak laju sikit dari aku... aku memang dibelakang sekali.... hampir 30 min mendaki akhirnya aku sampai di Himalaya... termenung aku.... arrrrggggghhhhhhh nak menjerit pun ada time ni... aku tengok member-member lain gelak ketawa macam takda apa apa pun pada mereka... hahahaha... tenaga aku memang dah habis dah time ni... aku perlukan gula... please i need Coke Please.... aku order air Coke dengan harga 300 ruppee... RM10 setin!!!! Perghhhh mahal... tapi aku bayar jugak... hahahaha.






Risau aku kena AMS, Mike terus periksa tekanan darah dan oksigen level aku.... oksigen aku sedikit menurun dan degupan jantung masih konsisten... Alhamdullilah... aku masih ok... dan boleh teruskan perjalanan....
Lepas lunch aku makan panadol actifast sebab terasa macam pening-pening sikit... so langkah ini aku teruskan jugak... Alhamdullilah sebab member-member la aku masih tidak berputus asa untuk terus mencuba lagi.... perjalanan ke Dueralli memang meletihkan... sejuk, trek bersalji, 100% mendaki aku cuba berjalan sebaik mungkin... biar lambat asal sampai....dah tak tau macam mana aku nak cakap kepenatan dan kelesuan yang aku sendiri cari ni... hahahaha... aku nak lawan mental aku.. aku nak tau sejauh mana aku boleh pergi... itu objektif asal aku....!!! Kali ni KF berjalan dengan aku.... dia banyak tolong aku.... masa ni aku dah tak ingat apa dah dan aku tak tau nak tulis apa dah dlm blog ni... cuma yang aku ingat aku hanya berjalan sambil ingat anak anak aku di rumah... huh







Abang- abang ni memang rileks je macam tiada apa -apa yang berlaku... Salute arhhhh

Hampir 3 jam aku ambil masa untuk ke Deurali... aku pasti member-member lain pasti sedang menghirup kopi panas kat atas sana... tinggal aku dan Ganesh sahaja dibelakang.... sini ke Ganesh guess house kita stay?? No atas sikit lagi... ok Ganesh... dah nampak dah bumbung guess house kita orang.... langkah demi langkah akhirnya aku tiba di Dueralli...... Aaaaaaarrrrrrrrgggggggghhhhh...... Alhamdullilah...... tanpa sebab yang munasabah aku terus menangis macam budak kecil kat atas sana.. sedih hiba dan teruja bercampur masa ni... Tokki Mahfis dan Zahril cuba tenangkan aku.... memang sentimental habis aku rasa saat ni... Gembira pun ada... ntah la... malu pun ada pada member-member semua sebab semangat aku lemah sampai boleh menangis.... memori tu memang aku tak boleh lupa.... sejuk gila di Dueralli ni.... aku minta KF pasang sturve dan panaskan badan....Allahuakbar... indah sungguh ciptaaan dan ujian mu.....












Malam di Deurali memang sejuk seperti di Ghorepani.... tanpa heater kami duduk rapat-rapat tanpa mengira bangsa dan bau badan agar kami semua dapat panaskan badan.... lepas makan aku dan yang lain-lain masuk bilik dan lepak sambil mengubat peha dan kaki aku yang melecet ni.. aduhhhh.....
Dalam plan aku ingat nak ambil gambar milky way malam tu... tapi sebab sejuk yang melampau memang tak la aku nak keluar dari bilik.... ermmmm

Ok good nite semua....nak rehat dulu dan tidur...  to be continue Deurali - MBC - ABC -

Klik : 
DAY 8 - DEURALI - MACHHAPUCHHRE BASE CAMP ( MBC ) 3700M - ANNAPURANA BASE CAMP ( ABC ) 4130M




Comments